Assalammualaikum.. Selamat berpuasa
Haha.. Tiba-tiba terasa ingin menulis kembali ..
Entah mana dapat inspirasi malam ni . . ..dah hampir belas tahun menulis blog . 2009 hingga sekarang..
Dah macam-macam blog dah saya menulis dan banyak yang dah tumbang ..
Rasanya relevan lagi ke menulis blog ni? Ada yang bertanya dan mencadang untuk move on dan pindah ke media lain seperti Tik Tok dan lain-lain. Bukan tak nak move on. Masih bertatih bersaing dan belajar..
Banyak kenangan dalam dunia blog ni sebenarnya. Susah nak tinggal. Income pun datang dari sini . Tak banyak tapi bolehlah tambah-tambah untuk menyara hidup yang keras ni . Sebab saya sendiri ada kerja tetap .
RIndu juga pada rakan-rakan bloggers dulu. Terutamanya blogger rohaizad (ijad), guru saya .shaffik, shukor dan blogger yang paling meninggalkan kesan pada saya adalah abang tukang kasut – rezekimurah.com. Bersahaja penulisanya namun padat dan padu .Waktu itu, banyak blogger buat duit dengan syarikat Nuffnang salah satu syarikat pengiklanan online terbesar. Alhamdulillah, merasa juga income dari iklan .
Menulis blog ni adalah memerlukan kemahiran bermain keyword. Eksperimen demi eksperimen di cuba untuk memastikan semua kandungan blog kekal relevan sepanjang masa.. dan yang paling penting adalah info yang bermanfaat kepada pembaca.
InsyaAllah tahun ni ada perubahan pada blog ini.. (Azam setiap tahun. hehe).