Author Archives: hafizal broadband

Lokasi TM Point Kuantan Dan Perkhidmatan Yang Disediakan

Adakah anda baru berpindah ke Kuantan dan mencari servis langganan internet yang berbaloi dan tanpa had?.

Anda baru membuat keputusan untuk melanggan internet di rumah?

Sebelum ini saya ada kongsikan tulisan berkaitan lokasi lama TM Point Kuantan. Anda boleh baca di sini : https://www.hafizalbroadband.com/blog/tm-point-kuantan


Telekom Malaysia Berhad telah menyediakan kaunter TM point yang membolehkan anda berkunjung terus ‘walk in’ untuk mendapatkan perkhidmatan seperti berikut :

  • Penamatan Langganan.
  • Penukaran Pemilik Akaun Unifi.
  • Penamatan Akaun P1 Serta Berkaitan.
  • Jualan Peralatan Telekomunikasi.
  • Mendapatkan khidmat nasihat berkaitan Unifi.
  • Membuat aduan.
  • Naiktaraf (upgrade) pelan Unifi.
  • Turuntaraf (downgrade) pelan Unifi.
  • Pendaftaran Unifi Mobile Prepaid (BEBAS).
  • Pendaftaran Unifi.

Selain perkara di atas, di TM Point Kuantan juga disediakan mesin kiosk yang beroperasi 24 jam untuk memudahkan pelanggan membuat pembayaran bil secara tunai/kad debit.

Dengan adanya mesin kiosk ini, anda tidak perlu bimbang jika anda tidak sempat berkunjung ke TM Point pada hari serta waktu bekerja.

Berikut adalah lokasi TM Point Kuantan.


Alamat Penuh TM Point Kuantan

WISMA TM MAHKOTA

JALAN MAHKOTA

25000 KUANTAN

PAHANG

Tel : 09-5129 280

Talian Khidmat Pelanggan : 100

Pendaftaran Unifi (Penjual Sah TM): 019-9377794


Selain TM Point, untuk membuat pendaftaran Unifi, anda juga boleh berhubung dengan penjual sah TM (TM Authorised Reseller) yang menyediakan khidmat di seluruh Malaysia.

Untuk pendaftaran Unifi di kawasan Kuantan, selain berkunjung ke TM Point, anda boleh menghubungi saya di talian 019-9377794 . Malah, bukan sahaja di Kuantan, tetapi di seluruh negeri Pahang.

Saya menyediakan perkhidmatan menguruskan PENDAFTARAN pakej internet seperti berikut :

  • Unifi Fibre untuk kediaman.
  • Unifi Fibre Untuk perniagaan.
  • Unifi Mobile – POSTPAID SAHAJA.

Ini untuk memudahkan anda mendapatkan internet di rumah atau premis perniagaan tanpa melalui situasi seperti :

Kesesakan Lalu Lintas

Kedudukan TM Point Kuantan di tengah bandar serta jumlah tempat letak kereta yang kurang di sekitarnya boleh sebabkan anda stress..

Parking kereta perlukan kupon jika anda parking bukan di kawasan TM Point.

Anda perlu dapatkan kupon dari kiosk MBK (Majlis Perbandaran Kuantan) yang terdekat.

Jika anda pengguna aplikasi PahangGo,kupon bukanlah masalah besar anda.

Waktu Operasi TM Point

Isnin – Jumaat

9.00am – 5.30pm

Tutup pada hari SABTU, AHAD serta CUTI UMUM.

Jika anda sayang masa anda, sibuk, susah nak keluar pada waktu bekerja, hari bekerja, hubungi sahaja saya untuk menguruskan pendaftaran. Saya selesaikan dengan segera jika tidak melibatkan masalah teknikal dan lain-lain yang masalah berkaitan.


Saya Yang Uruskan Permohonan Anda

Jika anda berurusan dengan saya, hanya saya sahaja yang uruskan permohonan anda dari mula hingga selesai pemasangan.

Anda boleh berhubung dengan saya bila-bila masa untuk bertanyakan status langganan.

Tugas saya adalah membantu anda menguruskan permohonan Unifi anda sehingga selesai atau setidaknya anda mendapat feedback dengan mudah…

Gunakan platform yang mudah digunakan..


Jika anda mempunyai sebarang persoalan, anda boleh lontarkan pada ruangan komen dibawah.

Untuk lokasi TM Point yang lain , anda boleh rujuk di link ini :home.unifi.com.my/support/tmpoint

 27 views today

Mencari Lokasi TM Point Pekan – Pahang? Ini Lokasinya

Ini adalah catatan ringkas saya mengenai TM Point Pekan, Pahang.

Bagi mereka yang tinggal di kawasan Pekan & Kuala Rompin, boleh datang ke TM Point ini untuk membuat urusan berkaitan.

Masih ingat post saya berkenaan pendaftaran unifi di Pekan – Pahang? Pada penghujung tahun lepas, TM Point di Pekan telah dibuka. Jom saya share lokasi dan perkhidmatan yang disediakan.


Lokasi TM Point Pekan Pahang


www.hafizalbroadband.com

TM Point Pekan ni nak cari tak susah. Tambahan pula, lokasinya memang di bangunan ibu sawat TM yang terletak di tengah bandar. Berhadapan dengan restoran makanan segera KFC.

Jika anda lalu di tepi Muzium Pekan, anda akan nampak menara telekomunikasi yang jelas kelihatan.


Perkhidmatan Yang Disediakan


Mereka yang tinggal berdekatan boleh mendapatkan perkhidmatan dari TM Point Pekan.

Jika dulu, memang saya berulang alik ke sini dari Rompin untuk mendapatkan set telefon dan lain-lain yang berkaitan.

Berikut adalah senarai perkhidmatan yang disediakan

  • Kiosk pembayaran tunai 24 jam
  • Penamatan langganan.
  • Penukaran Nama / Hak Milik
  • Jualan Peralatan Komunikasi (Telefon, Modem, Router & dll)
  • Pendaftaran
  • Pertanyaan berkaitan

Waktu Operasi


Waktu operasi bagi TM Point Pekan adalah seperti berikut :

Isnin Hingga Jumaat

9.00 pagi – 5.30 petang

Sabtu, Ahad , & Cuti Umum

Tutup


Alamat TM Point Pekan


Alamat Penuh TM Point Pekan

NO 34 – 35

JALAN TENGKU ARIFF BENDAHARA

26600 PEKAN

PAHANG


Bagaimana jika ingin membuat pendaftaran Unifi, Streamyx (Unifi Lite) atau Unifi Mobile di Pekan Pahang?


Bagi yang tinggal di Pekan, Kuala Rompin, selain hadir sendiri ke TM Point, anda boleh membuat pendaftaran Unifi melalui TM Reseller (sales) di talian 019-9377 794 :

  • Unifi untuk kediaman ( unifi home )
  • Unifi untuk perniagaan ( Unifi Business )
  • Internet Streamyx Kediaman ( Streamyx Home)
  • Internet Streamyx Perniagaan ( Streamyx Business)
  • Talian telefon pascabayar (Unifi Mobile Postpaid)

Adakah info ini berguna untuk anda?

Jika anda ada pertanyaan berkaitan pendaftaran unifi , boleh tinggalkan komen di bawah. Semoga info ini bermanfaat untuk anda semua. Terima kasih

TM Unifi Pekan : 019 – 9377 794 (Pendaftaran/Jualan)

TM Unifi Pekan Contact Number: 019 – 9377 794 (Registration/Sales)

Telekom Malaysia : 100 (Aduan/Kerosakan/Bil)

Telekom Malaysia : 100 (Enquiry/Support/Billing)

 28 views today

Unifi TV Tak Boleh Di Akses Di Seluruh Malaysia

Beberapa minit yang lepas, pihak Telekom Malaysia Berhad melalui saluran Twitternya mengumumkan semua pengguna Unifi TV seluruh negara menghadapi masalah untuk di akses.

Ramai pengguna Unifi TV berkongsi masalah berkenaan di sosial media masing-masing. Saya harap masalah ni tak lama.

Pihak TM menyatakan mereka menghadapi masalah teknikal dan masalah ini sedang di perbaiki secepat mungkin.

Mereka akan berkongsi perkembangan hal ni dari semasa ke semasa.

 21 views today

Langgan Unifi Dan Menangi Proton X50 & Sony Playstation 5

Dimedia, berita berkenaan program vaksinasi negara sudah hampir berjaya untuk golongan dewasa. Ini menandakan negara akan beralih ke fasa normal dengan kehidupan bersama virus Covid 19.

Bekerja dari rumah atau WFH serta pembelajaran atas talian PDPR untuk sekolah adalah norma baru yang kita jalani sekarang. Dah 2 hampir dua tahun. Anak-anak hanya merasa beberapa tempoh sahaja sesi persekolah secara bersemuka.

Sedih. Tetapi itulah yang kita perlu hadapi.

Salah satu keperluan yang paling penting sejak fasa Covid19 adalah keperluan internet. Sebab kita memerlukan sambungan internet untuk akses kerja dari rumah dan juga pembelajaran anak-anak.

Salah satu penyedia perkhidmatan internet yang popular di Malaysia adalah Telekom Malaysia Berhad atau singkatanya TM.

TM hadir dengan kempen terkini iaitu memberi peluang kepada anda untuk memenangi Proton X50 (Hadiah Utama), Sony Playstation 5, 70″ Sharp Aquos 4K Smart TV dengan hanya melanggan produk mereka iaitu Unifi Home dan Unifi Mobile

Mudah bukan?

Kempen ini telah bermula dari 15 September lalu hingga 31 Disember 2021 akan datang.

Bagaimana cara nak menangi hadiah ini?.

Mudah sahaja

Untuk hadiah utama iaitu Proton X50, anda hanya perlu melanggan mana-mana pakej Unifi seperti di bawah :

Dapatkan peluang menang yang lebih tinggi apabila anda melanggan pakej Unifi yang lebih tinggi kelajuannya.

Sebanyak 30 pelanggan bertuah akan di pilih melalui kempen ini dan pelanggan yang terpilih tersebut hanya layak memenangi satu sahaja hadiah sama ada hadiah bulanan atau hadiah utama.

Mari kita lihat hadiahnya ..

Pelanggan yang terpilih akan berpeluang memenangi hadiah-hadiah bulanan atau hadiah utama sepeti berikut.

Hmm.. untunglah sape yang dapat hadiah Utama tu. Tapi hadiah Playstation tu menarik jugak untuk saya. Hehe

So kepada sesiapa yang berminat nak tahu lebih lanjut tentang kempen ni, boleh terus layari pautan ni. https://unifi.com.my/yearendbonanza#winx50.

 27 views today

Pendaftaran Unifi Di Pekan Pahang

Apa khabar anda semua?. Kali terakhir saya update blog ini adalah pada tahun lepas semasa Covid-19 memuncak. Sejak PKP ni, permintaan terhadap langganan internet kian hangat di pasaran. Tak kisahlah telco apa pun tapi memang dah jadi satu keperluan.

Bagi mereka yang tinggal di daerah Pekan-Pahang, pasti anda tercari-cari di mana lokasi TM Point Pekan untuk membuat urusan pendaftaran internet Unifi. Dengan keadaan semasa yang memerlukan internet bagi kerja-kerja dari rumah, pembelajaran dari rumah untuk anak-anak, pasti membebankan jika tiada internet.

Ada ibu bapa yang mengadu kuota data internet mereka tak cukup, kelajuan internet yang perlahan, tak stabil, dan juga tak tahan dengan kos top up yang makin mahal.

Jadi solusi yang terbaik ?

Solusi yang terbaik adalah anda perlukan internet yang jenis talian tetap (Fix Line) serta data unlimited.

Daerah Pekan ni, dulu memang ada satu TM Point. Semasa saya tinggal di Kuala Rompin, Pahang, saya selalu berulang alik ke sini untuk membuat urusan pemindahan, ambil cordless phone pelanggan dan yang berkaitan.

Disebabkan saya adalah ejen jualan, ada banyak perkara yang hanya boleh di buat di TM Point sahaja. Jadi sebab itu saya berulang -alik ke sini.

Perkhidmatan Di TM Point

Antara perkhidmatan yang disediakan di TM Point adalah :

  • Pembayaran bil
  • Pendaftaran
  • Pemindahan
  • Penukaran nama
  • Pendaftaran pakej kerajaan
  • Jualan telefon dan modem wifi
  • Penamatan langganan (terminate)
  • Permintaan servis (Demand Request)

Alamat lokasi dulu adalah di :

No. 87, Jalan Sultan Abdullah, Kampung Pancur, 26600 Pekan, Pahang, 

Lokasinya adalah sebaris dengan CIMB Bank.

NAMUN IA TELAH DI TUTUP PADA TAHUN 2019 kalau tak silap saya…

Dikhabarkan TM Point Pekan akan di buka kembali pada tahun hadapan 2022 atau penghujung tahun 2021. Sekarang masih dalam peringkat renovasi yang asyik tertangguh sejak PKP.

Bagaimana jika ingin membuat pendaftaran Unifi, Streamyx (Unifi Lite) atau Unifi Mobile di Pekan Pahang?

Bagi yang tinggal di Pekan anda boleh membuat pendaftaran Unifi melalui bahagian jualan (sales) di talian 019-9377 794 :

  • Unifi untuk kediaman ( unifi home )
  • Unifi untuk perniagaan ( Unifi Business )
  • Internet Streamyx Kediaman ( Streamyx Home)
  • Internet Streamyx Perniagaan ( Streamyx Business)
  • Talian telefon pascabayar (Unifi Mobile Postpaid)

Adakah info ini berguna untuk anda?

Jika anda ada pertanyaan berkaitan pendaftaran unifi , boleh tinggalkan komen di bawah. Semoga info ini bermanfaat untuk anda semua. Terima kasih

TM Unifi Pekan : 019 – 9377 794 (Pendaftaran/Jualan)

TM Unifi Pekan Contact Number: 019 – 9377 794 (Registration/Sales)

Telekom Malaysia : 100 (Aduan/Kerosakan/Bil)

Telekom Malaysia : 100 (Enquiry/Support/Billing)

p/s : untuk pendaftaran Unifi, Streamyx (Unifi Lite) atau unifi mobile postpaid di kawasan selain dari kawasan Pekan, boleh rujuk senarai kawasan ini untuk perkhidmatan saya : https://www.hafizalbroadband.com/blog/kawasan-perkhidmatan/

sumber video : C’Rox Channel

 27 views today

Corona Virus

unifi COVID-19 Response Center

Tambahan 14 hari untuk Perintah Kawalan Pergerakan, sesuatu yang perlu kita ambil serius. Banyak hal yang perlu kita hadap. Soal kewangan, pekerjaan, ancaman kesihatan, dan juga pelbagai lagi.

Banyak urusan harian terganggu. Saya sendiri tak berani keluar dan hanya keluar apabila pergi ke tempat kerja, serta membeli keperluan dapur.

Oh ya, saya terlibat dalam bidang keperluan mendesak. Jadi memang ada harinya saya bertugas.

TM telah bina satu website yang mana ia menyalurkan pelbagai berita tentang COVID-19 sepanjang tempoh PKP. Motifnya, mereka ingin memberikan rakyat akses mudah kepada berita dan perkembangan terkini hal-hal berkaitan COVID-19.

Lawati pautan ini ->  unifi COVID-19 Response Center 

Data akan dikemas kini setiap hari.

Jadi, tolong, #juststayathome. Saya tidak sanggup lagi mendengar banyak yang terkorban, dijangkiti, dan juga melihat kepayahan barisan hadapan yang menguruskan pesakit-pesakit COVID-19. Ada banyak jiwa yang penat.

Terima kasih bagi yang memberi kerjasama.

 46 views today

tm Cordless

Perubahan Waktu Puncak & Kadar Baru Untuk Panggilan Tempatan Talian Tetap

Hari ini adalah hari ke-6 pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ada yang masih ingkar dan masih berkeliaran?

Selamatkan diri, jagalah keluarga. Please stay at home. Bila dah duduk kat rumah, banyaklah kita guna call. Walaupun kebanyakannya kita sudah ada talian unlimited call, jangan lupa masih ada pengguna setia talian tetap TM.

Saya nak share info berkenaan perubahan waktu puncak dan waktu bukan puncak untuk talian tetap TM.

Pasti kita sebelum ni tak ambil peduli, tapi bila dah pelaksanaan PKP ni, kita nak tahu juga. bermula 1 Ogos 2019, waktu puncak dan waktu bukan puncak telah diselaraskan di mana waktu puncak adalah dari 5.00 pagi hingga 12.59 pagi dan dari 1.00 pagi hingga 4.59 pagi adalah waktu bukan puncak.

TM Cordless Phone

Blok panggilan telah diselaraskan kepada 30 saat/blok seperti mana dipraktikkan oleh semua telco.

Anda perlu ambil maklum juga yang perubahan ini adalah untuk panggilan dari talian tetap TM ke talian tetap TM.

Panggilan talian mudah alih masih seperti sediakala.

Jadual di bawah menggambarkan perubahan tempoh masa serta caj panggilan:

Jarak antara talian tetap TMKadar penuh (waktu puncak: 5.00 pagi – 12.59 pagi)Kadar pengurangan (bukan waktu puncak: 1.00 pagi – 4.59 pagi)
Kurang dari 50km6 sen / 30 sec5 sen / 30 sec
50km ~ 150km15 sen / 30 sec8 sen / 30 sec
Lebih dari150km43 sen / 30 sec21 sen / 30 sec

Satu lagi, kadar panggilan tempatan juga telah di strukturkan semula bermula 15 Ogos 2019.

Sebelum tu, apa sebenarnya panggilan tempat ni?

Panggilan tempatan adalah panggilan yang dibuat antara talian tetap TM yang terletak tidak melebihi 50 kilometer di antara satu sama lain.

Dengan penstrukturan semula, kadar baru untuk panggilan tempatan adalah seperti di bawah: 

KADAR SEMASAKADAR BARU
(mulai 15 Ogos 2 019)
• 8 sen untuk 2 minit pertama
• 4 sen untuk minit berikutnya
• 8 sen seminit

Saya harap info ini bermanfaat untuk anda. SEMUA CAJ DAN PERUBAHAN INI ADALAH UNTUK KATEGORI KEDIAMAN. BUKAN PERNIAGAAN. Jika ada pertanyaan tentang perkara ini boleh terus berhubung dengan TM melalui Live Chat di aplikasi myunifi atau terus chat di www.unifi.com.my/chat, Facebook (@weareunifi @unifimobile) dan Twitter (@helpmeunifi). 

Terima kasih

 46 views today,  1 views today

Unifi Plus Box

Unifi Plus Box Masih Tiada Stok – Jangkaan Sehingga Jun 2020

Awal tahun 2020 lalu TM telah melancarkan Unifi TV Box terbaru yang dinamakan Unifi Plus Box. Ia adalah TV media box yang lebih baik dari box sedia ada iaitu V8 (warna putih).

Namun disebabkan permintaan yang tinggi, box tersebut telah kehabisan stok. Ramai yang melanggan pakej ini dan ada yang di antaranya menambah sehingga 3 box di dalam satu rumah bagi melengkapkan bilik-bilik yang ada.

Unifi TV Media Box V8

Bagi mereka yang melanggan setelah kehabisan stok, TM telah memberi diskaun kepada semua pelanggan yang telah melanggan pakej Unifi bersama Unifi Plus Box.

Sebagai contoh, mereka yang telah melanggan pakej Unifi Plus Box 300Mbps, mereka akan diberikan diskaun sebanyak RM60 menjadikan bayaran bulanan bilnya adalah RM139. Ia akan berpanjangan sehingga jangkaan Jun 2020.

Pendapat peribadi saya, tempoh diskaun diberikan adalah melebihi enam bulan kerana kilang box tersebut adalah berpangkalan di China. Dalam keadaan dunia di landa virus COVID-19, lebih-lebih lagi di China, ia memburukkan lagi keadaan.

So kepada yang masih belum menerima Unifi Plus Box, anda boleh terus menunggu, menonton semua saluran Unifi TV di komputer atau smartphone.

Satu lagi pilihan terbaru, anda boleh tukar/upgrade pelan anda kepada pelan terbaru yang menawarkan TV Media Box V8. Tolong buat di TM Point ya, saya dan semua ejen lain tak buat servis tersebut.

Apa yang saya share ni adalah khas untuk pengguna Unifi Fiber, dan mereka yang tinggal di kawasan yang ada infra Fiber Optik. Kalau tak tahu kawasan yang anda tinggal tu ada infra Fiber Optik atau tak, boleh terus PM / WhatsApp saya. https://bit.ly/2QyQiWD

Bagi yang dah tahu kawasan yang anda tinggal tiada infra Fiber Optik dan nak memohon pakej ini, saya terlebih dahulu memohon maaf kepada anda.

Baiklah, jika anda rasa perkongsian saya ni bermanfaat kepada anda, tinggalkan komen-komen yang membina di ruangan komen di bawah. Saya menghargai tindakan tersebut.

Untuk mereka yang tinggal di kawasan Kuantan, Pekan & Kuala Rompin – Pahang, boleh berhubung dengan saya untuk PERMOHONAN/PENDAFTARAN Unifi Lite (Streamyx) dan juga Unifi Fiber serta Unifi Mobile Postpaid.

Untuk luar kawasan yang saya tulis tadi, boleh semak: https://www.hafizalbroadband.com/blog/kawasan-perkhidmatan

 40 views today

Pass LTE Percuma Unifi Mobile Postpaid Serta Prepaid BEBAS

Seperti sedia maklum, kerajaan telah mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana bermula dari  jam 12.00 tengah malam 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020.

Orang ramai dinasihatkan supaya berada di rumah sepanjang masa kecuali untuk memenuhi keperluan-keperluan asas. Mereka yang terlibat dengan bidang kerja yang penting juga tidak dibenarkan bercuti.

Barisan-Hadapan-Negara-Covid-19

Mungkin ini adalah ruang untuk kita bersama dengan keluarga dan anak-anak atau berehat di rumah tempoh yang lama. Bagi mereka yang terlibat dalam barisan hadapan memerangi COVID-19 serta memberi perkhidmatan, syabas di ucapkan.

Sempena tempoh PKP tersebut, TM telah memberikan akses hotspot LTE percuma sehingga 999Gb. Ia adalah data tambahan dari 10Gb sedia ada yang diberikan. Tak perlu nak hack data unifi mobile atau bypass data unifi mobile lagi dah. Mengarut!. Hahaha

Bagi mereka yang tidak mempunyai internet Wifi di rumah, ia sangat-sangat membantu.

Pelan Unifi Mobile Yang Terlibat Adalah Pelan Ultimate Unifi Mobile!

Berikut adalah pelan-pelan Unifi Mobile Prabayar (Postpaid) yang terlibat:

unifi Mobile Postpaid

  • unifi Mobile 99 at RM59 (Dengan Kontrak 12 Bulan)
  • unifi Mobile 99
  • webe RM79
  • unifi Mobile Pek Jasa/Pelan Warga Emas

unifi Mobile Biz Prabayar (Postpaid)

  • unifi Mobile Biz 99
  • unifi Mobile Biz 79

Bila Akan Dapat Akses Tersebut? Kene Apply?

Pemberian pass percuma ini bermula 19 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 dan tak perlu buat apa-apa permohonan.

Bagi yang baru memohon Unifi Mobile, pass percuma ini akan bermula terus sebaik sahaja talian anda di aktifkan.

Tolong Ambik Maklum Ya.. Ini Pass Ini Adalah Akses Untuk Hotspot LTE/4G SAHAJA. 3G Tak Terlibat….

unifi-mobile-postpaid

Bagaimana Pula Dengan Pengguna Unifi Prepaid – BEBAS?

Bagi pengguna Unifi Mobile Prepaid #Bebas, anda diberikan pass mingguan LTE tanpa had PERCUMA yang bernilai RM20. Selepas tempoh 7 hari, anda hanya perlu buat langganan pass minggu percuma tersebut seperti di bawah .

Ia bukan automatik!. Anda perlu langgan data percuma tersebut.

Baiklah, so bila dah ada akses ni gunakanlah sebaik mungkin. Caj bateri kerap dan penuhkan powerbank o.k!. Lagi satu, tolong ikut Perintah Kawalan Pergerakan untuk membendung penularan jangkitan COVID-19.

Ada masalah berkaitan Unifi Mobile Hotspot? Biasanya user Anroid kurang isu. Kalau user iphone, ada setting tertentu. Saya jumpa satu video untuk set Wifi Hotspot bagi user iPhone.

Jom tengok!

Jika ada pertanyaan boleh live chat dengan operator unifi mobile melalui apps . Cara nak login unifi mobile apps, boleh rujuk sini : Unifi Mobile Apps

Anda rasa perkongsian saya ini membantu anda? Mohon share dan sila beri komen yang membina di ruangan komen di bawah .

Untuk pendaftaran Unifi Mobile Postpaid, boleh berhubung dengan saya. SIM kad saya boleh COD atau pos.

TM Unifi Kuantan : 019 – 9377 794 (Pendaftaran/Jualan)

TM Unifi Kuantan Contact Number: 019 – 9377 794 (Registration/Sales)

Whatsapp Link : https://bit.ly/2WuGZuE

Telekom Malaysia : 100 (Aduan/Kerosakan/Bil)

Telekom Malaysia : 100 (Enquiry/Support/Billing)

Rujukan dari Pejabat Perdana Menteri : https://bit.ly/33xuHmw | https://bit.ly/2wbTArT
Facebook Unifi : https://www.facebook.com/weareunifi

 40 views today

Kempen Unifi Try Me

Nak cuba dulu Unifi dan baru decide nak teruskan pasang atau tak? . TM memperkenalkan kempen baru yang di namakan Unifi Try Me. Tempoh 30 hari percubaan diberikan kepada pelanggan baru. Antara pakej terlibat:

  • Unifi 30Mbps RM89
  • Unifi 100Mbps RM129
  • Unifi 300Mbps RM199
  • Unifi Lite RM89

Kesemua pelanggan di atas tidak dikenakan caj untuk tempoh 30 hari bermula dari tarikh pemasangan dibuat.

Unifi Try Me Promo - Unifi Try Me

Apa Yang Terjadi Setelah Tempoh Percubaan Tamat?


Setelah Unifi siap di pasang di kediaman anda, anda diberikan tempoh selama 30 hari untuk mencuba. Jika anda tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan, Anda boleh menamatkan langganan.

Jika anda berminat dan meneruskan langganan, jumlah caj untuk pakej dikenakan di dalam bil pertama.

Anda juga harus ingat, anda akan terus terikat dengan kontrak selama 24 bulan termasuk bulan pertama.


Apakah Caj Tambahan Lain Yang Dikenakan?


Anda tetap dikenakan caj tanpa percubaan untuk :

  • Bayaran tambahan RM60 untuk pakej Unifi TV Ultimate Pack & Media Box (V8)
  • Semua bayaran tambahan yang lain jika anda memilihnya. Antaranya Mesh Wifi, Home Gadjet Protection, dan content-content .
  • Bayaran pendahuluan RM100 untuk warganegara dan RM500 untuk warga asing.

Secara ringkasnya, untuk memudahkan anda faham, kempen percuma 30 hari hanya untuk internet Unifi semata-mata.


Bagaimana Nak Buat Penamatan Langganan?


Unifi 30Mbps, 100Mbps, 300Mbps

Anda perlu pulangkan semula 3 peralatan penting iaitu : Modem, BTU dan media box (bagi add on ultimate@Rm60/bulan). Kegagalan berbuat demikian, anda akan dikenakan caj RM500.

Unifi Lite

Anda perlu kembalikan modem. Jika tidak, anda akan dikenakan caj RM350.

Jika anda melanggan apa-apa servis tambahan (add on), anda akan dikenakan caj penalti untuk setiap servis tersebut sebagai contoh anda add on pelan Unifi TV ultimate pack RM60/bulan, jadi jumlah caj dikira berdasarkan baki bulan yang tinggal.

Semua urusan penamatan langganan perlu di buat di mana-mana TM point terdekat dalam tempoh 30 hari percubaan.

Urusan perlu di buat pada waktu operasi TM Point . Jika anda tinggal di Kuantan, Pahang, Boleh rujuk sini : Lokasi TM Point Kuantan

Untuk lokasi TM Point kawasan lain boleh rujuk di sini : unifi Support – Find TM Point | unifi


Pelan Unifi Untuk Kediaman – Kempen Try Me


Unifi Try Me Promo


Proses Kempen Try Me


Unifi Try Me Journey
Unifi Try Me Process

Contoh Bil


Berikut adalah contoh bil yang akan dikeluarkan.

Ada dia senario yang berbeza.

Contoh Bil Unifi Try Me- Billing Unifi Try Me2
Contoh Bil Unifi Try Me- Billing Unifi Try Me

Secara ringkasnya, ini adalah inisiatif pihak TM untuk memberikan kemudahan kepada pelanggan untuk merasai pengalaman menggunakan Unifi dalam tempoh percubaan.

Tak banyak Internet Service Provider (ISP) yang memberikan kemudahan seperti ni. Jika anda tinggal di kawasan yang liputan Unifi tapi tak ambil peluang ni, anda rugi.

 19 views today