Tambahan 14 hari untuk Perintah Kawalan Pergerakan, sesuatu yang perlu kita ambil serius. Banyak hal yang perlu kita hadap. Soal kewangan, pekerjaan, ancaman kesihatan, dan juga pelbagai lagi.
Banyak urusan harian terganggu. Saya sendiri tak berani keluar dan hanya keluar apabila pergi ke tempat kerja, serta membeli keperluan dapur.
Oh ya, saya terlibat dalam bidang keperluan mendesak. Jadi memang ada harinya saya bertugas.
TM telah bina satu website yang mana ia menyalurkan pelbagai berita tentang COVID-19 sepanjang tempoh PKP. Motifnya, mereka ingin memberikan rakyat akses mudah kepada berita dan perkembangan terkini hal-hal berkaitan COVID-19.
Jadi, tolong, #juststayathome. Saya tidak sanggup lagi mendengar banyak yang terkorban, dijangkiti, dan juga melihat kepayahan barisan hadapan yang menguruskan pesakit-pesakit COVID-19. Ada banyak jiwa yang penat.
Hari ini adalah hari ke-6 pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ada yang masih ingkar dan masih berkeliaran?
Selamatkan diri, jagalah keluarga. Please stay at home. Bila dah duduk kat rumah, banyaklah kita guna call. Walaupun kebanyakannya kita sudah ada talian unlimited call, jangan lupa masih ada pengguna setia talian tetap TM.
Pasti kita sebelum ni tak ambil peduli, tapi bila dah pelaksanaan PKP ni, kita nak tahu juga. bermula 1 Ogos 2019, waktu puncak dan waktu bukan puncak telah diselaraskan di mana waktu puncak adalah dari 5.00 pagi hingga 12.59 pagi dan dari 1.00 pagi hingga 4.59 pagi adalah waktu bukan puncak.
Blok panggilan telah diselaraskan kepada 30 saat/blok seperti mana dipraktikkan oleh semua telco.
Anda perlu ambil maklum juga yang perubahan ini adalah untuk panggilan dari talian tetap TM ke talian tetap TM.
Panggilan talian mudah alih masih seperti sediakala.
Jadual di bawah menggambarkan perubahan tempoh masa serta caj panggilan:
Jarak antara talian tetap TM
Kadar penuh (waktu puncak: 5.00 pagi – 12.59 pagi)
Kadar pengurangan (bukan waktu puncak: 1.00 pagi – 4.59 pagi)
Panggilan tempatan adalah panggilan yang dibuat antara talian tetap TM yang terletak tidak melebihi 50 kilometer di antara satu sama lain.
Dengan penstrukturan semula, kadar baru untuk panggilan tempatan adalah seperti di bawah:
KADAR SEMASA
KADAR BARU (mulai 15 Ogos 2 019)
• 8 sen untuk 2 minit pertama • 4 sen untuk minit berikutnya
• 8 sen seminit
Saya harap info ini bermanfaat untuk anda. SEMUA CAJ DAN PERUBAHAN INI ADALAH UNTUK KATEGORI KEDIAMAN. BUKAN PERNIAGAAN. Jika ada pertanyaan tentang perkara ini boleh terus berhubung dengan TM melalui Live Chat di aplikasi myunifi atau terus chat di www.unifi.com.my/chat, Facebook (@weareunifi / @unifimobile) dan Twitter (@helpmeunifi).
Awal tahun 2020 lalu TM telah melancarkan Unifi TV Box terbaru yang dinamakan Unifi Plus Box. Ia adalah TV media box yang lebih baik dari box sedia ada iaitu V8 (warna putih).
Namun disebabkan permintaan yang tinggi, box tersebut telah kehabisan stok. Ramai yang melanggan pakej ini dan ada yang di antaranya menambah sehingga 3 box di dalam satu rumah bagi melengkapkan bilik-bilik yang ada.
Bagi mereka yang melanggan setelah kehabisan stok, TM telah memberi diskaun kepada semua pelanggan yang telah melanggan pakej Unifi bersama Unifi Plus Box.
Sebagai contoh, mereka yang telah melanggan pakej Unifi Plus Box 300Mbps, mereka akan diberikan diskaun sebanyak RM60 menjadikan bayaran bulanan bilnya adalah RM139. Ia akan berpanjangan sehingga jangkaan Jun 2020.
Pendapat peribadi saya, tempoh diskaun diberikan adalah melebihi enam bulan kerana kilang box tersebut adalah berpangkalan di China. Dalam keadaan dunia di landa virus COVID-19, lebih-lebih lagi di China, ia memburukkan lagi keadaan.
So kepada yang masih belum menerima Unifi Plus Box, anda boleh terus menunggu, menonton semua saluran Unifi TV di komputer atau smartphone.
Satu lagi pilihan terbaru, anda boleh tukar/upgrade pelan anda kepada pelan terbaru yang menawarkan TV Media Box V8. Tolong buat di TM Point ya, saya dan semua ejen lain tak buat servis tersebut.
Apa yang saya share ni adalah khas untuk pengguna Unifi Fiber, dan mereka yang tinggal di kawasan yang ada infra Fiber Optik. Kalau tak tahu kawasan yang anda tinggal tu ada infra Fiber Optik atau tak, boleh terus PM / WhatsApp saya. https://bit.ly/2QyQiWD
Bagi yang dah tahu kawasan yang anda tinggal tiada infra Fiber Optik dan nak memohon pakej ini, saya terlebih dahulu memohon maaf kepada anda.
Baiklah, jika anda rasa perkongsian saya ni bermanfaat kepada anda, tinggalkan komen-komen yang membina di ruangan komen di bawah. Saya menghargai tindakan tersebut.
Untuk mereka yang tinggal di kawasan Kuantan, Pekan & Kuala Rompin – Pahang, boleh berhubung dengan saya untuk PERMOHONAN/PENDAFTARAN Unifi Lite (Streamyx) dan juga Unifi Fiber serta Unifi Mobile Postpaid.
Seperti sedia maklum, kerajaan telah mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana bermula dari jam 12.00 tengah malam 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020.
Orang ramai dinasihatkan supaya berada di rumah sepanjang masa kecuali untuk memenuhi keperluan-keperluan asas. Mereka yang terlibat dengan bidang kerja yang penting juga tidak dibenarkan bercuti.
Mungkin ini adalah ruang untuk kita bersama dengan keluarga dan anak-anak atau berehat di rumah tempoh yang lama. Bagi mereka yang terlibat dalam barisan hadapan memerangi COVID-19 serta memberi perkhidmatan, syabas di ucapkan.
Sempena tempoh PKP tersebut, TM telah memberikan akses hotspot LTE percuma sehingga 999Gb. Ia adalah data tambahan dari 10Gb sedia ada yang diberikan. Tak perlu nak hack data unifi mobile atau bypass data unifi mobile lagi dah. Mengarut!. Hahaha
Bagi mereka yang tidak mempunyai internet Wifi di rumah, ia sangat-sangat membantu.
Pelan Unifi Mobile Yang Terlibat Adalah Pelan Ultimate Unifi Mobile!
Berikut adalah pelan-pelan Unifi Mobile Prabayar (Postpaid) yang terlibat:
Pemberian pass percuma ini bermula 19 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 dan tak perlu buat apa-apa permohonan.
Bagi yang baru memohon Unifi Mobile, pass percuma ini akan bermula terus sebaik sahaja talian anda di aktifkan.
Tolong Ambik Maklum Ya.. Ini Pass Ini Adalah Akses Untuk Hotspot LTE/4G SAHAJA. 3G Tak Terlibat….
Bagaimana Pula Dengan Pengguna Unifi Prepaid – BEBAS?
Bagi pengguna Unifi Mobile Prepaid #Bebas, anda diberikan pass mingguan LTE tanpa had PERCUMA yang bernilai RM20. Selepas tempoh 7 hari, anda hanya perlu buat langganan pass minggu percuma tersebut seperti di bawah .
Ia bukan automatik!. Anda perlu langgan data percuma tersebut.
Baiklah, so bila dah ada akses ni gunakanlah sebaik mungkin. Caj bateri kerap dan penuhkan powerbank o.k!. Lagi satu, tolong ikut Perintah Kawalan Pergerakan untuk membendung penularan jangkitan COVID-19.
Ada masalah berkaitan Unifi Mobile Hotspot? Biasanya user Anroid kurang isu. Kalau user iphone, ada setting tertentu. Saya jumpa satu video untuk set Wifi Hotspot bagi user iPhone.
Jom tengok!
Jika ada pertanyaan boleh live chat dengan operator unifi mobile melalui apps . Cara nak login unifi mobile apps, boleh rujuk sini : Unifi Mobile Apps
Anda rasa perkongsian saya ini membantu anda? Mohon share dan sila beri komen yang membina di ruangan komen di bawah .
Untuk pendaftaran Unifi Mobile Postpaid, boleh berhubung dengan saya. SIM kad saya boleh COD atau pos.
Langgan Unifi tapi tak ada TV Box? hmm.. pertimbangkan untuk memilik TV Box dengan cara menukar pakej Unifi anda kepada pakej-pakej yang mengandungi Unifi TV Media Box.
Dengan TV Box ni anda boleh menonton semua saluran-saluran Unifi TV secara terus ke TV anda.
Antara pakej-pakej untuk rumah kediaman yang ada Unifi TV Media Box ni adalah :
Unifi 30Mbps + Unifi Plus Box RM149
Unifi 100Mbps + Unifi Plus Box RM189
Unifi 300Mbps + Unifi Plus Box RM199
Manakala untuk kategori perniagaan, anda boleh mendapatkan Unifi TV dengan tambahan langganan pakej unifi TV Biz serendah RM70/bulan.
Jika anda baru hendak langgan Unifi atau pengguna Streamyx, boleh terus berhubung dengan saya untuk semakan liputan atau pendaftaran Unifi.
Jika anda pengguna sedia ada Unifi yang ingin Unifi TV Media Box, boleh berhubung dengan talian 100 atau terus ke mana-mana TM Point terdekat.
Adakah info ini berguna untuk anda?
Jika anda ada pertanyaan berkaitan pendaftaran unifi , boleh tinggalkan komen di bawah. Semoga info ini bermanfaat untuk anda semua. Terima kasih
p/s : untukk pendaftaran Unifi, Streamyx (Unifi Lite)atau unifimobile postpaid di kawasan selain dari kawasan Kuantan, boleh rujuk senarai kawasan ini untuk perkhidmatan saya : http://www.hafizalbroadband.com/blog/kawasan-perkhidmatan
Jika kita dah langgan satu-satu produk tu, kita perlu ambil tahu apakah produk yang kita langgan tu ada tempoh kontrak dan jumlah caj penalti yang perlu kita bayar jika kita menamatkan langganan dalam tempoh kontrak.
Sepanjang saya buat perkhidmatan pendaftaran Unifi di Kuantan – Pahang ni, memang banyak saya jumpa pelanggan yang telah daftar di tempat lain (selain dari saya) tidak tahu tempoh kontrak dan juga penalti yang dikenakan ke atas mereka jika menamatkan langganan dalam tempoh kontrak. Mereka tak pernah semak kontrak unifi yang mereka langgan.
Hal ini mereka baru nak ambil tahu apabila mereka nak berpindah ke telco provider lain seperti Astro broadband, Maxis Fibre, Celcom Fibre serta lain-lain pesaing telco.
Berikut Adalah Tempoh Kontrak Dan Juga Penalti
Maaf sebab saya ambil dari website Unifi dalam bahasa English. Apabila langgan Unifi, cuba lihat item pertama tu. Unifi sendiri mempunyai kontrak 24 bulan dan jika ingin membuat penamatan langganan dalam tempoh kontrak, anda perlu membayar sejumlah wang berdasarkan baki bulan yang tinggal.
Sebagai contoh, anda melanggan pakej Unifi 100Mbps yang didatangkan bersama Unifi PlayTV. Harga diskaun yang TM berikan adalah RM129.00. Tetapi anda perlu membayar pada harga sebelum diskaun iaitu RM159 X berapa baki bulan (Kontrak) yang tinggal.
RM159 X 18 Bulan (Contoh) = RM2862.00
Bukan ia satu pembaziran? Jadi bila nak langgan, fikir dulu dan jangan ingat bila langgan, servis tak o.k, tak nak bayar… bil tetap berjalan dan kontrak tetap berjalan. Ada masalah, buat aduan walaupun berkali-kali. Tamat kontrak, bolehlah nak terminate atau tukar ke provider lain.
Bagaimana Nak Buat Penamatan Langganan?
Anda perlu selesaikan semua bil tertunggak termasuk penalti. Penamatan langganan boleh dibuat di mana-mana TM point serta atau melalui portal selfcare https://unifi.com.my
Eh, ada masa tak? jom tengok pengalaman juruteknik TM yang terperangkan di rumah pelanggan. Video di bawah
Adakah info ini berguna untuk anda?
Jika anda ada pertanyaan berkaitan pendaftaran unifi , boleh tinggalkan komen di bawah. Semoga info ini bermanfaat untuk anda semua. Terima kasih
p/s : untukk pendaftaran Unifi, Streamyx (Unifi Lite)atau unifimobile postpaid di kawasan selain dari kawasan Kuantan, boleh rujuk senarai kawasan ini untuk perkhidmatan saya : http://www.hafizalbroadband.com/blog/kawasan-perkhidmatan
Dah langgan Unifi ke belum? Khusus untuk kawasan Kuantan – Pahang, saya boleh bantu untuk semak dan buat pendaftaran Unifi sama ada kedai atau rumah kediaman. Saya adalah wakil penjual sah TM ( TM Authorised Reseller).
Biasa dengar ke TM Authorised Reseller ni atau Wakil Penjual Sah TM ni? . Kalau anda lihat di website Unifi, atau pamplet, kebiasaannya memang ada pun mention kami sebagai penjual sah.
Dengan lantikan yang TM berikan kepada kami ni, kami boleh secara terus menjual pakej-pakej internet yang TM keluarkan dan benarkan.
Ada yang bertanya, kalau langgan pakej Unifi TM ni, perlukan buat bayaran pendahuluan (Unifi advance payment)?. Di bawah ni saya terangkan bagaimana anda tak perlu buat bayaran pendahuluan jika mendaftar Unifi.
Ejen/Reseller Guna Mykad Reader
Salah satu perkara yang perlu anda ambil perhatian adalah keselamatan data peribadi. Ada banyak kes di mana kecuaian sesetengah orang memberikan salinan kad pengenalan tanpa membuat ‘cross’ untuk kegunaan tertentu. Maka apa yang terjadi?
Salinan kad pengenalan tersebut di manipulasikan dan digunakan untuk membuat pelbagai pendaftaran lain selain dari apa yang anda mohon.
Anda tak risau?
Jika anda membuat pendaftaran melalui saya dan team saya (Ejen/TM Authorised Reseller), kami telah dibekalkan dengan Mykad Reader di mana tiada salinan kad pengenalan anda diperlukan. Hanya perlu jumpa, buat pengesaahan cap jari dan mykad melalui mykad reader.
Ada borang ke? Ada. Tetapi ia bukan fizikal. Ia adalah e-form di mana semua maklumat anda di isikan ke dalam borang elektronik melalui aplikasi TM. Data anda selamat dan salinan e-from anda akan diberikan melalui email.
Tiada Wang Pendahuluan Di Perlukan
Buat pendaftaran Unifi dengan saya , tiada wang pendahuluan diperlukan. Anda hanya perlu berjumpa dengan saya, atau wakil saya untuk urusan pendaftaran dan pengesahan cap jari melalui Mykad Reader.
Jika anda mendaftar di saluran lain tanpa melalui Mykad Reader, anda perlu membayar wang pendahuluan sebanyak RM100 dalam tempoh 10 hari selepas Unifi anda berjaya di aktifkan. Bayaran RM100 tersebut akan di masukkan ke dalam bil TM akan datang sebagai pembayaran bil anda.
Kegagalan anda membuat pembayaran, akaun Unifi anda akan disekat dan perlu hadir ke mana-mana TM Point terdekat untuk urusan penyambungan semula. Tak ke menyusahkan diri? .
Nampak Tak Cara Buat Pendaftaran Unifi Tanpa Bayaran Pendahuluan?
Jadi anda tak perlu risau hal duit, daftar dengan saya, pasang dan guna dahulu. Sampai bil, anda bayarlah dengan aman di mana-mana saluran pembayaran yang TM telah tetapkan. Sebagai contoh, pembayaran melalui mesion kiosk TM. Cara pembayaran boleh tengok dalam video di bawah :
Adakah info ini berguna untuk anda?
Jika anda ada pertanyaan berkaitan pendaftaran unifi , boleh tinggalkan komen di bawah. Semoga info ini bermanfaat untuk anda semua. Terima kasih
p/s : untukk pendaftaran Unifi, Streamyx (Unifi Lite)atau unifimobile postpaid di kawasan selain dari kawasan Kuantan, boleh rujuk senarai kawasan ini untuk perkhidmatan saya : http://www.hafizalbroadband.com/blog/kawasan-perkhidmatan
Adakah anda ingin membuat urusan dengan TM Point di Kuantan? Untuk kawasan Kuantan (area kuantan) TM Point telah berpindah dari lokasi lamanya iaitu di Kuantan Mahkota Square ke bangunan baru di Wisma TM Kuantan, Kuantan, Pahang – Malaysia.
ALAMAT TM POINT KUANTAN (TELEKOM MALAYSIA KUANTAN)
Lokasi lama
G08 & G09, Tingkat Bawah, Bangunan Mahkota Square, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang, Malasia
Lokasi Baru
Aras G, Wisma TM, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang, Malaysia.
Waktu operasi TM Point Kuantan adalah :
Isnin hingga Jumaat : 9 Pagi Hingga 5.30 Petang
Hari Sabtu : 9 pagi hingga 1 petang
Lokasi baru TM Point Kuantan ini terletak di bangunan Wisma TM Kuantan, Pahang iaitu bangunan mereka sendiri. Ia berhampiran dengan masjid negeri Sultan Ahmad Shah Kuantan.
p/s : untukk pendaftaran Unifi, Streamyx (Unifi Lite)atau unifimobile postpaid di kawasan selain dari kawasan Kuantan, boleh rujuk senarai kawasan ini untuk perkhidmatan saya : http://www.hafizalbroadband.com/blog/kawasan-perkhidmatan/
Nak apply Unifi tapi bila semak tak ada coverage . Padahal satu blok.
Beliau telah berhubung dengan saya berkenaan untuk mendaftar Unifi. Pada awal bulan lalu iaitu Disember 2019, beliau mohon saya untuk buat semakan coverage dan didapati alamat yang beliau berikan tiada di dalam sistem Unifi. Agak mengecewakan.
Saya semak pula dengan lebih teliti. Rupanya hanya kediamannya sahaja yang tiada data liputan Unifi. Sedangkan unit lain di blok aparment tersebut ada liputan. Jadi saya berbincang dengan beliau untuk menghantarkan kes ini kepada survey team.
Bila kes macam ni, ada beberapa perkara yang perlu ejen buat :
Buat site survey bagi mendapatkan maklumat secara fizikal.
Ambil maklumat pelanggan
Hantar kepada pihak TM untuk pengesahan sama ada boleh diberikan service Unifi atau tidak.
Setelah mendapat feedback dari pihak TM, ejen proses permohonan seperti biasa.
Beberapa hari kemudian beliau berhubung dengan saya dan terus membuat permohonan unifi. Ini adalah flow biasa yang ejen perlu buat dan keputusannya sama ada boleh berikan servis unifi atau tidak. Itu sahaja. Setidaknya mencuba. Tiada bayaran yang saya kenakan.
Saya akan update perkembangan kes ini dari semasa ke semasa. Bagi yang berminat untuk mendapatkan khidmat saya boleh terus berhubung dengan saya di talian 019-9377 794. Mana kes yang saya boleh bantu, saya bantu.
Masih sihatkah mereka? Saya doakan mereka sentiasa sihat..
Salam takziah dari saya kepada anda jika ibu atau bapa anda telah pergi…
Jika anda masih ada ibu bapa, berapa kerapkah anda menghubungi mereka? bertanyakan khabar, berkongsi cerita, dan setidaknya mengucapkan kata-kata sayang dan rindu?
Saya yakin 100% anda adalah antara anak – anak yang baik dan mungkin juga yang membaca ini antara di kalangan ibu dan bapa yang sentiasa berhubung dengan anak-anak serta ibu bapa masing-masing.
Telekom Malaysia Berhad (TM) dengan pakej Unifi Mobile telah memperkenalkan kategori baru pek JASA untuk WARGA EMAS. Pakej dengan bayaran bulanan serendah RM59 ini boleh dihadiahkan khas kepada ibu bapa anda yang berumur 60 tahun ke atas.
Apa Yang Menarik Sangat Pakej Ni?
Apa yang menarik sudah tentu satu perkataan yang sentiasa di dalam hati pengguna sebelum memilih sebarang pakej telco iaitu UNLIMITED – TANPA HAD!
Dengan pakej ini , pengguna dapat manfaat besar seperti :
Penggunaan DATA TANPA HAD (Unlimited DATA). Tak perlu risau dah ibu bapa atau anda sendiri kehabisan data semasa melayari laman sosial untuk berkongsi cerita, kenangan, dan mendapatkan khabar berita keluarga tersayang.
Panggilan TANPA HAD (Unlimited CALL). Luahkan cerita, kasih sayang, rindu kepada keluarga anda, anak-anak, cucu dan sahabat.
SMS TANPA HAD (Unlimited SMS). Masih gunakan SMS? . Tak perlu risau kene caj atau kredit tak cukup.
Berkongsi internet dengan hotspot 10Gb setiap bulan untuk LTE/4G.
Kelajuan internet tanpa had. Walaupun murah, tidak ditetapkan setakat mana kelajuan internet tersebut.
RM59/bulan itu murah bukan?. Masih setia pada telco sedia ada? Jika murah tak apalah, abaikan tulisan saya ni. Tapi semak balik adakah telco tersebut memberikan semua manfaat di atas?.
Janganlah fikir lama-lama. Bukan anda kontrak. Cuba dulu baru tahu. Kalau tak cuba, tak tahu dan selamanya rugi bayar bil telefon mahal tapi ada yang murah ditawarkan. Kalau takut mencuba selamanya kita membazirkan wang pada manfaat yang sama , tapi MAHAL.
Bukankah lebihan wang boleh di simpan, dilaburkan atau disedekahkan pada yang memerlukan kan? atau setidaknya belanja orang yang TERSAYANG?.
Bertindak itu lebih baik daripada asyik mencari kelemahan & membuat perbandingan. Tiada telco yang sempurna. Tapi ada telco yang mungkin sesuai untuk kehidupan anda. CUBA DAHULU.
Boleh terus berhubung dengan saya. Talian saya 019-9377 794.
Guna Whatsapp? Selain save nombor saya, boleh terus chat dengan saya melalui link Whatsapp : https://wa.me/60199377794
Tinggalkan komen anda pada ruangan dibawah agar kita sama-sama boleh berkongsi penyelesaian dan pandangan.
Saya suka untuk membaca setiap komen yang ditinggalkan. Terima kasih saya ucapkan atas feedback anda.