Bila sebut fasal internet rumah, isu dia selalu sama: bila nak laju, harga melangit; bila ambil yang murah, waktu malam nak layan Netflix pun sangkut-sangkut macam kaset lama. Lebih-lebih lagi kalau satu rumah ada lima enam orang yang melekat pada skrin masing-masing.
Baru-baru ini, pihak TM akhirnya buat satu tawaran yang pada firasat aku cukup masuk akal untuk dikongsikan. Pakej Unifi 300Mbps kini ditawarkan dengan promosi 3 bulan percuma dan diskaun bil bulanan seumur hidup.
PNG
Bunyi macam gimik jualan biasa? Jom kita bedah siasat kira-kira di sebaliknya.
Matematik Mudah: Berapa Banyak Sebenarnya Korang Jimat?
Biasanya, harga standard untuk kelajuan 300Mbps Unifi adalah RM139 sebulan. Tapi menerusi tawaran terbaru ini, bil bulanan diturunkan kepada RM129 sebulan—dan potongan RM10 ini kekal selagi mana langganan korang aktif (forever).
Campur pula dengan promosi percuma bil untuk 3 bulan pertama:
PNG
- Penjimatan 3 bulan pertama: RM129 x 3 bulan = RM387
- Penjimatan diskaun bulanan: RM10 x 24 bulan (tempoh kontrak) = RM240 PNG
Secara keseluruhannya, dalam tempoh 2 tahun, korang jimat lebih daripada RM600. Nilai sebanyak itu kalau buat belanja makan keluarga atau bayar bil utiliti lain, cukup lega juga rasanya.

Cukup Ke 300Mbps Untuk Kegunaan Sekarang?
Kelajuan 300Mbps bukan lagi kategori “mewah”, sebaliknya dah jadi standard untuk rumah zaman sekarang. Profil kelajuan ini direka untuk:
PNG
- Penstriman 4K Ultra HD & WFH serentak: Sesuai untuk penggunaan serentak sehingga 10 peranti tanpa berebut bandwidth. PNG
- Gaming & Download Lancar: Muat turun kemas kini fail besar atau game puluhan Gigabyte tanpa perlu tunggu berjam-jam.
- Bonus Tambahan: Pelanggan baru turut diberikan akses percuma selama 30 hari untuk 70+ saluran Unifi TV. PNG
Selain itu, jika rumah korang perlukan kamera keselamatan, pakej ini turut menyertakan pilihan add-on AI Indoor Camera secara percuma (RM0/bulan). Benda boleh dapat percuma, buat apa bayar lebih?
PNG
Pemasangan Unifi di Kuantan & Seluruh Pahang
Bagi korang yang menetap di sekitar Kuantan—sama ada kawasan Indera Mahkota, Bandar Indera Mahkota, Kotasas, Sungai Isap, Bukit Rangin, Beserah, mahupun Gambang—pemasangan gentian optik (fibre) kini sudah meliputi hampir keseluruhan kawasan perumahan utama.
Begitu juga untuk penduduk di daerah sekitar seperti Pekan, Kemaman, Maran, dan Temerloh. Kalau korang:
- Baru pindah ke rumah baru dan tiada sambungan internet,
- Masih tersangkut dengan pakej lama yang perlahan tapi bayar mahal, atau
- Kontrak internet lama dah tamat dan nak cari tawaran baru yang lebih jimat,
…promosi 3 bulan percuma ini antara masa yang paling tepat untuk buat permohonan.
PNG
Tak Perlu Beratur di TMpoint, Semak Port Dulu
Daripada buang masa cari parking dan beratur panjang di TMpoint, cara paling mudah adalah buat semakan liputan (coverage) dan port kosong di kawasan perumahan korang terlebih dahulu.
Pendaftaran boleh diuruskan terus secara pantas tanpa sebarang caj tersembunyi. Korang hanya perlu sediakan salinan MyKad dan alamat lengkap pemasangan.
Berminat nak semak liputan atau pasang Unifi 300Mbps di rumah korang?
Hubungi atau WhatsApp wakil sah pendaftaran Unifi sekarang:
đŸ“² [Klik Sini Untuk WhatsApp / Semak Port Percuma: 019-9377794]
![]()