kontrak unifi

Tempoh Kontrak Unifi & Penalti Penamatan Awal Langganan

Jika kita dah langgan satu-satu produk tu, kita perlu ambil tahu apakah produk yang kita langgan tu ada tempoh kontrak dan jumlah caj penalti yang perlu kita bayar jika kita menamatkan langganan dalam tempoh kontrak.

Sepanjang saya buat perkhidmatan pendaftaran Unifi di Kuantan – Pahang ni, memang banyak saya jumpa pelanggan yang telah daftar di tempat lain (selain dari saya) tidak tahu tempoh kontrak dan juga penalti yang dikenakan ke atas mereka jika menamatkan langganan dalam tempoh kontrak. Mereka tak pernah semak kontrak unifi yang mereka langgan.

Hal ini mereka baru nak ambil tahu apabila mereka nak berpindah ke telco provider lain seperti Astro broadband, Maxis Fibre, Celcom Fibre serta lain-lain pesaing telco.

Berikut Adalah Tempoh Kontrak Dan Juga Penalti

Maaf sebab saya ambil dari website Unifi dalam bahasa English. Apabila langgan Unifi, cuba lihat item pertama tu. Unifi sendiri mempunyai kontrak 24 bulan dan jika ingin membuat penamatan langganan dalam tempoh kontrak, anda perlu membayar sejumlah wang berdasarkan baki bulan yang tinggal.

Sebagai contoh, anda melanggan pakej Unifi 100Mbps yang didatangkan bersama Unifi PlayTV. Harga diskaun yang TM berikan adalah RM129.00. Tetapi anda perlu membayar pada harga sebelum diskaun iaitu RM159 X berapa baki bulan (Kontrak) yang tinggal.

RM159 X 18 Bulan (Contoh) = RM2862.00

Bukan ia satu pembaziran? Jadi bila nak langgan, fikir dulu dan jangan ingat bila langgan, servis tak o.k, tak nak bayar… bil tetap berjalan dan kontrak tetap berjalan. Ada masalah, buat aduan walaupun berkali-kali. Tamat kontrak, bolehlah nak terminate atau tukar ke provider lain.

Bagaimana Nak Buat Penamatan Langganan?

Anda perlu selesaikan semua bil tertunggak termasuk penalti. Penamatan langganan boleh dibuat di mana-mana TM point serta atau melalui portal selfcare https://unifi.com.my

Eh, ada masa tak? jom tengok pengalaman juruteknik TM yang terperangkan di rumah pelanggan. Video di bawah

Adakah info ini berguna untuk anda?

Jika anda ada pertanyaan berkaitan pendaftaran unifi , boleh tinggalkan komen di bawah. Semoga info ini bermanfaat untuk anda semua. Terima kasih

TM Unifi Kuantan : 019 – 9377 794 (Pendaftaran/Jualan)

TM Unifi Kuantan Contact Number: 019 – 9377 794 (Registration/Sales)


Telekom Malaysia : 100 (Aduan/Kerosakan/Bil)

Telekom Malaysia : 100 (Enquiry/Support/Billing)

p/s : untukk pendaftaran Unifi, Streamyx (Unifi Lite) atau unifi mobile postpaid di kawasan selain dari kawasan Kuantan, boleh rujuk senarai kawasan ini untuk perkhidmatan saya : https://www.hafizalbroadband.com/blog/kawasan-perkhidmatan

sumber video : Unifi

 164 views today,  1 views today

33 thoughts on “Tempoh Kontrak Unifi & Penalti Penamatan Awal Langganan

    1. hafizal broadband Post author

      Jika sudah habis kontrak boleh teruskan langganan dan bebas nak terminate atau macam mana. Jika inginkan tawaran menarik boleh berhubung dengan saya di talian 019-9377 794. Tapi kontrak akan di perbaharui semula 24 bulan.

      Whatsapp link : https://wa.me/message/NY33AXFNYXHND1

      Reply
      1. hafizal broadband Post author

        Sebenarnya jika puan ada register unifi selfcare portal melalui portal unifi tu, ada dinyatakan dalam My Account Service Details . Tarikh mula langgan dan puan boleh anggarkan pelan akan tamat setelah 24 bulan. Jika nak downgrade pelan boleh saja hubungi TM melalui chat atau call 100 untuk buat semakan terlebih dahulu.

        Reply
  1. Zulfikri

    Saya ada masalah didenda kerana bertukar drp Streamyx ke unifi 100mbps..tak ingat ada kontrak wktu apply tu.ada lg 8bln nk abis kontrak.CS TM waktu telefon tak ada pula ingatkan pasal kontrak tu..denda kena rm300 lbih++..bole ke buat rayuan waived denda ni?bukannya sy pindah ke network operator lain.

    Reply
  2. Anne

    Nak Tanya kontrak saya belum tamat 24 bulan tapi ada lambat bayar.. unifi sendiri terminate line dan suruh bayar Rm2300++ sebab langgar kontrak.. sekarang ni bukan saya yang terminate dia orang sendiri terminate suruh bayar!!! ape Adil nya? Noleh explain tak?

    Reply
    1. hafizal broadband Post author

      Lambat bayar sampai bil -3 pun stil tak bayar, mmg akan diterminatekan terus . Bila terminate, kira langgar kontrak.

      Reply
        1. hafizal broadband Post author

          Itu ejen kutipan hutang… Dinasihatkan anda bayar di TM Point terdekat dan rujuk jika ada tawaran rebet.

          Reply
          1. hafizal broadband Post author

            Disekat. Kemudian ditamatkan dan dikenakan penalti jika masih dalam kontrak

  3. hazila

    Boleh tak bayar bill yang tertunggak secara ansuran kerana tidak mampu untuk membuat pembayaran sekali gus?

    Reply
  4. Olendus Channel

    Kadang-kadang kontrak ini tak betul perkhidmatan terputus pun kena bayar hisap Darah sajah.. ugut kena black list la pula .. Bolehkah kes ini di bawa ke hak pengguna?

    Reply
    1. hafizal broadband Post author

      Anda boleh saja buat aduan di saluran yang betul. Cuma, jika langganan anda itu diterminate kerana anda tidak membayar bil, itu memang sudah langgar kontrak. Jika ada kerosakan, anda perlu buat aduan di talian aduan TM 100.

      Reply
  5. Syuhadah

    Kalau saya pakai unifi tak sampai sebulan lagi kemudian saya nak terminate adakah masih dikenakan panalty?

    Reply
    1. hafizal broadband Post author

      Bergantung pada apa pakej yang cik langgan. Kebanyakannya pakej Unifi sekarang ada disertakan sekali dengan percubaan 30 hari. Jadi urusan terminate mesti dibuat dalam tempoh 30 hari tersebut di mana-mana TM Point terdekat.

      Reply
  6. MOHAMAD HILMI SHAHIRAN BIN MOHD SAFIKIE

    Kalau saya diterminate sebab xbyar tunggakan..kena denda dal Rm 1300..Saya tak bayar sebab tunggu kemasukan ke rumah sewa baru. If saya bayar tunggakan bil pun akan jalan sedangkan sy tak guna.Jadi aonjalan penyelesaian nya tuan?

    Reply
    1. hafizal broadband Post author

      Berkenaan perkara ni, dah tak ada apa boleh buat kerana akaun telah ditamatkan. Hanya perlu bayar keseluruhan tunggakan dan buka akaun baru. Akaun ditamatkan ni apabila tunggakan melebihi 3 kali bil kebiasaannya. Jadi penalti dikenakan sebab akaun ditamatkan kerana bil tidak dijelaskan tidak mengira apa jua sebab tuan tidak bayar. Lagi satu, akaun unifi memang perlu dibayar sejak tuan melanggan tanpa mengira anda gunakan atau tidak kerana ia bukanlah langganan berkonsepkan pay per use (bayar apabila guna).

      Tuan boleh datang ke mana-mana tm point untuk buat rundingan bayaran.

      Reply
  7. Fadil

    Slm tuan.. nk tnya sy melanggan unifi Air utk 20mbps, tp sy mengalami masalah rangkain dilokasi sy, hnya dpt purata 3mbps.. adakah sy boleh membatalkan langganan tanpa penalti? Semenjak beli xdapat guna pun krn speed terlalu perlahan dan sambungan sentiasa putus²

    Reply
    1. hafizal broadband Post author

      Waalaikummusalam, Semasa langganan di buat, adakah anda telah semak coverage terlebih dahulu? Jika telah semak dan memamg anda di kawasan liputan Unifi Air, anda boleh buat aduan berkenaan kualiti liputan yang tuan hadapi melalui live chat TM atau call 100 atau walk in ke TM Point.

      Reply
  8. Fadil

    Slm tuan.. nk tnya sy melanggan unifi Air utk 20mbps dgn kontrak 24 bulan, tp sy mengalami masalah rangkain dilokasi sy, hnya dpt purata 3mbps.. adakah sy boleh membatalkan langganan tanpa penalti? Semenjak beli xdapat guna pun krn speed terlalu perlahan dan sambungan sentiasa putus²

    Reply
    1. hafizal broadband Post author

      Waalaikummusalam, Semasa langganan di buat, adakah anda telah semak coverage terlebih dahulu? Jika telah semak dan memamg anda di kawasan liputan Unifi Air, anda boleh buat aduan berkenaan kualiti liputan yang tuan hadapi melalui live chat TM atau call 100 atau walk in ke TM Point.

      Reply
    1. hafizal broadband Post author

      Sebenarnya jika puan ada register unifi selfcare portal melalui portal unifi tu, ada dinyatakan dalam My Account Service Details . Tarikh mula langgan dan puan boleh anggarkan pelan akan tamat setelah 24 bulan.

      Reply
  9. Ica

    Kalau saya nak panggil technician dtg ruma utk setup pswrd unifi sy akan dikenakan sbrg cas kh ? Kontrak akan d prpanjangkn kh?

    Reply
  10. Hanney Mdy

    Hello Tuan..
    Ada jugakah penalty yang dikenakan kepada pelanggan sehingga mencecah RM9+++. Caj penalty apa yang dikenakan..mohon penjelasan.

    Reply
    1. hafizal broadband Post author

      Semak dulu dalam bil apa yang dikenakan penalti. Ada dinyatakan atau call 100 untuk semakan. Jika ternyata ada kesalahan, datang TM Point untuk penjelasan

      Reply
  11. Aminnur Aideed Bin Rosli

    Saya ada contract lagi dengan unifi dan Selama 4 bulan lebih. saya tidak bayar kerana jarang ada dirumah atas urusan kerja.Sekarang ni surat lawyer datang sebab saya tidak bayar dan diugut untuk ambil tindakan.Tunggakan dalam 4+++. Boleh tak saya bayar secara ansuran tanpa melibatkan pihak lawyer dan hanya bayar pada tm point sahaja?

    Reply
    1. hafizal broadband Post author

      bil Unifi perlu di bayar tidak kira anda gunakannya atau tidak. Sebaikan sahaja pemasangan dibuat, bil akan terus dikenakan secara tetap mengikut pakej yang anda persetujui. Ini kerana sebelum langgan, sepatutnya anda sedia maklum tentang kontrak . Boleh datang TM Point untuk bincangkan bayaran penalti tersebut.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.