kontrak unifi

Tempoh Kontrak Unifi & Penalti Penamatan Awal Langganan

Jika kita dah langgan satu-satu produk tu, kita perlu ambil tahu apakah produk yang kita langgan tu ada tempoh kontrak dan jumlah caj penalti yang perlu kita bayar jika kita menamatkan langganan dalam tempoh kontrak.

Sepanjang saya buat perkhidmatan pendaftaran Unifi di Kuantan – Pahang ni, memang banyak saya jumpa pelanggan yang telah daftar di tempat lain (selain dari saya) tidak tahu tempoh kontrak dan juga penalti yang dikenakan ke atas mereka jika menamatkan langganan dalam tempoh kontrak. Mereka tak pernah semak kontrak unifi yang mereka langgan.

Hal ini mereka baru nak ambil tahu apabila mereka nak berpindah ke telco provider lain seperti Astro broadband, Maxis Fibre, Celcom Fibre serta lain-lain pesaing telco.

Berikut Adalah Tempoh Kontrak Dan Juga Penalti

Maaf sebab saya ambil dari website Unifi dalam bahasa English. Apabila langgan Unifi, cuba lihat item pertama tu. Unifi sendiri mempunyai kontrak 24 bulan dan jika ingin membuat penamatan langganan dalam tempoh kontrak, anda perlu membayar sejumlah wang berdasarkan baki bulan yang tinggal.

Sebagai contoh, anda melanggan pakej Unifi 100Mbps yang didatangkan bersama Unifi PlayTV. Harga diskaun yang TM berikan adalah RM129.00. Tetapi anda perlu membayar pada harga sebelum diskaun iaitu RM159 X berapa baki bulan (Kontrak) yang tinggal.

RM159 X 18 Bulan (Contoh) = RM2862.00

Bukan ia satu pembaziran? Jadi bila nak langgan, fikir dulu dan jangan ingat bila langgan, servis tak o.k, tak nak bayar… bil tetap berjalan dan kontrak tetap berjalan. Ada masalah, buat aduan walaupun berkali-kali. Tamat kontrak, bolehlah nak terminate atau tukar ke provider lain.

Bagaimana Nak Buat Penamatan Langganan?

Anda perlu selesaikan semua bil tertunggak termasuk penalti. Penamatan langganan boleh dibuat di mana-mana TM point serta atau melalui portal selfcare https://unifi.com.my

Eh, ada masa tak? jom tengok pengalaman juruteknik TM yang terperangkan di rumah pelanggan. Video di bawah

Adakah info ini berguna untuk anda?

Jika anda ada pertanyaan berkaitan pendaftaran unifi , boleh tinggalkan komen di bawah. Semoga info ini bermanfaat untuk anda semua. Terima kasih

TM Unifi Kuantan : 019 – 9377 794 (Pendaftaran/Jualan)

TM Unifi Kuantan Contact Number: 019 – 9377 794 (Registration/Sales)


Telekom Malaysia : 100 (Aduan/Kerosakan/Bil)

Telekom Malaysia : 100 (Enquiry/Support/Billing)

p/s : untukk pendaftaran Unifi, Streamyx (Unifi Lite) atau unifi mobile postpaid di kawasan selain dari kawasan Kuantan, boleh rujuk senarai kawasan ini untuk perkhidmatan saya : https://www.hafizalbroadband.com/blog/kawasan-perkhidmatan

sumber video : Unifi

Loading

92 thoughts on “Tempoh Kontrak Unifi & Penalti Penamatan Awal Langganan

    1. hafizal broadband Post author

      Jika sudah habis kontrak boleh teruskan langganan dan bebas nak terminate atau macam mana. Jika inginkan tawaran menarik boleh berhubung dengan saya di talian 019-9377 794. Tapi kontrak akan di perbaharui semula 24 bulan.

      Whatsapp link : https://wa.me/message/NY33AXFNYXHND1

      Reply
      1. Azmi

        Salam bos saya PAKAI 100 Mbps unlimited+hyyp tv kontrak dah habis masalahnya sy nk terminated hyyp tv Dan nk upgrade package terbaru boleh kah?adalah sy kena call 100?

        Reply
        1. hafizal broadband Post author

          Boleh je tak ada masalah. Boleh datang tm point, atau buat sendiri melalui apps my unifi atau portal selfcare unifi

          Reply
          1. Muhd alif

            Saya dikenakan penalti lepas saya tak bayar 3 bulan adakah penalti tersebut saya boleh bayar secara ansuran

      1. hafizal broadband Post author

        Sebenarnya jika puan ada register unifi selfcare portal melalui portal unifi tu, ada dinyatakan dalam My Account Service Details . Tarikh mula langgan dan puan boleh anggarkan pelan akan tamat setelah 24 bulan. Jika nak downgrade pelan boleh saja hubungi TM melalui chat atau call 100 untuk buat semakan terlebih dahulu.

        Reply
  1. Zulfikri

    Saya ada masalah didenda kerana bertukar drp Streamyx ke unifi 100mbps..tak ingat ada kontrak wktu apply tu.ada lg 8bln nk abis kontrak.CS TM waktu telefon tak ada pula ingatkan pasal kontrak tu..denda kena rm300 lbih++..bole ke buat rayuan waived denda ni?bukannya sy pindah ke network operator lain.

    Reply
  2. Anne

    Nak Tanya kontrak saya belum tamat 24 bulan tapi ada lambat bayar.. unifi sendiri terminate line dan suruh bayar Rm2300++ sebab langgar kontrak.. sekarang ni bukan saya yang terminate dia orang sendiri terminate suruh bayar!!! ape Adil nya? Noleh explain tak?

    Reply
    1. hafizal broadband Post author

      Lambat bayar sampai bil -3 pun stil tak bayar, mmg akan diterminatekan terus . Bila terminate, kira langgar kontrak.

      Reply
        1. hafizal broadband Post author

          Itu ejen kutipan hutang… Dinasihatkan anda bayar di TM Point terdekat dan rujuk jika ada tawaran rebet.

          Reply
          1. hafizal broadband Post author

            Disekat. Kemudian ditamatkan dan dikenakan penalti jika masih dalam kontrak

      1. Pojie

        Salam Tuan saya Nak Tanya. Saya baru masuk 2bulan X bayar bill, ada kah line Akan di sekat atau di posting?

        Reply
        1. hafizal broadband Post author

          Akaun suspend bila dah masuk bil kedua dan masih tak bayar.. suspend sementara.

          Reply
    2. Aiman

      Jika saya sudah didenda 24bulan dan baki tertunggak, adakah jumlah itu akan bertambah? Sbb skrg jumlahnya bertambah

      Reply
      1. hafizal broadband Post author

        Sepatutnya tidak bertambah sebab jumlah penalti adalah berdasarkan baki bulan yang tinggal. Jika 18 bulan, harga pakej X 18 bulan. Datang terus ke TM Point untuk semakan segera.

        Reply
    3. Mia

      Sama.. suami sy kena mcmni.. msa tu kami lewat byr masuk 2 bln..tu pun suami terlepas pndang,sbb wifi kat umah mentua.ingatkan adik ipar dh byr kan. Bila g TM point diorg ckp xblh buat apa. Melainkan suruh byr dlu penalti ikut hrga tempoh kontrak berbaki rm1700.. sedangakn kami masih nak guna.. xgila ke tu? Skg naik nama suami kena blacklist.

      Reply
      1. syida

        Hi, nak tye laa… klu nak relocate address, perlu ke inform service provider ya? cth dulu address Seremban, now just nk relocate/pindahkan ke rembau. Still in contract & nak teruskan with the current service

        Reply
      2. Mr lone

        Assalamualaikum tuan,saya nak tanya.. berapa penalti akan dikenakan jika kita lewat bayar contoh saya perlu bayar sebelum 1october 2023..

        Sebagai conntoh saya mahu bayar lewat seminggu 2 dari tarikh tersebut (01/10/2023)..
        sebelumnya tiada tunggakan langsung.. mohon penjelasannya..

        Ada penalti atau tiada penalti jika tidak bayar bil sebulan..s. ada yang kata tiada masalah,cuma jangan tunggak saja melebihi 2bukan..

        Fyi,saya tidak pernah tunggak,hampir setahun sudah bayar bil.. cuma untuk bulan 8 ni saja masih belum bayar.. saja bertanya .

        Reply
        1. hafizal broadband Post author

          Tiada penalti dikenakan. Bil akan menjadi tertunggak sahaja. Cuma jika di sekat sementara, caj penyambungan akan dikenakan di dalam next bil.

          Reply
          1. Nabilah Rahim

            Assalamualaikum tuan.. Sekira nya sy ada tunggakan sebulan, adakah dalam masa sebulan tu,no sy masih bole diguna kan utk membuat panggilan keluar dan masih boleh mengunakan data? Dan mcm mana nk tahu nombor kita disekat dan bagaimana nk selesaikan?

            Contoh utk bill bulan 11 sy tak mampu nk bayar, adakah sy masih boleh guna kan nombor sy pada sepanjang bulan 12,atau akan disekat sehingga sy membsysr tunggakkan?

  3. hazila

    Boleh tak bayar bill yang tertunggak secara ansuran kerana tidak mampu untuk membuat pembayaran sekali gus?

    Reply
      1. Aleeya

        Klu mcm sy,,bulan ni dia cas penalti semua sekali dekat rm900,,kalau sy mintak utk bayar ansuran boleh ka tuan,,sbb skrg ekonomi mmg truk,,

        Reply
    1. Mia

      Sy pun pnh jd mcmni.ckp dkt peg tm ckp nak byr yg tertunggak 2 bln ni.,dia xbg.suruh byr habis.. cekik darah sungguh. Org still nak guna unifi..

      Reply
  4. Olendus Channel

    Kadang-kadang kontrak ini tak betul perkhidmatan terputus pun kena bayar hisap Darah sajah.. ugut kena black list la pula .. Bolehkah kes ini di bawa ke hak pengguna?

    Reply
    1. hafizal broadband Post author

      Anda boleh saja buat aduan di saluran yang betul. Cuma, jika langganan anda itu diterminate kerana anda tidak membayar bil, itu memang sudah langgar kontrak. Jika ada kerosakan, anda perlu buat aduan di talian aduan TM 100.

      Reply
  5. Syuhadah

    Kalau saya pakai unifi tak sampai sebulan lagi kemudian saya nak terminate adakah masih dikenakan panalty?

    Reply
    1. hafizal broadband Post author

      Bergantung pada apa pakej yang cik langgan. Kebanyakannya pakej Unifi sekarang ada disertakan sekali dengan percubaan 30 hari. Jadi urusan terminate mesti dibuat dalam tempoh 30 hari tersebut di mana-mana TM Point terdekat.

      Reply
      1. Azmira

        Saya dah kena terminate, klau Saya bayar semula tunggakan tiap2 bulan mcm perjanjian, dlm masa yg sama internet boleh guna Tak??

        Reply
        1. hafizal broadband Post author

          Akaun dah ditutup. Tidak boleh gunakan pun Unifi tersebut. Nama dah diblacklist untuk buat permohonan. Boleh PM saya untuk penjelasan lanjut.

          Reply
  6. MOHAMAD HILMI SHAHIRAN BIN MOHD SAFIKIE

    Kalau saya diterminate sebab xbyar tunggakan..kena denda dal Rm 1300..Saya tak bayar sebab tunggu kemasukan ke rumah sewa baru. If saya bayar tunggakan bil pun akan jalan sedangkan sy tak guna.Jadi aonjalan penyelesaian nya tuan?

    Reply
    1. hafizal broadband Post author

      Berkenaan perkara ni, dah tak ada apa boleh buat kerana akaun telah ditamatkan. Hanya perlu bayar keseluruhan tunggakan dan buka akaun baru. Akaun ditamatkan ni apabila tunggakan melebihi 3 kali bil kebiasaannya. Jadi penalti dikenakan sebab akaun ditamatkan kerana bil tidak dijelaskan tidak mengira apa jua sebab tuan tidak bayar. Lagi satu, akaun unifi memang perlu dibayar sejak tuan melanggan tanpa mengira anda gunakan atau tidak kerana ia bukanlah langganan berkonsepkan pay per use (bayar apabila guna).

      Tuan boleh datang ke mana-mana tm point untuk buat rundingan bayaran.

      Reply
  7. Fadil

    Slm tuan.. nk tnya sy melanggan unifi Air utk 20mbps, tp sy mengalami masalah rangkain dilokasi sy, hnya dpt purata 3mbps.. adakah sy boleh membatalkan langganan tanpa penalti? Semenjak beli xdapat guna pun krn speed terlalu perlahan dan sambungan sentiasa putus²

    Reply
    1. hafizal broadband Post author

      Waalaikummusalam, Semasa langganan di buat, adakah anda telah semak coverage terlebih dahulu? Jika telah semak dan memamg anda di kawasan liputan Unifi Air, anda boleh buat aduan berkenaan kualiti liputan yang tuan hadapi melalui live chat TM atau call 100 atau walk in ke TM Point.

      Reply
  8. Fadil

    Slm tuan.. nk tnya sy melanggan unifi Air utk 20mbps dgn kontrak 24 bulan, tp sy mengalami masalah rangkain dilokasi sy, hnya dpt purata 3mbps.. adakah sy boleh membatalkan langganan tanpa penalti? Semenjak beli xdapat guna pun krn speed terlalu perlahan dan sambungan sentiasa putus²

    Reply
    1. hafizal broadband Post author

      Waalaikummusalam, Semasa langganan di buat, adakah anda telah semak coverage terlebih dahulu? Jika telah semak dan memamg anda di kawasan liputan Unifi Air, anda boleh buat aduan berkenaan kualiti liputan yang tuan hadapi melalui live chat TM atau call 100 atau walk in ke TM Point.

      Reply
    1. hafizal broadband Post author

      Sebenarnya jika puan ada register unifi selfcare portal melalui portal unifi tu, ada dinyatakan dalam My Account Service Details . Tarikh mula langgan dan puan boleh anggarkan pelan akan tamat setelah 24 bulan.

      Reply
  9. Ica

    Kalau saya nak panggil technician dtg ruma utk setup pswrd unifi sy akan dikenakan sbrg cas kh ? Kontrak akan d prpanjangkn kh?

    Reply
  10. Hanney Mdy

    Hello Tuan..
    Ada jugakah penalty yang dikenakan kepada pelanggan sehingga mencecah RM9+++. Caj penalty apa yang dikenakan..mohon penjelasan.

    Reply
    1. hafizal broadband Post author

      Semak dulu dalam bil apa yang dikenakan penalti. Ada dinyatakan atau call 100 untuk semakan. Jika ternyata ada kesalahan, datang TM Point untuk penjelasan

      Reply
  11. Aminnur Aideed Bin Rosli

    Saya ada contract lagi dengan unifi dan Selama 4 bulan lebih. saya tidak bayar kerana jarang ada dirumah atas urusan kerja.Sekarang ni surat lawyer datang sebab saya tidak bayar dan diugut untuk ambil tindakan.Tunggakan dalam 4+++. Boleh tak saya bayar secara ansuran tanpa melibatkan pihak lawyer dan hanya bayar pada tm point sahaja?

    Reply
    1. hafizal broadband Post author

      bil Unifi perlu di bayar tidak kira anda gunakannya atau tidak. Sebaikan sahaja pemasangan dibuat, bil akan terus dikenakan secara tetap mengikut pakej yang anda persetujui. Ini kerana sebelum langgan, sepatutnya anda sedia maklum tentang kontrak . Boleh datang TM Point untuk bincangkan bayaran penalti tersebut.

      Reply
  12. Carolinevintang

    Macam mana kalau sy didenda langgar kontrak byar 2+++ sbb sy tak guna unifi lagi. Sudah dicabut wire and off modem unifi sbb pindah rumah. Tapi didenda. Kalau sy byar yang tunggakkan shj dan penalti 2+++ itu byar skli atau bagaimana?..

    Reply
    1. hafizal broadband Post author

      Pindah rumah mesti buat permohon relocation di TM Point dan jika tempat baru kita tu tiada coverage atau tiada port, TM akan advice untuk terminate tanpa penalti. Biar TM yang decide. Bukan cabut dan off modem untuk elakkan bil. Sekarang yang tertunggak dan caj denda kene bayar sekaligus atau jika nak bincang cara bayaran, boleh datang ke TM Point terdekat.

      Reply
      1. Mon

        Salam tuan..kalau sdh kena sampai tuntutan kes sivil mcm nak selesai kn..tgh kusut ni duit tak cukup cover..sbb keja sndri sja tda pndptan tetap..4k lbih..tm minta byr sprh..tak mampu byr sprh..masa tu ada ckp dgn tm nak ansuran tp dia kata kna byr spruh tak blh ansuran..

        Reply
        1. hafizal broadband Post author

          Waalaikummusalam, Cuba bayar sahaja ansuran melalui number akaun yang ada. Bayar secara online atau mesin kiosk.

          Reply
  13. Mohamad ezuwan

    Assalamualaikum , saye pelanggan unifi yg masih dalam contrat , 1st bolehkah saye munukar hakmilik dari nama saye kepada nama sahabat saye , kerana saye dah nak berpindah ke kawasan lain ? And sekiranya saye bawak unifi tu , bolehkah sy menggunakan 2unifi dln satu rumah ? Bb rumah yg saya berpindah ni , sudah ade package unifi .. mohon pencerahan ya tuan

    Reply
    1. hafizal broadband Post author

      Waalaikummusalam, Boleh tukar milik. Tapi nak bawa ke rumah baru, tertakluk pada kelulusan TM semasa berurusan di TM Point memandangkan sudah ada akaun di rumah tersebut.

      Reply
  14. syygterluka

    sy kena penalty early termination. boleh ke sy bayar ansuran setiap bulan? lepas tu kenapa ye ada orang kol dan ugut dan minta sy bayar rm500 pada dia jika tidak selesaikan bayaran penalty sebelum jam 12 tengahari..

    Reply
    1. hafizal broadband Post author

      Boleh bayar ansuran tak ada masalah. Tapi mesti bayar . Jika hutang tak bayar dan tak berkurang langsung, mereka akan cari juga nanti. Itu adalah ejen kutipan hutang. Pelanggan yang berhutang mmg akan dicari oleh mereka.

      Reply
      1. Derdek

        Bang, saya beli simkad xda kontrak, bulan pertama sahaja Saya pakai dan sekarang sudah tidak pakai tapi bill still datang kat email. Mcm mana bang, biarkan ke? Minta abg faham kan saya yang rendah akal ini.. tq.

        Reply
        1. hafizal broadband Post author

          Kene datang TM Point untuk terminate. Kontrak memang tiada, boleh terminate bila2 masa. Bil tetap jalan walaupun tidak guna kecuali anda gunakan prepaid.

          Reply
    1. hafizal broadband Post author

      Nama Blacklist oleh pihak TM dan juga tuntutan bayaran akan di buat melalui pihak peguam.

      Reply
  15. syafiq

    hai nk tanye skit, sye punye contract wifi belum tamat lagi, tpi sye kene berpindah ke rumah yang baru, tpi rumah baru tu xde coverage wifi yg dlm tempoh contract tu, so sye tukar la plan wifi lain…. sye ade contact wifi provider sye, bgitau yang rumah bru sye tu xde coverage untuk wifi yg xhbis contract lagi ni , tpi dia still sruh bayar compound sbb langgar contract sedang kan sye nk je sambung contract, tpi rumah bru sye yg xde coverage kn……. mohon penjelasan ape jalan penyelesaian untuk mslah sye ni

    Reply
    1. hafizal broadband Post author

      Untuk Unifi, tiada masalah jika tempat nak pindah tu tiada coverage asalkan ada buat permohonan pindah. Jika tidak dapat pasang ke tempat baru disebabkan tiada coverage, TM akan terminate akaun tersebut dan waivekan penalti. Untuk masalah tuan, mmg tuan kene bayar penalti tersebut atau pindahkan ke rumah saudara mara atau rakan terdekat dan cuba buat penukaran nama atau sambung bayar sementara kontrak. Itu pendapat peribadi saya.. Thanks.

      Reply
  16. Olexz

    Kalau Terlambat Bayar dalam masa 1 bulan apa akan jadi bang? Adakah akan dikenakan interest or denda?

    Reply
    1. hafizal broadband Post author

      Akaun suspend bila dah masuk bil kedua dan masih tak bayar.. suspend sementara.

      Reply
  17. zul

    salam tuann, sy pindah rumah, tempat baru tiada coverage, sudah diluluskan terminate, tpi pihak TM letak syarat perlu ambil pakej unifi mobile 39 ringgit bagi ganti penalti? sedangkan dulu smsa pasang sy dimaklumkan tiada ap2 syarat atau penalti jika tmpt baru tiada coverage.. memg selaras semua tm mesti syarat kena ambil pakej tu ka? atau TM kota tinggi shj pedajal sy?

    Reply
    1. hafizal broadband Post author

      Maaf lewat reply, seperti apa yang tuan whatsapp tempoh hari, terpaksa follow dulu rule yang mereka buat…

      Reply
  18. Ahmad

    Saya nak tanya kalau ade pelanggaran kontrak dengan tm kita akan disaman dan perlu naik ke mahkamah ke
    Harap dapat jawapan dengan cepat…

    Reply
  19. Rezaman Bin Daud

    as salam, kontrak saya tamat pada 27/11/2023, berapa saya kena bayar jika nak tamat kan kontrak ini. ini atas nama syarikat, apa dokumen yang perlu saya bawa ke TM point.

    Reply
    1. hafizal broadband Post author

      Waalaikummusalam, saya dah jawab dalam Whatsapp rasanya . Maaf lewat reply komen

      Reply
  20. nova

    hy nak tanya
    unifi saya dh kena potong sbb ada tunggakn rm32.
    so skrng total.bil ada rm168 mcm tu
    utk sambung balek unifi kena byr bill penuh atau tunggakn saja
    sedngkn due masih 14 hri lgi

    Reply
      1. Syabil Akmal

        Saya nak tanya kalau saya ada tunggakan sebulan tapi sayar bayar sikit-sikit, adakah line saya tetap akan suspend kalau dah masuk bil kedua?

        Reply
  21. Kayla

    Salam. Saya nk tnya. Ayah saya ari tue ada lnggan wifi unifi. Lepastu guna 1 ari ja sbb line kt kg xok. Ayah tnya yg psang unifi tue cmna utk tukar ke line wifi yg lain sdgkn unifi masa tue asa kontrak. Jwpn org tue , blh terminated tp kena wt surat. Ayah wt surat cm biasa n org tue pon ckp settle. Tukar kt maxis n guna bulan2 mcm biasa. Ari nie dpt mesej bil tue dh smpi 4k lbih dh. Col yg pasang ari tue pon xjwb dh. Mcmna stle semua tue? Continue aktifkn unifi utk elak bayar 4k atau cmna tue? Mohon pendapat dari pihak tuan sbb org tua nie xtaw sgt pasai kontrak apa semua nie. Hmm byk 4k tue

    Reply
    1. hafizal broadband Post author

      Waalaikummusalam, terima kasih tinggalkan komen. Saya sudah reply di dalam Whatsapp .

      Reply
  22. Zacki syahak

    Assalamualaikum
    Sy nak tnya..sy masih berbaki 9 bulan untuk habis kontrak..jika xbayar…akaun akan diterminate..apakah kesannya terhadap ctos dan ccris sy…contohnya sy nk buat pinjaman peribadi..adakah kesan tak bayar unifi ini akan menghalang bank untuk luluskan pinjaman saya

    Reply
    1. hafizal broadband Post author

      Anda akan menghadapi masalah untuk membuat sebarang pinjaman. Rekod kewangan anda akan terjejas. Namun, terpulang kepada pihak bank yang anda buat urusan sama lepas atau tidak.

      Reply
  23. hidayah

    Kalau kat rumah kakak sy baru guna unify 3 bulan.. masa mula2 pasang.. esoknya dh tak dpt guna .. asyik loading. Komplen .. dtg technician.. dpt guba 2 minggu. Pastu loading blk.. letih la setiap 2 minggu komplen. Nk tamatkan kontrak xboleh.. mcm menang sebelah pihak je.. boleh komplen kat consumers tak pasal servis tak dapat guna?..

    Reply
    1. hafizal broadband Post author

      Boleh saya tahu apa yang loading? Internet atau ada guna TV box? Jika TV box, adakah ia yang dibekalkan oleh pihak TM>?

      Reply
  24. Md robi bin abdullah

    Nak tamatkan unifi nak ke maxxis.. ada problem x…… Nak terminite kan ke unifi

    Reply
  25. Syabil Akmal

    Saya nak tanya kalau saya ada tunggakan sebulan tapi sayar bayar sikit-sikit, adakah line saya tetap akan suspend kalau dah masuk bil kedua?

    Reply
  26. Fuyjiix

    Kalau belum bayar sebulan kena suspended tak?? Bukan saja² tak bayar.suami di berhentikan kerja tanpa notis ,company tutup. Next month nak bayar 2bulan terus

    Reply
  27. Ezz

    Salam nak tanya, kalau da tamat kontrak boleh ke teruskan je bayar, tanpa perlu sambung kontrak? Atau kene juga renew kontrak utk dapat line.

    Reply
  28. Nazrol

    Untuk pembayaran bil unifi mobile saya terlebih bayar, utk refurn balik mengapa terlalu lama utk proses pulangan baki. Kalu sikit 1 tahun pn xpa. Ni org pn ada benda nk urus dalam kehidupan seharian. Utk masa akan dtg permudahkan urusan org

    Reply
  29. Siti solehah

    Salam abg nak tanya. Saya ada tunggakkan sebab lupa nak bagitahu pihak TM bahawa saya pindah ke rumah mentua dan sekarang baru ada rumah sendiri semula. Saya cuba untuk membayar tapi akaun dah invalid. Apa perlu buat untuk lanjutkan ye dan urusan pindah tempat? Boleh saya tahu?

    Reply

Leave a Reply to Olendus Channel Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.