Entah mana dapat inspirasi malam ni . . ..dah hampir belas tahun menulis blog . 2009 hingga sekarang..
Dah macam-macam blog dah saya menulis dan banyak yang dah tumbang ..
Rasanya relevan lagi ke menulis blog ni? Ada yang bertanya dan mencadang untuk move on dan pindah ke media lain seperti Tik Tok dan lain-lain. Bukan tak nak move on. Masih bertatih bersaing dan belajar..
Banyak kenangan dalam dunia blog ni sebenarnya. Susah nak tinggal. Income pun datang dari sini . Tak banyak tapi bolehlah tambah-tambah untuk menyara hidup yang keras ni . Sebab saya sendiri ada kerja tetap .
RIndu juga pada rakan-rakan bloggers dulu. Terutamanya blogger rohaizad (ijad), guru saya .shaffik, shukor dan blogger yang paling meninggalkan kesan pada saya adalah abang tukang kasut – rezekimurah.com. Bersahaja penulisanya namun padat dan padu .Waktu itu, banyak blogger buat duit dengan syarikat Nuffnang salah satu syarikat pengiklanan online terbesar. Alhamdulillah, merasa juga income dari iklan .
Menulis blog ni adalah memerlukan kemahiran bermain keyword. Eksperimen demi eksperimen di cuba untuk memastikan semua kandungan blog kekal relevan sepanjang masa.. dan yang paling penting adalah info yang bermanfaat kepada pembaca.
InsyaAllah tahun ni ada perubahan pada blog ini.. (Azam setiap tahun. hehe).
Siapa yang tinggal di Kuantan, pasti kenal Bandar Indera Mahkota. Tempat yang membangun selepas Bandar Kuantan. Ia dikenali juga bandar baru di Kuantan, Pahang. Bandar ini dibuka pada 1983 (dulunya dikenali sebagai ATABARA).
Saya bekerja di kawasan Indera Mahkota. Setiap hari memang laluan saya ke sini. Bandar ni merangkumi lebih dari 10 perumahan dan terkenal dengan tapak perindustrian.
Antara tempat tarikan di Bandar Indera Mahkota adalah Taman Bandar. Tempat untuk mereka yang nak healing dan realese stress, bawa family dan orang tersayang berjalan-jalan.
Pemandangan memang sangat cantik. Datanglah lihat sendiri.
Antara kemudahan lain
Pasaraya TMG Mall
Pasaraya Lotus
Hotel Sri Manja
Hospital Kuantan Medical Center
Hospital UIA
Banyak kawasan di Bandar Indera Mahkota telah mendapat liputan Unifi (Coverage Unifi) . Jadi kepada yang nak berpindah, beli rumah atau berniaga di sini, jangan risau, anda tidak akan terputus internet.
Saya menyediakan perkhidmatan menguruskan permohonan internet unifi di premis perniagaan, dan juga semua kediaman di Bandar Indera Mahkota. Jika anda perlukan bantuan, hanya perlu menghubungi saya 019-9377794 atau boleh ke link ini : https://www.hafizalbroadband.com/blog/hubungi-saya/
Bagi memudahkan pelanggan menerima bil, TM menyediakan pelbagai saluran dan antara medium tersebut adalah melalui SMS dan juga e-mel. Amat penting untuk kita mengemaskini nombor telefon dan e-mel terkini.
Jadi bagaimana nak kemaskini?
Anda boleh mengemaskini melalui langkah-langkah berikut :
Melalui portal:
Log masuk www.unifi.com.my
Klik My Profile
Klik button edit pada ruangan billing address/email/contact
Melalui aplikasi myunifi :
Log masuk aplikasi myunifi
Tekan button ‘Account” , dan View Account
Pilih akaun mana yang anda nak kemaskini maklumat.
Tekan menu ‘Account Details’ dan kemaskini maklumat.
Saya harap penerangan ini membantu anda.
Jika ada masalah dalam mengemasikini maklumat tersebut, anda bolehlah menghubungi pihak TM melalui saluran aduan yang disediakan.
Anda perlukan bantuan untuk mendaftar unifi? Boleh berhubung dengan saya melalui talian 019-93 777 94 .
Telekom Malaysia Berhad (TM) menyertai organisasi di seluruh dunia untuk meraikan Hari Wanita Antarabangsa, memberi penghormatan kepada wanita TM serta semua wanita yang menerajui inovasi dan teknologi.
Menyokong usaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengiktiraf wanita dan gadis yang memperjuangkan kemajuan teknologi transformatif dan pendidikan digital, acara itu bertemakan DigitALL: Inovasi dan teknologi untuk kesaksamaan gender dan telah dirasmikan oleh YB Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi & Digital.
Ketika berucap pada majlis itu, YB Teo berkata, “Hari ini menandakan satu peristiwa istimewa untuk meraikan usaha dan sumbangan wanita daripada semua lapisan masyarakat serta mengiktiraf peranan mereka dalam keluarga, tempat kerja dan komuniti. Acara yang dianjurkan oleh TM ini juga berfungsi sebagai platform untuk pertukaran idea dan perspektif baharu tentang kesaksamaan gender terutamanya dalam realiti digital masa kini.
“Memandangkan Malaysia terus maju secara digital, lebih banyak perbualan diperlukan untuk membolehkan kemasukan dan kepelbagaian yang lebih besar dalam sektor teknologi dan digital. Kita juga mesti memacu mengapa penting untuk memastikan peluang yang sama untuk celik digital dan akses kepada sumber dalam talian, sambil meningkatkan perlindungan wanita dan gadis dalam ruang digital.”
Menyuarakan sentimen mengenai kesaksamaan dalam sektor digital ini, Dato’ Imri Mokhtar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM menjelaskan, “Ketika TM berkembang ke arah menjadi TechCo yang berpaksikan manusia, kami percaya bahawa elemen yang paling penting untuk masa depan digital kami ialah pertumbuhan dan keupayaan kami. bakat.
“Dengan 37% daripada pengurusan peringkat tertinggi kami adalah wanita, kami berbesar hati melancarkan ASPIRE: Program Kemajuan Wanita oleh TM. Program pembangunan kepimpinan 1 tahun ini bertujuan untuk memupuk generasi baharu pemimpin wanita, dan memanfaatkan perspektif dan pengalaman unik mereka untuk memperkayakan inovasi dan kemampanan jangka panjang TM.”
Dengan 30 pekerja berprestasi tinggi yang pertama telah pun menyertai program ini, para peserta akan dipersiapkan untuk mengembangkan imej profesional dan penjenamaan peribadi mereka, meneroka kemahiran untuk memimpin, mempengaruhi, berunding dan mengemudi tempat kerja hari ini, dan memperoleh peluang untuk berhubung dengan rakan sebaya, mentor dan penaja untuk meningkatkan kemajuan kerjaya masa depan mereka.
Program baharu ini berfungsi sebagai yang terbaru dalam usaha berterusan TM untuk memperkasakan wanita, termasuk usahanya untuk menyokong masyarakat yang lebih luas.
Ini termasuk Yayasan TM (YTM), cabang asas TM, yang menawarkan biasiswa yang telah memanfaatkan pelajar berprestasi tinggi – dengan 49.5% daripada sarjana semasanya belajar di Malaysia dan luar negara terdiri daripada wanita muda. Pada masa yang sama, anak syarikat TM Multimedia University merekodkan bahawa 49.3% daripada graduannya yang bekerja adalah wanita muda – gambaran positif dalam membolehkan peluang yang sama untuk penukar permainan generasi akan datang.
Memanfaatkan pandangan penukar permainan wanita semasa, acara itu termasuk ahli panel Dr Sumitra Nair, Ketua dan Naib Presiden Kanan Strategi & Dasar, MDEC; Yuki Aizawa, Country Director Malaysia Chapter, Women in Tech Global Movement; dan Mariam Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Kongsi di Boston Consulting Group, Singapura.
Dikendalikan oleh Ketua Pegawai Modal Insan TM, Sarinah Abu Bakar – yang juga berkhidmat sebagai mentor penaja untuk program ASPIRE bersama Shanti Jusnita Johari, Ketua Pegawai Pemasaran TM – panel menangani isu seperti peranan inovasi dan teknologi dalam memperkasakan wanita dan gadis. di Malaysia, jurang antara penggunaan teknologi inovatif di bandar dan luar bandar, dan kepentingan wanita teladan untuk belia masa kini.
“Acara hari ini dan pelancaran ASPIRE adalah sebahagian daripada komitmen berterusan kami untuk memperkayakan kemakmuran dan mata pencarian Warga TM kami, dan di seluruh negara dan seterusnya. Kejayaan perjalanan transformasi TM bertunjangkan tenaga kerja kami yang berdedikasi, pelanggan setia dan komuniti tempatan. Oleh itu, kami melihatnya sebagai kewajipan dan kewajipan kami untuk memperkasakan kehidupan rakyat dan komuniti kami, memastikan rangkuman digital yang lebih besar, dan menyediakan mereka untuk kecemerlangan dalam masa depan digital,” kata Dato’ Imri Mokhtar.
Telekom Malaysia Berhad telah menyediakan kaunter TM point yang membolehkan anda berkunjung terus ‘walk in’ untuk mendapatkan perkhidmatan seperti berikut :
Penamatan Langganan.
Penukaran Pemilik Akaun Unifi.
Penamatan Akaun P1 Serta Berkaitan.
Jualan Peralatan Telekomunikasi.
Mendapatkan khidmat nasihat berkaitan Unifi.
Membuat aduan.
Naiktaraf (upgrade) pelan Unifi.
Turuntaraf (downgrade) pelan Unifi.
Pendaftaran Unifi Mobile Prepaid (BEBAS).
Pendaftaran Unifi.
Selain perkara di atas, di TM Point Kuantan juga disediakan mesin kiosk yang beroperasi 24 jam untuk memudahkan pelanggan membuat pembayaran bil secara tunai/kad debit.
Dengan adanya mesin kiosk ini, anda tidak perlu bimbang jika anda tidak sempat berkunjung ke TM Point pada hari serta waktu bekerja.
Selain TM Point, untuk membuat pendaftaran Unifi, anda juga boleh berhubung dengan penjual sah TM (TM Authorised Reseller) yang menyediakan khidmat di seluruh Malaysia.
Untuk pendaftaran Unifi di kawasan Kuantan, selain berkunjung ke TM Point, anda boleh menghubungi saya di talian 019-9377794 . Malah, bukan sahaja di Kuantan, tetapi di seluruh negeri Pahang.
Saya menyediakan perkhidmatan menguruskan PENDAFTARAN pakej internet seperti berikut :
Unifi Fibre untuk kediaman.
Unifi Fibre Untuk perniagaan.
Unifi Mobile – POSTPAID SAHAJA.
Ini untuk memudahkan anda mendapatkan internet di rumah atau premis perniagaan tanpa melalui situasi seperti :
Kesesakan Lalu Lintas
Kedudukan TM Point Kuantandi tengah bandar serta jumlah tempat letak kereta yang kurang di sekitarnya boleh sebabkan anda stress..
Parking kereta perlukan kupon jika anda parking bukan di kawasan TM Point.
Anda perlu dapatkan kupon dari kiosk MBK (Majlis Perbandaran Kuantan) yang terdekat.
Jika anda pengguna aplikasi PahangGo,kupon bukanlah masalah besar anda.
Waktu Operasi TM Point
Isnin – Jumaat
9.00am – 5.30pm
Tutup pada hari SABTU, AHAD serta CUTI UMUM.
Jika anda sayang masa anda, sibuk, susah nak keluar pada waktu bekerja, hari bekerja, hubungi sahaja saya untuk menguruskan pendaftaran. Saya selesaikan dengan segera jika tidak melibatkan masalah teknikal dan lain-lain yang masalah berkaitan.
Saya Yang Uruskan Permohonan Anda
Jika anda berurusan dengan saya, hanya saya sahaja yang uruskan permohonan anda dari mula hingga selesai pemasangan.
Anda boleh berhubung dengan saya bila-bila masa untuk bertanyakan status langganan.
Tugas saya adalah membantu anda menguruskan permohonan Unifi anda sehingga selesai atau setidaknya anda mendapat feedback dengan mudah…
Gunakan platform yang mudah digunakan..
Jika anda mempunyai sebarang persoalan, anda boleh lontarkan pada ruangan komen dibawah.
Ini adalah catatan ringkas saya mengenai TM Point Pekan, Pahang.
Bagi mereka yang tinggal di kawasan Pekan & Kuala Rompin, boleh datang ke TM Point ini untuk membuat urusan berkaitan.
Masih ingat post saya berkenaan pendaftaran unifi di Pekan – Pahang? Pada penghujung tahun lepas, TM Point di Pekan telah dibuka. Jom saya share lokasi dan perkhidmatan yang disediakan.
Lokasi TM Point Pekan Pahang
www.hafizalbroadband.com
TM Point Pekan ni nak cari tak susah. Tambahan pula, lokasinya memang di bangunan ibu sawat TM yang terletak di tengah bandar. Berhadapan dengan restoran makanan segera KFC.
Jika anda lalu di tepi Muzium Pekan, anda akan nampak menara telekomunikasi yang jelas kelihatan.
Perkhidmatan Yang Disediakan
Mereka yang tinggal berdekatan boleh mendapatkan perkhidmatan dari TM Point Pekan.
Jika dulu, memang saya berulang alik ke sini dari Rompin untuk mendapatkan set telefon dan lain-lain yang berkaitan.
Berikut adalah senarai perkhidmatan yang disediakan
Kiosk pembayaran tunai 24 jam
Penamatan langganan.
Penukaran Nama / Hak Milik
Jualan Peralatan Komunikasi (Telefon, Modem, Router & dll)
Pendaftaran
Pertanyaan berkaitan
Waktu Operasi
Waktu operasi bagi TM Point Pekan adalah seperti berikut :
Isnin Hingga Jumaat
9.00 pagi – 5.30 petang
Sabtu, Ahad , & Cuti Umum
Tutup
Alamat TM Point Pekan
Alamat Penuh TM Point Pekan
NO 34 – 35
JALAN TENGKU ARIFF BENDAHARA
26600 PEKAN
PAHANG
Bagaimana jika ingin membuat pendaftaran Unifi, Streamyx (Unifi Lite) atau Unifi Mobile di Pekan Pahang?
Bagi yang tinggal di Pekan, Kuala Rompin, selain hadir sendiri ke TM Point, anda boleh membuat pendaftaran Unifi melalui TM Reseller (sales) di talian 019-9377 794 :
Unifi untuk kediaman ( unifi home )
Unifi untuk perniagaan ( Unifi Business )
Internet Streamyx Kediaman ( Streamyx Home)
Internet Streamyx Perniagaan ( Streamyx Business)
Talian telefon pascabayar (Unifi Mobile Postpaid)
Adakah info ini berguna untuk anda?
Jika anda ada pertanyaan berkaitan pendaftaran unifi , boleh tinggalkan komen di bawah. Semoga info ini bermanfaat untuk anda semua. Terima kasih
Langgan Unifi tapi tak ada TV Box? hmm.. pertimbangkan untuk memilik TV Box dengan cara menukar pakej Unifi anda kepada pakej-pakej yang mengandungi Unifi TV Media Box.
Dengan TV Box ni anda boleh menonton semua saluran-saluran Unifi TV secara terus ke TV anda.
Antara pakej-pakej untuk rumah kediaman yang ada Unifi TV Media Box ni adalah :
Unifi 30Mbps + Unifi Plus Box RM149
Unifi 100Mbps + Unifi Plus Box RM189
Unifi 300Mbps + Unifi Plus Box RM199
Manakala untuk kategori perniagaan, anda boleh mendapatkan Unifi TV dengan tambahan langganan pakej unifi TV Biz serendah RM70/bulan.
Jika anda baru hendak langgan Unifi atau pengguna Streamyx, boleh terus berhubung dengan saya untuk semakan liputan atau pendaftaran Unifi.
Jika anda pengguna sedia ada Unifi yang ingin Unifi TV Media Box, boleh berhubung dengan talian 100 atau terus ke mana-mana TM Point terdekat.
Adakah info ini berguna untuk anda?
Jika anda ada pertanyaan berkaitan pendaftaran unifi , boleh tinggalkan komen di bawah. Semoga info ini bermanfaat untuk anda semua. Terima kasih
p/s : untukk pendaftaran Unifi, Streamyx (Unifi Lite)atau unifimobile postpaid di kawasan selain dari kawasan Kuantan, boleh rujuk senarai kawasan ini untuk perkhidmatan saya : https://www.hafizalbroadband.com/blog/kawasan-perkhidmatan
Jika kita dah langgan satu-satu produk tu, kita perlu ambil tahu apakah produk yang kita langgan tu ada tempoh kontrak dan jumlah caj penalti yang perlu kita bayar jika kita menamatkan langganan dalam tempoh kontrak.
Sepanjang saya buat perkhidmatan pendaftaran Unifi di Kuantan – Pahang ni, memang banyak saya jumpa pelanggan yang telah daftar di tempat lain (selain dari saya) tidak tahu tempoh kontrak dan juga penalti yang dikenakan ke atas mereka jika menamatkan langganan dalam tempoh kontrak. Mereka tak pernah semak kontrak unifi yang mereka langgan.
Hal ini mereka baru nak ambil tahu apabila mereka nak berpindah ke telco provider lain seperti Astro broadband, Maxis Fibre, Celcom Fibre serta lain-lain pesaing telco.
Berikut Adalah Tempoh Kontrak Dan Juga Penalti
Maaf sebab saya ambil dari website Unifi dalam bahasa English. Apabila langgan Unifi, cuba lihat item pertama tu. Unifi sendiri mempunyai kontrak 24 bulan dan jika ingin membuat penamatan langganan dalam tempoh kontrak, anda perlu membayar sejumlah wang berdasarkan baki bulan yang tinggal.
Sebagai contoh, anda melanggan pakej Unifi 100Mbps yang didatangkan bersama Unifi PlayTV. Harga diskaun yang TM berikan adalah RM129.00. Tetapi anda perlu membayar pada harga sebelum diskaun iaitu RM159 X berapa baki bulan (Kontrak) yang tinggal.
RM159 X 18 Bulan (Contoh) = RM2862.00
Bukan ia satu pembaziran? Jadi bila nak langgan, fikir dulu dan jangan ingat bila langgan, servis tak o.k, tak nak bayar… bil tetap berjalan dan kontrak tetap berjalan. Ada masalah, buat aduan walaupun berkali-kali. Tamat kontrak, bolehlah nak terminate atau tukar ke provider lain.
Bagaimana Nak Buat Penamatan Langganan?
Anda perlu selesaikan semua bil tertunggak termasuk penalti. Penamatan langganan boleh dibuat di mana-mana TM point serta atau melalui portal selfcare https://unifi.com.my
Eh, ada masa tak? jom tengok pengalaman juruteknik TM yang terperangkan di rumah pelanggan. Video di bawah
Adakah info ini berguna untuk anda?
Jika anda ada pertanyaan berkaitan pendaftaran unifi , boleh tinggalkan komen di bawah. Semoga info ini bermanfaat untuk anda semua. Terima kasih
p/s : untukk pendaftaran Unifi, Streamyx (Unifi Lite)atau unifimobile postpaid di kawasan selain dari kawasan Kuantan, boleh rujuk senarai kawasan ini untuk perkhidmatan saya : https://www.hafizalbroadband.com/blog/kawasan-perkhidmatan
Dah langgan Unifi ke belum? Khusus untuk kawasan Kuantan – Pahang, saya boleh bantu untuk semak dan buat pendaftaran Unifi sama ada kedai atau rumah kediaman. Saya adalah wakil penjual sah TM ( TM Authorised Reseller).
Biasa dengar ke TM Authorised Reseller ni atau Wakil Penjual Sah TM ni? . Kalau anda lihat di website Unifi, atau pamplet, kebiasaannya memang ada pun mention kami sebagai penjual sah.
Dengan lantikan yang TM berikan kepada kami ni, kami boleh secara terus menjual pakej-pakej internet yang TM keluarkan dan benarkan.
Ada yang bertanya, kalau langgan pakej Unifi TM ni, perlukan buat bayaran pendahuluan (Unifi advance payment)?. Di bawah ni saya terangkan bagaimana anda tak perlu buat bayaran pendahuluan jika mendaftar Unifi.
Ejen/Reseller Guna Mykad Reader
Salah satu perkara yang perlu anda ambil perhatian adalah keselamatan data peribadi. Ada banyak kes di mana kecuaian sesetengah orang memberikan salinan kad pengenalan tanpa membuat ‘cross’ untuk kegunaan tertentu. Maka apa yang terjadi?
Salinan kad pengenalan tersebut di manipulasikan dan digunakan untuk membuat pelbagai pendaftaran lain selain dari apa yang anda mohon.
Anda tak risau?
Jika anda membuat pendaftaran melalui saya dan team saya (Ejen/TM Authorised Reseller), kami telah dibekalkan dengan Mykad Reader di mana tiada salinan kad pengenalan anda diperlukan. Hanya perlu jumpa, buat pengesaahan cap jari dan mykad melalui mykad reader.
Ada borang ke? Ada. Tetapi ia bukan fizikal. Ia adalah e-form di mana semua maklumat anda di isikan ke dalam borang elektronik melalui aplikasi TM. Data anda selamat dan salinan e-from anda akan diberikan melalui email.
Tiada Wang Pendahuluan Di Perlukan
Buat pendaftaran Unifi dengan saya , tiada wang pendahuluan diperlukan. Anda hanya perlu berjumpa dengan saya, atau wakil saya untuk urusan pendaftaran dan pengesahan cap jari melalui Mykad Reader.
Jika anda mendaftar di saluran lain tanpa melalui Mykad Reader, anda perlu membayar wang pendahuluan sebanyak RM100 dalam tempoh 10 hari selepas Unifi anda berjaya di aktifkan. Bayaran RM100 tersebut akan di masukkan ke dalam bil TM akan datang sebagai pembayaran bil anda.
Kegagalan anda membuat pembayaran, akaun Unifi anda akan disekat dan perlu hadir ke mana-mana TM Point terdekat untuk urusan penyambungan semula. Tak ke menyusahkan diri? .
Nampak Tak Cara Buat Pendaftaran Unifi Tanpa Bayaran Pendahuluan?
Jadi anda tak perlu risau hal duit, daftar dengan saya, pasang dan guna dahulu. Sampai bil, anda bayarlah dengan aman di mana-mana saluran pembayaran yang TM telah tetapkan. Sebagai contoh, pembayaran melalui mesion kiosk TM. Cara pembayaran boleh tengok dalam video di bawah :
Adakah info ini berguna untuk anda?
Jika anda ada pertanyaan berkaitan pendaftaran unifi , boleh tinggalkan komen di bawah. Semoga info ini bermanfaat untuk anda semua. Terima kasih
p/s : untukk pendaftaran Unifi, Streamyx (Unifi Lite)atau unifimobile postpaid di kawasan selain dari kawasan Kuantan, boleh rujuk senarai kawasan ini untuk perkhidmatan saya : https://www.hafizalbroadband.com/blog/kawasan-perkhidmatan
Adakah anda mencari TM Point di Kuantan untuk membuat urusan?
Untuk makluman, TM Point Kuantan telah berpindah dari lokasi lamanya iaitu di Kuantan Mahkota Square ke bangunan baru di Wisma TM Kuantan, Kuantan, Pahang – Malaysia.
ALAMAT TM POINT KUANTAN (TELEKOM MALAYSIA KUANTAN)
Lokasi lama
G08 & G09, Tingkat Bawah, Bangunan Mahkota Square, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang, Malasia
Lokasi Baru
Aras G, Wisma TM, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang, Malaysia.
Waktu operasi TM Point Kuantan adalah :
Isnin hingga Jumaat : 9 Pagi Hingga 5.30 Petang
Hari Sabtu & Ahad : Tutup
Lokasi baru TM Point Kuantan ini terletak di bangunan Wisma TM Kuantan, Pahang iaitu bangunan mereka sendiri. Ia berhampiran dengan masjid negeri Sultan Ahmad Shah Kuantan.
p/s : untukk pendaftaran Unifi, Streamyx (Unifi Lite)atau unifimobile postpaid di kawasan selain dari kawasan Kuantan, boleh rujuk senarai kawasan ini untuk perkhidmatan saya : http://www.hafizalbroadband.com/blog/kawasan-perkhidmatan/