Assalammualaikum dan salam sejahtera ..
Kenapa Saya Terpanggil Untuk Jelaskan Isu Renew Kontrak Unifi
Baru-baru ini saya pulang dari Kuala Lumpur selepas mengikuti kursus Basic Electronics Troubleshooting and Repair di Noahtech Electronic Training, Damansara. Kursus ini sangat membuka mata — bukan sahaja dari sudut teknikal, tetapi juga dari segi sikap pengajar dan pemilik pusat latihan yang sangat humble dan tidak kedekut ilmu.

Seramai 11 orang peserta menyertai kursus ini, termasuk dua peserta dari luar negara iaitu dari Sepanyol dan Maldives. Suasana pembelajaran memang sihat dan profesional.
Namun, sebaik sahaja saya kembali, dalam tempoh 2–3 minggu kebelakangan ini, saya menerima banyak panggilan daripada pengguna Unifi yang risau.
Isunya satu: renew kontrak Unifi.
“Kami Dipaksa Renew, Kalau Tidak Internet Akan Ditamatkan”
Antara perkara yang mereka ceritakan kepada saya:
- Mereka dihubungi oleh pihak tertentu
- Diberitahu kontrak perlu di-renew
- Jika tidak renew, akaun akan ditamatkan
- Nada perbualan seolah-olah dipaksa
Terus terang saya cakap — saya sendiri blur sekejap.
“Apa benda yang korang ni dah cakap pada customer sebenarnya?”
Saya faham, ramai pengguna menunggu kontrak tamat kerana:
- Tak mahu komitmen kewangan jangka panjang
- Sedang buat penstrukturan semula kewangan
- Mahu kurangkan perbelanjaan bulanan
- Atau sekadar mahu lebih fleksibiliti hidup
Dan itu hak pelanggan sepenuhnya.
Sebab itu saya rasa terpanggil untuk jelaskan perkara sebenar, supaya pengguna buat keputusan dengan fakta, bukan kerana takut.
Perlu Ke Renew Kontrak Unifi, Atau Biarkan Sahaja?
Ramai pengguna hanya mula bertanya soalan ini apabila kontrak hampir tamat atau sudah tamat:
“Perlu ke renew kontrak Unifi, atau biarkan saja?”
Soalan ini nampak ringkas, tetapi jawapannya tidak hitam putih. Ia bergantung kepada:
- cara penggunaan internet,
- tawaran semasa,
- dan perancangan kewangan serta hidup anda.
Artikel ini ditulis berdasarkan:
- pengalaman sebenar menguruskan pelanggan Unifi,
- dan rujukan kepada polisi serta terma rasmi Unifi.
Saya akan terangkan secara telus — bila renew itu berbaloi, bila tidak perlu, dan kesilapan biasa yang ramai pengguna buat tanpa sedar.
Apa Itu Kontrak Unifi & Kenapa Ia Wujud?
Apabila anda mendaftar Unifi buat kali pertama, anda akan terikat dengan kontrak minimum (kebiasaannya 12 atau 24 bulan).
Kontrak ini bertujuan untuk:
- Menjamin harga promosi
- Menampung kos pemasangan & peralatan (ONT, router, TV box)
- Memberi tempoh jaminan perkhidmatan
👉 Penting:
Selepas kontrak tamat, akaun tidak ditamatkan secara automatik. Internet masih berjalan seperti biasa, cuma status berubah kepada out of contract.
Apa Yang Berlaku Bila Kontrak Unifi Tamat?
Ramai pengguna salah faham di bahagian ini.
Hakikatnya:
- Akaun tidak ditamatkan secara automatik
Perkhidmatan bersambung secara bulanan (month-to-month). - Tiada penalti jika terminate selepas kontrak tamat
Selagi Minimum Subscription Period (MSP) sudah berakhir. - Bil bulanan kekal berjalan
Sama ada anda renew atau tidak. - Status jadi “out of contract”
Anda masih boleh upgrade, downgrade atau terminate.
Ringkasnya:
👉 Tamat kontrak ≠ internet terputus
👉 Tetapi anda juga tidak menikmati kelebihan kontrak baharu
Kelebihan Renew Kontrak Unifi
Renew kontrak bukan sekadar sambung tempoh — selalunya ia datang bersama nilai tambah, bergantung kepada kempen semasa.
1. Tawaran Harga
Ini perkara paling penting.
Contoh mudah (sekadar contoh):
- Sebelum ini bayar RM89/bulan
- Ditawarkan RM69/bulan
Kalau sebelum ini mampu bayar RM89, tak logik kata RM69 jadi beban.
⚠️ Nota:
Ini contoh sahaja. Jangan mesej saya minta RM69 — memang tak ada dah di pasaran. Kalau ada pun… saya tak jual. (Haha)
2. Tempoh Kontrak
Semak betul-betul:
- 24 bulan?
- 36 bulan?
Tanya diri sendiri:
- Ada plan pindah rumah?
- Ada kemungkinan tukar ISP?
- Mampu komit untuk tempoh tersebut?
Jangan lupa ambil kira penalti jika terminate awal.
3. Apa Sebenarnya Yang Ditawarkan?
Ini bahagian ramai orang terlepas pandang.
Kalau renew kontrak:
- tanpa router baharu
- tanpa add-on
- tanpa nilai tambah
👉 fikirkan betul-betul.
Sekurang-kurangnya:
- router baru,
- UnifiTV,
- atau pakej yang beri penjimatan sebenar.
4. Kos Hiburan & Add-On
Ramai pengguna ada:
- Netflix
- HBO
- Streaming lain
- TV berbayar luar
Ambil kalkulator.
Campur semua kos.
Bandingkan:
- Langgan asing-asing
- vs
- Satukan dalam satu pakej Unifi
Jika lebih jimat — apa salahnya renew?
Tempoh Jaminan & Kos Kerosakan (Ini Ramai Tak Sedar)
Bila kontrak tamat:
- Caj lawatan minimum: RM53
- Ganti peralatan (router/ONT): boleh cecah RM350 ke atas
Kos tinggi jika:
- anda bukan orang teknikal
- atau tak tahu spesifikasi peralatan
Kerosakan biasa berpunca dari:
- power adapter rosak
- suhu panas
- tangan gatal modify peralatan
👉 Suhu:
Boleh beli cooling fan untuk router di Shopee — murah & bantu panjangkan hayat.
👉 Tangan gatal:
Kalau tak ada ilmu… bertaubatlah.
Rosak nanti, TM juga yang kena hentam.
⚠️ Nota jujur:
Tempoh kontrak biasanya 24 bulan,
tetapi waranti peralatan cuma 12 bulan sahaja.
Ironi, kan?
Sebab itu — jaga elok-elok peralatan.
Jadi, Perlu Ke Renew Kontrak Unifi?
Jawapannya bukan ya atau tidak secara mutlak.
Renew berbaloi jika:
- harga lebih baik
- peralatan lebih baik
- pengalaman internet meningkat
Jika tidak:
- kekal out of contract juga tidak salah
👉 Jika anda mahu semakan percuma status kontrak, perbandingan pelan terkini, atau pandangan jujur ikut situasi rumah anda — hubungi saya sebagai ejen sah Unifi.
Saya bantu tanpa paksaan, tanpa ayat menakutkan, tanpa janji kosong.
![]()