Streamyx 2Mbps RM130

Mengikut pengalaman saya dalam menjual pakej Streamyx start tahun 2010, marah benar prospek kalau dia berkobar-kobar nak langgan Streamyx, dan sangat memerlukan, tapi bila check hanya pakej 2Mbps sahaja boleh di apply sedangkan tambah lagi RM10 boleh dapatkan pakej Streamyx 4Mbps yang lebih laju.

Ini terjadi akibat jarak kabel dengan exchange TM. Tak tahu nak hurai apa tentang exchange ni. Tapi memang kalau makin jauh, makin keciklah speed yang boleh di support atau ditawarkan. So apa boleh buat, apa yang ada, ambik sahajalah jika terpaksa. Kalau tak nak, boleh cuba pilihan telco lain yang unlimited dan lebih stabil.

So apa yang boleh dibuat dengan 2Mbps ni? Haa. kalau 1Mbps tadi boleh buat kerja-kerja biasa macam online, search, tengok Youtube biasa, dan download file, movie, kali ni tambah sikit.. dengar ceritanya boleh gunakan untuk Android Box. Tapi comformkan betul-betul dengan penjual ya..

Apa yang terkandung dalam pakej ni?.

# 1 Kelajuan Untuk Download 2Mbps maksimum & 128K Upload.

Untuk kelajuan muat turun (download) ni, memang kebiasaanya akan dapat lebih dalam 2-2.5Mbps mengikut tempat. Jarang-jarang dapat speed minimum 2Mbps . Saya tak ada pengalaman guna 2Mbps sebab tempat yang saya tinggal walaupun hidup berpindah randah ni tetap ada maksimum 8Mbps. So tak dapat nak ceritakan pengalaman. Tapi boleh rujuk pengalaman saya untuk pakej 1Mbps (Baca Sini : Streamyx 1Mbps).

Untuk upload pula, sama dengan pakej 1Mbps. Speed upload hanyalah 128Kbps ..bbolehlah. Untuk yang tak faham apa kegunaan upload ni, biasanya akan kita nak hantar gambar melalui whatsapp / telegram desktop atau menggunakan email, saat itulah kita gunakan fungsi upload ni. Lagi besar speednya, makin cepatlah kerja upload file ni siap. Lagi satu yang paling mudah nak gambarkan adalah masa backup whatsapp. Kalaulah data dalam whatsapp anda tu besar, speed untuk upload slow, so memang lambat la siap.

 

# 2 Pelan Panggilan Yang Murah

Walaupun sekarang dah jarang orang nak pakai telefon rumah, tetapi mengikut pengalaman saya menjual pakej internet ni, telefon rumah ni biasanya digunakan oleh golongan peniaga online dan juga warga emas. Bagi peniaga online ni, mereka nak gunakan telefon rumah ni sebagai nombor telefon pejabat . Senang nak letak pada business card bagi yakinkan pelanggan yang mereka ada pejabat. Bagi call plan pula, dah tentu dipulun untuk call pelanggan atau pembekal sebab TM panggilan percuma kepada semua talian tetap TM seluruh Malaysia dan juga caj RM0.10 sen sahaja seminit untuk call ke talian mudah alih.

 

# Telefon Cordless Yang Ohsem Diberi PERCUMA.

Telefon cordless ni sebenarnya ada yang murah dan ada yang mahal.. serendah RM100 biasanya dah boleh dah ni. Cuma apa salahnya jika dapat PERCUMA dari TM alang-alang dah langgan pakej internet diaorang kan. Ambik jela.

Telefon cordless ni jaminan kerosakannya hanya setahun. Syok tepon ni sebab boleh daftarkan caller ID dan juga boleh di bawa ke mana-mana dalam kawasan rumah macam dalam tandas ke, dapur ke, belakang rumah ke.. Sebab telefon ni berfungsi gunakan elektrik dan bateri caj semula.

Bagi kawasan yang boleh ditawarkan servis caller ID, boleh langgan di TM Point atau semak di sana. Ia berfungsi kalau nak tahu siapa yang call, siapa yang miss call. Senang kita nak contact balik atau tak nak jawab… bawah ni saya letakkan satu contoh gambar telefon cordless. CONTOH o.k, jangan lah mengharap sangat dapat model macam ni. Bergantung pada stok la.

 

# 2 Modem Wireless (WIFI) Diberi PERCUMA.

Alat ni kalau tak ada, memang tak berinternet la. Alat ni adalah kombinasi 3 dalam 1.

  • Modem ADSL
  • Router
  • Switch

So ia berfungsi tukar singnal analog telefon tu ke signal digital bagi dapatkan internet. Boleh share ramai-ramai internet melalui dua cara.

  1. Kabel UTP
  2. Wireless (WiFi)

Sebab tu ada orang mintak kalau boleh tak nak pasang telefon rumah untuk kurangkan harga pakej yang nak dibayar tu.. tapi kecewa. Sebab kot mana pun, memang perlukan telefon rumah untuk dapatkan signal. Jadi kalau rasa tak nak pakai telefon rumah tu, cabut je la. Simpan. Kalau tak nak, bagi saya . Boleh saya jual je. Hahaha. Tapi time nak call 100 biasanya memang saya akan gunakan telefon rumah. Sebab PERCUMA.

Macam mana nak mohon?

Langkah pertama, Whats App / call / telegram saya untuk semak lokasi. Berikan saya alamat penuh untuk kerja-kerja semakan bagi dapatkan maklumat yang tepat. Nanti kalau cerita, sembang sampai teruja baru nak check alamat, tiba-tiba port penuh atau ada masalah lokasi. Tak ke bagi harapan palsu?

019-9377 794
(Hafizal)

Link Whats App : www.wasap.my/60199377794

Saya sediakan perkhidmatan sekitar Kuantan & Kuala Rompin Pahang sahaja setakat ni. Untuk kawasan lain belum dapat wakil. Sekarang masih mencari insan yang berminat untuk join saya punya group cari makan ni. Tapi saya nak yang serius dan bersungguh-sungguh. Nantilah saya cerita dalam iklan lain o.k.

P/S:

Ayat-ayat yang ku tulis di atas tu ada yang copy dari huraian pakej 1Mbps (Baca sini). Pakej yang sama, cuma harga dan speed je lain. Takkan saya nak tulis teks lain..penatlah . hahaha

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.