Sekarang saya lihat, TM fokus kepada penyelesaian harga, pakej dan kawasan fiber optik iaitu Unifi berbanding dengan kawasan liputan tembaga (copper) iaitu Streamyx.
Pendapat saya sendiri, memang lah kalau boleh seluruh Malaysia ni dilengkapi Unifi fiber optik ni. Tapi saya faham halangan dan kekangan yang ada baik dari aspek kos, infra dan lain-lain yang berkaitan. Semua tu mengambil masa dan kos yang tinggi melainkan kerajaan menyuntik dana modal kepada TM semula di bawah program jalur lebar yang wujud pada kerajaan sebelum ini.
Apa yang saya harapkan adalah pengurangan harga bagi pakej Streamyx. Pakej Streamyx yang pernah ditawarkan kepada rakyat Malaysia iaitu Pakej Jimat Hebat juga sudah memadai.

Berikutan isu Streamyx seperti infra, harga dan lain-lain, Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia telah mendesak pihak TM memberi penjelasan tentang isu tersebut dan memberi cadangan.
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) — Kementerian Komunikasi dan Multimedia meminta Telekom Malaysia (TM) memberi penjelasan dan cadangan penyelesaian berkenaan isu ketidakpuasan hati para pelanggan terhadap caj perkhidmatan jalur lebar, Streamyx.
Menterinya, Gobind Singh Deo berkata bahawa beliau telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memanggil TM bagi meminta penjelasan berkenaan perkara ini dan satu laporan akan dikemukakan pada minggu depan.
“TM seharusnya lebih prihatin. Berikanlah penjelasan berkenaan isu Streamyx kepada pelanggan mereka. Apakah cadangan untuk selesaikan isu ini Kalau infra copper Streamyx tidak mampu memberikan kelajuan tinggi, sila nyatakan dan sebut dengan jelas apakah langkah seterusnya” katanya dalam catatan Twitter, hari ini.
Beliau juga menegaskan bahawa tindakan mendiamkan diri bukanlah satu pilihan terutamanya apabila terdapat ramai pengguna Streamyx di negara ini.
“Walau apa pun, TM harus menghargai pelanggan mereka dan memberikan respons…ramai yang mengadu tapi sehingga sekarang, tiada usaha daripada TM untuk terangkan masalah sebenar kepada pelanggannya dan apakah tindakan yang akan diambil,” tambahnya.
Gobind berkata demikian sebagai respons terhadap aduan beberapa pengguna Twitter berhubung akses Internet yang masih mengekalkan harga tidak berpatutan di seluruh negara yang didakwa tidak masuk akal.
— BERNAMA
Mereka mahukan harga yang berpatutan diberikan kepada rakyat. Pendapat & cadangan saya sendiri adalah :
- Mengurangkan harga pakej.
- Mengasingkan internet & Unifi TV dan menjadikannya sebagai pilihan. Bukan pakej bersama.
- Menjadikan pelan panggilan sebagai pilihan tambahan. Bukan pakej bersama.
- Menukar kabel tembaga kepada fiber optik mengikut kawasan secara berperingkat.
Itu cadangan dan pendapat saya sebagai rakyat Malaysia dan juga yang pernah menggunakan Streamyx.
![]()