Pengguna Streamyx Boleh Mula Semak Kelayakan Naiktaraf Unifi Percuma

Adakah anda pengguna Streamyx? . Telah lama guna Streamyx?

Adakah anda tinggal di kawasan Fiber Optik TM?.

TM telah memberi naiktaraf percuma kepada pengguna Streamyx sehingga 100Mbps. Walaubagaimana pun, naitaraf tersebut adalah bergantung kepada jenis liputan yang ada di tempat anda.

Contohnya anda tinggal di kawasan yang ada liputan fiber optik, anda akan terima naiktaraf percuma  100Mbps kecuali bagi yang tinggal di bangunan bertingkat seperti kondomonium dan pangsapuri yang mana hanya akan menerima naiktaraf sehingga 30Mbps sahaja.

Kenapa 30Mbps? ini adalah kerana capaian kabel ke rumah pelanggan menggunakan kabel tembaga. Tidak seperti kawasan perumahan biasa di mana kabel fiber akan ditarik terus ke rumah anda.

Bagi mereka yang tinggal di kawasan yang tiada liputan Unifi iaitu kawasan tiada infra fiber optik, naiktaraf percuma kepada 8Mbps akan diberikan.

Bagaimana nak semak?

Mudah saja. Hanya perlu ke laman web ini :

check.unifi.com.my/streamyxupgrade

Isikan maklumat yang diperlukan. Maklumat yang diperlukan adalah seperti contoh di bawah :

Name : Ahmad Bin Abu

New IC : 88940-00-0090

Service ID : fasya@unifi    atau fasha@streamyx

Untuk service ID ni, senang je nak tahu. Cari bil TM anda dan tengok pada muka surat kedua atau ke tiga. Cuba lihat maklumat seperti di dalam gambar di bawah. Pada menu Broadband tu, ada tertulis No. Perkhidmatan. So ID yang saya sembunyikan tu adalah service ID. jadi masukkan saja id tersebut.

Semaklah segera dan jangan lepaskan peluang mendapatkan internet berkelajuan tinggi tanpa penambahan wang!

Bagi yang belum mempunyai talian Streamyx atau Unifi di rumah atau premis perniagaan anda, boleh berhubung dengan saya untuk pendaftaran. Saya memberi khidmat seperti di bawah :

Rumah Kediaman Dan Premis Perniagaan 

  • Pendaftaran Baru – Unifi
  • Naiktaraf ( Upgrade ) dari Streamyx Ke Unifi (Harga Pakej Baru)
  • Pendaftaran Baru – Broadband (Streamyx)

Boleh berhubung dengan saya melalui talian 019-9377 794. Kawasan perkhidmatan adalah di kawasan Kuala Lumpur, Selangor, Kuantan dan Kuala Rompin.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.