Pindah Rumah? Jangan Lupa Pindahkan Sekali Unifi Anda!
Hai! Saya Hafizal, ejen sah Unifi menetap di Kuantan, Pahang tapi servis saya boleh je uruskan pendaftaran seluruh Malaysia. Kalau anda tengah rancang nak pindah rumah, jangan lupa satu benda penting — internet Unifi kesayangan anda tu!

Unifi sediakan servis pemindahan (relocation) yang sangat mudah, PERCUMA dan fleksibel. Tapi ramai yang tak tahu cara betul untuk mohon. Jadi saya kongsikan panduan penuh kat sini siap dengan soalan lazim (FAQ) sekali.
⚠️ Nota penting: Saya, semua ejen jualan cuma bantu pendaftaran Unifi baru. Untuk pemindahan akaun sedia ada, pelanggan kena uruskan sendiri melalui saluran rasmi Unifi.
✅ 3 Cara Mohon Pemindahan Unifi
1. Guna MyUnifi App / Portal Selfcare

- Log masuk MyUnifi atau portal Selfcare
- Pilih akaun yang nak dipindahkan
- Masukkan alamat baru dan lengkapkan butiran
- Semak & hantar permohonan
2. Pergi ke TMpoint / Unifi Store

- Bawa bil utiliti dan maklumat akaun
- Staff akan bantu uruskan semuanya
- Pilih tarikh & masa pemasangan
Berikut adalah senarai lengkap lokasi TM Point
3. Hubungi Unifi Contact Centre (100)
- Call dan minta buat relocation
- Sediakan nombor akaun & alamat baru
- Wakil Unifi akan bantu hingga selesai
📍 Dah Semak Liputan Kawasan Baru?

Sebelum mohon pindah, semak dulu sama ada kawasan rumah baru ada liputan Unifi:
🔗 TM SmartMap – Semakan Coverage Unifi
Caranya:
- Taip nama jalan, apartment atau taman
- Contoh: “Jalan Camar” atau “Apartment Seri Jati”
- Jika tiada liputan, anda mungkin ditawarkan Unifi Air
🛈 Nota: Peta liputan hanya untuk panduan umum. Tidak jamin servis akan tersedia 100%.
📦 Checklist Pindah Unifi Anda
Sebelum Pindah
☑️ Pastikan akaun aktif dan tiada tunggakan
☑️ Sediakan bil utiliti untuk rumah baru
☑️ Pastikan soket elektrik dan plug berfungsi
Semasa Pindah
☑️ Cabut & kemas peralatan Unifi sedia ada
☑️ Bawa semua modem, router dan kabel peralatan tersebut
☑️ Anda boleh mohon naik taraf pakej selepas pindah
Selepas Pindah
☑️ Semak status pemasangan dalam MyUnifi
☑️ Pastikan anda/wakil ada di lokasi pemasangan
☑️ Pasukan teknikal Unifi akan pasang dan uji
💬 FAQ: Soalan Lazim Tentang Pemindahan Unifi
1. Saya nak pindah rumah. Apa yang perlu saya tahu?
- Akaun mesti aktif dan tiada tunggakan bil
- Perlu semak coverage di alamat baru
- No telefon rumah mungkin berubah (ikut lokasi)
- Jika tiada liputan, anda akan ditawarkan Unifi Air
2. Di mana saya boleh mohon pemindahan?
Anda boleh mohon melalui:
- MyUnifi App / Selfcare Portal
- TMpoint / Unifi Store
- Email: help@tm.com.my
- FB: facebook.com/weareunifi
- Twitter: @helpmeunifi
- Live Chat: https://maya.unifi.com.my
- Call Centre: 100
3. Berapa lama proses pindah ni ambil?
⏳ 7–14 hari bekerja, bergantung pada slot pemasangan & kawasan.
4. Ada bayaran ke?
❌ Tiada bayaran untuk relocation biasa.
✅ Caj mungkin dikenakan kalau ada pemasangan tambahan / pendawaian khas.
Maklumat lanjut caj pemasangan:
unifi.com.my/installation
5. Boleh wakil mohon pindah akaun?
Biasanya TIDAK. Hanya pemilik akaun boleh mohon.
Tapi pengecualian boleh dibuat jika:
- Pemilik > 60 tahun
- OKU
- Sakit atau uzur
- Lain-lain sebab khas (bukti diperlukan)
Kena sediakan surat kebenaran wakil & bukti keadaan.
6. Kalau kawasan baru tak ada coverage?
Pasukan Unifi akan daftar alamat anda dalam senarai permintaan (demand list).
Jika ada Unifi Air, mereka akan tawarkan pakej Unifi Air yang setara dengan pelan anda sekarang.
7. Boleh upgrade pelan masa mohon pindah?
Tidak. Anda kena selesaikan relocation dulu, baru boleh upgrade.
Upgrade pakej datang dengan kontrak servis baru.
⛔ Ejen Tak Urus Pemindahan
Sekali lagi saya nak tekankan —
Ejen Unifi tak uruskan pemindahan akaun sedia ada.
Pelanggan perlu mohon sendiri ikut mana-mana 3 cara rasmi tadi.
✅ Tapi Nak Daftar Baru? Saya Boleh Bantu!
Kalau anda pindah rumah dan nak langgan Unifi baru, saya boleh urus semuanya. Tak perlu walk-in pun.
🎁 Promosi Terkini:
- 100Mbps hanya RM89/bulan
- Bil Percuma 3 Bulan (tertakluk promosi)
- Router Wi-Fi 6 percuma
- Pendaftaran 100% online
📲 WhatsApp Hafizal (Ejen Sah): 019-9377794
📥 Klik terus: www.unifi.com.my
![]()