ug fiber with microduct

Panduan Lengkap Pemasangan Unifi Beserta Caj

Kepada mereka yang ingin mendaftar Unifi, pasti anda tertanya-tanya berapakah kos pemasangan Unifi yang perlu disediakan bagi kediaman mahu pun premis perniagaan. Adakah ia percuma atau anda akan dicaj?

Pastinya kita akan memilih untuk dapatkan pemasangan percuma. Siapa yang tak mahu percuma? . Tapi anda harus ingat, bukanlah ia secara keseluruhannya percuma. Berhati-hati dengan dakyah ejen Unifi yang mengatakan PERCUMA!.

Ada sesetengah ejen yang tidak bertanggungjawab dengan mudah mengatakan semua pemasangan adalah percuma. Tetapi semasa buat pemasangan, ada perkara yang pelanggan dikenakan caj. Ini mengakibatkan masalah jika anda tidak bersedia, tidak menyangka atau tidak berbincang dengan pemilik rumah (jika rumah sewa).

Secara terperinci, saya akan jelaskan dengan panduan umum diberikan oleh pihak TM beserta pengalaman menguruskan permohonan Unifi pelanggan saya, dan juga info yang diberikan oleh pihak kontraktor yang berurusan dengan saya.


Isi Kandungan



Hal Berkenaan Sebelum Pemasangan


Selepas pendaftaran Unifi di buat, tidak kira anda berurusan dengan ejen jualan, staff, TM Point atau mana-mana saluran, pastikan anda faham hal berkenaan pemasangan.

Saya sarankan di mana-mana sekalipun anda buat pendaftaran, pastikan anda dapatkan nombor contact ejen jualan terbabit. Jika anda daftar di TM Point, boleh dapatkan nombor telefon TM Point dengan pegawai di situ.

Ini adalah untuk memudahkan anda rujuk apa sahaja berkenaan pemasangan, info pakej serta hal berkenaan bil. Jadi tidaklah anda ditinggalkan begitu sahaja tanpa bantuan.

Secara umumnya, saluran pertanyaan dan aduan adalah melalui talian 100 atau aplikasi Myunifi.

Anda akan menerima SMS dari TM berkenaan nombor order, tarikh pemasangan, nama kontraktor, dan juga slot pemasangan sama ada sesi pagi atau petang. Ia adalah SMS automatik dari TM jika permohonan anda berjaya.

Hal berkenaan port tiada, alamat tiada, survey lokasi, memang anda tidak akan dapat SMS pemasangan sehingga dimaklumkan permohonan berjaya. Jadi rujuk dengan saluran atau ejen jualan yang uruskan permohonan anda.


Persediaan Sebelum Pemasangan


Sebelum pemasangan, anda perlu sediakan point plug yang mencukupi mengikut pakej yang anda langgan. Anda juga dikehendaki sediakan dan tetap terus di lokasi mana yang anda ingin letak modem dan wifi router.

Anda juga boleh berbincang dan dapatkan khidmat nasihat dari kontraktor tentang perkara tersebut tetapi bekalan kuasa elektrik dari plug mesti berdekatan atau anda sediakan extension plug yang mencukupi.

Sekurang-kurangnya dua point plug digunakan untuk pakej yang tidak melibatkan pemasangan Unifi TV Box . Jika melibatkan Unifi TV Box, sediakan minima 3 point plug.

Ini tidak termasuk dengan plug TV atau peralatan lain yang anda gunakan.

Perlu di ingatkan, bergantung pada keadaan dan lokasi pemasangan yang anda minta, akan ada tebukan untuk proses memasukkan kabel dari luar rumah ke dalam rumah. Jadi anda boleh berbincang dengan kontraktor menggunakan laluan mana nanti.

Unifi-Drilling

Pemeriksaan Oleh Kontraktor Pemasangan


Apabila kontraktor tiba, anda boleh beritahu jenis pemasangan bagaimana yang anda mahukan. Disebabkan ada dua jenis pemasangan yang TM sediakan, anda beritahu dan bertanyalah dengan kontrakor pemasangan manakah sesuai.

Jika anda inginkan pemasangan percuma – STANDARD INSTALLATION, beritahu kepada kontraktor dan mereka akan periksa sama ada ia boleh dibuat atau perlukan sedikit tambahan kos.

Ini adalah kerana setiap jenis laluan, keadaan rumah, permintaan pelanggan berbeza. Merekalah yang akan berikan jawapan lebih jelas kerana mereka berada di lokasi.

Untuk pemasangan jenis PERCUMA (STANDARD INSTALLATION), BERBAYAR (NON STANDARD INSTALLATION), saya akan berikan panduan umum yang telah ditetapkan oleh pihak TM. Bukan saya yang tetapkan.


Berkenaan Pemasangan Luar Premis – DP On Ground


Jika anda tinggal di kawasan rumah yang mempunyai infra jenis ON Ground FDP atau port Unifinya jenis berada di atas tanah, kemungkinan akan dikenakan caj.

Unifi Standart Installation

TM tidak lagi menyediakan Fibre Wall Socket di dinding luar rumah anda. Jadi pemasangan kabel akan terus ke dalam rumah selepas tebukan dibuat.

Bagi microduct, TM tidak lagi sediakan percuma untuk anda. Ia hanya di pasang mengikut permintaan anda, keperluan dan pemasangan di dalam siling. Harga kos untuk microdut semasa post ini di tulis adalah RM10/meter.

Bertanyalah dan berbincanglah dengan pihak kontraktor . Berikut adalah contoh pemasangan jenis berbayar (STANDARd INSTALLATION) dan jenis microduct yang di pasang.

Unifi Standart Installation


Berkenaan Pemasangan Luar Premis – DP On Pole


Unifi FDP

Lihat gambar di atas. Jika anda tinggal di kawasan yang mempunyai FDP seperti ini, kebiasaannya lebih mudah untuk urusan pemasangan ke rumah.

Tiada kos dikenakan untuk pemasangan di luar melalui FDP secara umumnya tetapi rujuk gambar di bawah, jika pemasangan melibatkan underground cabling, caj dikenakan minima RM212.

Unifi-outside-Premis

Semua urusan ini anda perlu berbincang dengan pihak kontraktor yang datang ke rumah anda. Jika anda mereka tidak dapat buat kerja luar skop kerja, anda boleh upah kontraktor anda sendiri.


Berkenaan Pemasangan Dalam Premis – Pendawaian Dalaman


Untuk pemasangan di dalam premis pula, TM menyediakan dua jenis pemasangan berbayar atau pemasangan percuma. Bergantung kepada jenis pendawaian, keperluan pendawaian, kehendak pelanggan, ia boleh jadi percuma atau berbayar.

Untuk Pemasangan PERCUMA – STANDARD INSTALLATION.

Tiada casing, tiada microduct, dan laluan kabel adalah pada dinding sahaja. Kabel dipaku menggunakan clip . Boleh rujuk gambar di bawah .

unifi standart installation
Unifi Standart Installation

Panjang kabel yang disediakan adalah maksimum 50 meter tetapi tertakluk kepada perubahan semasa. Anda boleh rujuk dengan kontraktor anda.

Jenis Pemasangan Berbayar – Non Standard Installation

Untuk pemasangan yang lebih cantik, kemas dan tersembunyi, sudah pasti akan dikenakan kos pembayaran. Kos minima yang dikenakan adalah RM66. Kontraktor akan ukur dan lihat keadaan, keperluan pendawaian dan harga akan diberitahu.

Jika anda tidak setuju, boleh berbincang dengannya untuk laluan lain atau bagaimana.

Semua kos perlu di bayar terus kepada kontraktor dan jaminan kerosakan adalah dalam tempoh 1 bulan. Saya nasihatkan anda menyimpan nombor telefon kontraktor untuk memudahkan anda berhubung berkenaan kerosakan (Dalam tempoh jaminan), membuat pemindahan kabel dan lain-lain.


Berkenaan Semasa Pemasangan


Sebenarnya sebahagian hal semasa pemasangan saya telah sentuh dalam beberapa point di atas. Cuma suka saya pesan di sini adalah, jika anda ada pertanyaan untuk menukar password dan nama wifi anda, teruslah berurusan dengan pihak installer yang datang tersebut.

Untuk kemudahan anda akan datang, boleh belajar dan mintak tunjuk ajar berkenaan cara menukar password dan nama wifi yang anda inginkan. Catit semua username unifi (id unifi), password akaun Unifi anda bagi memudahkan juga anda untuk menukar set wifi router anda sendiri kelak jika perlu.

Pastikan juga anda telah membuat testing speed unifi anda. Jika anda langgan 100Mbps, pastikan anda dapat 100Mbps. Boleh minta pihak installer buatkan dan tunjukkan kepada anda.

Setelah selesai, simpan semua maklumat tersebut di tempat yang senang nak cari atau rujuk.

Hal-hal berkaitan teknikal, apa-apa tak puas hati tentang pemasangan teruslah bercakap dengan kontraktor semasa mereka berada dengan anda. Saya percaya mereka orang baik-baik dan ada budi bicara.


Berkenaan Selepas Pemasangan


Setelah semuanya selesai, pemasangan dah siap, jika ada pembayaran dikenakan, dapatkan resit pembayaran untuk rujukan anda. Berbalik kepada isu tak puas hati berkenaan caj pemasangan, resit adalah perkara penting.

Resit Unifi

Sebab itu saya pesan, jika boleh selesaikan semuanya hal semasa pemasangan dibuat. Soal caj, berundinglah dengan pihak installer/kontraktor baik-baik.

Jika tiada pilihan anda boleh adukan hal berkaitan pemasangan melalui talian 100 atau datang terus ke TM Point lebih mudah.


Aduan Kerosakan & Aduan Pemasangan


Untuk buat aduan kerosakan pendawaian dalam tempoh jaminan, perkara pertama adalah anda perlu rujuk dengan pihak kontraktor/installer yang buat pemasangan di rumah anda.

Atas sebab itulah saya tekankan anda menyimpan resit dan nombor mereka untuk tindakan lanjut.

Jika masih tiada tindakan dari mereka, boleh terus berhubung dengan talian 100 . Satu lagi hal penting adalah dapatkan NOMBOR PERKHIDMATAN (SERVICE NUMBER) anda. Ia adalah nombor telefon rumah anda.

Banyak pelanggan terlepas hal ini. Nombor tersebut adalah perkara penting untuk anda masukkan semasa membuat aduan dengan pihak TM sama ada melalui live chat (MyUnifi Apps), atau panggilan melalui talian 100.

Apa yang anda faham adalah anda tidak menggunakan telefon rumah. Tetapi sebenarnya semua akaun Unifi atau Streamyx dibekalkan dengan nombor telefon rumah tanpa set telefon.

Cordless Phone

Set telefon anda boleh beli sendiri melalui TM Point atau mana-mana kedai elektrik atau pasaraya tertentu. Di online shopping seperti shoppe juga ada jual. Ada dua jenis iaitu set telefon biasa, atau cordless phone.

Ada banyak saluran aduan dan pertanyaan yang boleh anda gunakan . Boleh rujuk melalui link ini : https://unifi.com.my/support/contact-us


Perkongsian Pengalaman


Sedikit perkongsian dari saya yang telah uruskan permohonan Unifi sejak tahun 2010. Ada banyak isu sebenarnya . Cuma yang penting di sini adalah semasa anda berurusan dengan kontraktor. Perkara yang anda tidak puas hati teruslah berbincang. Jika tidak setuju, batalkan sahajalah permohonan anda.

Janganlah ibarat pepatah – Rumah sudah siap pahat masih berbunyi.

Ada satu kes yang saya ingat sampai sekarang. Lokasi di Kuantan, Pahang. Tuan rumah ingin buat pemasangan melalui siling. Tetapi kontraktor gagal tarik kabel melalui siling akibat ada blocking / sekatan di atas siling untuk terus ke lokasi turunkan kabel.

Maka pihak kontraktor memberitahu kepada pelanggan, perlu guna laluan biasa atau upah tukang rumah untuk betulkan laluan atas siling.

Tidak bercakap banyak, hal tersebut selesai dengan kos dan tindakan oleh pelanggan sendiri.

Begitu juga dengan pemasangan membabitkan surface cabling untuk rumah jenis FDP atas tanah seperti yang saya kongsikan di atas. Ejen telah terangkan hal berkaitan pemasangan. Jadi ruang anda bersama dengan installer, bincanglah sebaiknya.

Luar rumah apatah lagi atas tanah, risikonya macam-macam. Lebih baik laburkan sedikit wang untuk lindungan kabel untuk jangka masa panjang.

Halangan lain juga adalah masalah anjung/awning. Jika hal tersebut sampai menggangu kerja-kerja pemasangan, bincanglah baik-baik untuk guna laluan lain atau carilah tukang untuk betulkan halangan tersebut.

Kontraktor/installer juga sebenarnya tidak dibenarkan naik ke atas atap. Ia berkenaan dengan STANDARD KESELAMATAN – OSHE yang mereka perlu patuhi. Jadi jika itu menjadi halalangan, sekali lagi gunakanlah laluan lain.

Banyak perkara yang berlaku . Tetapi semuanya boleh diselesaikan dengan baik jika pelanggan BERUNDING dengan baik. Jika semuanya tidak menepati kehendak anda, batalkan sahajalah ATAU cari kontraktor luar terlebih dahulu. Anda bayar sahaja ikut kehendak dan keinginanan anda.


PENAFIAN


Saya ingin menegaskan yang saya bukanlah kontraktor yang terlibat dengan kerja-kerja pemasangan apatah lagi terlibat dengan kerja-kerja teknikal TM. Segala pengetahuan yang saya kongsikan adalah dari pengalaman kontraktor, pengalaman saya berurusan, dan juga info yang disampaikan oleh pihak TM kepada saya. Mohon jangan salah faham. Jika ada kesalahanan, saya mohon maaf.

Terdapat beberapa pihak salah faham dan menggesa saya bekerjasama dalam hal-hal teknikal dan pemasangan yang luar bidang saya. Saya hanyalah wakil jualan yang menjalankan kerja-kerja jualan produk TM.

Untuk pihak kontraktor/installer, mohon maaf jika apa yang saya tulis bercanggah dengan apa situasi, kadar harga yang anda kenakan. Jika ada teguran, boleh tulis di ruangan komen untuk kita sama-sama berkongsi maklumat.

Untuk kerja-kerja cabling yang melibatkan custom installation atau memerlukan kontraktor luar untuk berhubung, mana-mana pemasangan yang melibatkan pelanggan saya sendiri (Hafizal), akan saya bantu untuk urusan melibatkan kontraktor dan dengan pihak pengurusan TM HQ Pahang. Untuk permohonan yang tidak melalui saya,  mohon berurusan terus dengan ejen/TM sendiri kerana saya tiada data dan kekangan akses untuk order anda tersebut.

Gambar rujukan : https://www.facebook.com/repairunificontractor


Berminat Nak Pasang Unifi?


Jika anda di kawasan yang ada coverage Unifi, jangan lepaskan peluang untuk buat pemasangan Unifi. Saya boleh bantu anda.

Apa yang lebih penting adalah :

Anda mendapat khidmat nasihat dan bantuan urusan permohonan Unifi terbaik dan tanpa risau data peribadi disalah gunakan. Ini kerana hanya saya sahaja yang uruskan permohonan Unifi anda.

Kenapa? Bukankah anda sedang berurusan dengan Hafizal Broadband? Ya, Hafizal itu nama saya. Hehe

Permohonan Unifi boleh di buat dengan terus berhubung dengan saya melalui Whatsapp link ini : 019-9377794

Anda juga boleh gunakan contact form dibawah untuk berhubung secara terus melalui emel:

    Loading

    106 thoughts on “Panduan Lengkap Pemasangan Unifi Beserta Caj

    1. Nurul

      Assalamualaikum, boleh saya dapatkan clarification, raceway casing 30m disediakan percuma untuk scenario 5 standard atau optional?

      Reply
      1. admin Post author

        Waalaikummusalam. raceway casing percuma untuk 30 meter pertama sahaja. selepas 30 meter, tambahan sebanyak RM5/meter caj akan dikenakan. sebagai contoh panjang kabel is 60 meter. Jadi kiraan adalah

        Kabel – 50 meter pertama percuma dan jika lebih, caj rm5./meter.

        jadi caj kabel adalah RM5 X 10 meter tambahan = RM50

        Untuk raceway casing pula, akan dicaj RM5 X 30 Meter = RM150

        Total untuk pendawaian 60 meter adalah RM200.

        Harap penerangan di atas dapat membantu

        Reply
        1. nurul

          Terima kasih atas penerangan. Untuk pemasangan dirumah saya, tak lebih drpd 50 meter. Jadi saya tak perlu bayar ape2. Tapi, racaway casing tak diberi. Kabel atas lantai, jd macam agak menyakitkan mata tengok. Bile saya call agen, dia ckp raceway casing kene bayar. Saya agak confuse sebab dlm brochure, 30 meter pertama percuma.

          Reply
          1. admin Post author

            Cik boleh komplen kepada TM dengan buat aduan ke talian 100. Bukti resit mesti disimpan untuk tindakan. Jaminan masih di bawah tanggungan kontraktor dalam tempoh 30 hari. Ada macam-macam kerenah installer.

            Reply
            1. Nurul

              Terima kasih. Saya dah complained. And TM dah respond. Installer akan datang semula untuk pasang raceway casing.

          2. Faizal

            Salam tuan .. kawasan lot rumah saya masih belum ada tiang tm @ wifi . Mcm mana nk mohon yee utk pemasangan tiang tm or DP kt kwsan lot ?

            Reply
            1. hafizal broadband Post author

              Pelanggan tak perlu apply tiang. Itu hanya keperluan jika jarak jauh sedikit dengan rumah seperti tanah lot persendirian

        2. Syuk

          Saya nak pasang unifi di building bos saya dan sekarang ni berada dalam waiting list..Then, beberapa hari lepas ada orang tm datang utk membuat pemeriksaan dan mengesahkan bahawa kabel perlu ditarik melintasi premis lain sehinggalah sampai ke premis bos saya dan kos yang perlu ditanggung adalah 7 ribu something utk kerja-kerja infra..Mohon ulasan sekiranya pernah terjumpa kes sebegini..

          Reply
          1. admin Post author

            Maaf lewat reply. Saya tak clear dengan tempat tersebut. Cuma saya dapat terangkan, kos tersebut mungkin benar jika building tersebut memang tak ada unifi dan anda ingin tarik dari bulding berhampiran atau tempat terdekat. Ia logik. Tapi kalau bulding tu memang sudah ready unifi,so pemasangan sepatutnya tidak perlukan bayaran atau jika ada bayaran pun tak sampai RM300 mengikut keadaan. Dalam situasi ni, yang akan mendapat untung adalah tuan sebab dapat Unifi cuma tuan perlu keluarkan kos.

            Tapi untung pada TM pula, sebab dengan kos yang dikeluarkan oleh tuan, TM akan boleh jual unifi dan sediakn port untuk premis-premis terdekat.

            Reply
    2. anuar

      salam tuan.. kalau tempat yg takde coverage unifi macam mana nak mohon ye? area sy cuma ada streamyx 4mbps itupun max dpt 3.4mbps dan selalu sgt masalah slow internet.. di pekan pahang..

      Reply
      1. admin Post author

        wsalam, tak ada apa yang boleh di buat kecuali menunggu. TM akan pasang unifi akan datang untuk gantikan copper. Cuma bila, kita tak tahu. Bergantung kepada bajet, permintaan, dan potensi pulangan yang mungkin mereka dapat di satu2 kawasan yang akan di naiktaraf.

        Reply
    3. Leeza

      Setelah 10 hari pemasangan unify di rumah sy berlaku litar pintas akibat kilat.Line unify terputus tv terpadam.Sy dah check semua alat letrik mcm washer,friedge n lain ok.Masalah pd bah.unify x pasti equipment unify ,Tv @ plug kt situ.Sy call 100.Dia ckp kalau masalah TMnet x perlu byr..kalau letrik rmh rm 53 akn masuk dlm bil bulanan bila installer dtg check nanti.
      Wassap installer x berbalas.bil jalan..senangnya TM buat duit.Hari tu promote mcm yg elok² je diberitahu bila dh pasang hampeh..

      Reply
      1. admin Post author

        bila report? sudah berminggu2 ke report? masa call ada tak dia bagi tempoh 24 jam atau 48 jam? installer dengan kontraktor yang bahagian pembaikan lain. semua tu TM yang akan hantarkan . Saya pernah berurusan kes yang sama. buat aduan, mereka hantar kontraktor pembaikan dan masalah berpunca dari alat yang TM berikan. so percuma. memang betul jika masalah bukan berkaitan alat dia, atau alat abis warranty, memang kene bayar.

        Warranty installer memang 30 hari. ada je berlaku masalah installer tak bagi feedback. tapi saya lebih suka shoot pada customer service TM.

        Reply
    4. Ben

      Saja baru daftar unifi. Tapi tm point appoint bagitau installation akan charge rm250 hingga rm450. Sepatutnya percuma kan? Mana boleh saya buat complain?

      Reply
      1. admin Post author

        Mahalnnya . Pemasangan percuma ikut yang tulis di atas setakat ni. Komplen? 100 atau u live chat dengan TM Operator. nanti mereka akan log report.

        Reply
        1. Ben

          Ya akan complain kat tm. Terima kasih tuan atas nasihat dan sharing. TM point tempat saya juga pakat dengan installer. Tm point kata installation bukan free, akan charge rm250 hingga rm450. Installer datang kata rm300. Kenapa mereka tak ada process yang standard ka? Memang fed up dengan tm.

          Reply
          1. admin Post author

            Semuanya akan dicaj jika dipasang mengikut apa yang saya sharing di atas tu. Tapi kalau standart installation, percuma dan kalau kene caj, kene tahu apa yang di caj. Jika kene bayar, sila dapatkan resit dan simpan. Buat aduan. Isu pemasangan ni macam-macam hal sebenarnya. Saya cuma share apa yang perlu pelanggan tahu. Itu saja.

            Reply
    5. Ben

      Ya saya hanya buat installation yang biasa seperti yang tuan share Di atas. Tak sepatutnya dicaj. Mereka ingat kita bodoh la. Caj sesuka hati

      Reply
    6. Cik Intan Nurfarhana

      salam sy nk tanya..berapa tm akan charge kalau kne pasang tiang telefon ye?

      Reply
    7. fatri

      salam tuan nak tanya boleh ke installer TM tarik kabel bukan dr tiang yg ada DP dia tarik dari tiang dari belakang rumah sy yang tiada DP terus ke dalam rumah..tiang yang ada DP selang 3 rumah dari rumah sy.boleh ke pemasangan kabel unifi dari tiang yang tiada DP.installer bagitahu x boleh tarik dari DP sebab ada halangan Dari DP nak kerumah sy.Soalan sy adakan dibolehkan buat macam tu dan ada gangguan lain x jika kabel bukan terus dr DP

      Reply
      1. admin Post author

        Waalaikummusalam, saya kurang jelas sikit pasal situasi ni. maaf. tapi apa yang saya faham, tak ada masalah. Ada kes-kes tertentu yang pernah saya uruskan ambil dari Dp jauh sedikit contohnya port penuh, rosak dan lain2. Kalau nak lebih jelas, boleh call saya 019-9377 794. InsyaAllah saya bantu.

        Reply
    8. Faiz Zane

      salam , sy nak tanya.. baru2 ni sy tukar cable bahagian dalam rumah installer cas sy Rm150. tapi dia belum tukar cable luar dari tiang tm ke rumah sy , kata nya nak dtg tapi takda respond dah sekarang ni. soalan sy Rm150 tu kos untuk cable dlm rumah saja ke , ataupun termasuk cable dari tiang tm luar sampai ke rumah sy ? ataupun second time nak tukar cable luar tu masih dalam tangungan tm ?

      Reply
      1. admin Post author

        waalaikummusalam. Maaf lewat.. kalau ikutkan setandart pendawaian yang di amalkan sebelum ni, bahagian luar adalah tanggungan oleh pihak TM. Akan ditukar mengikut keadaan seperti kerosakan dan lain-lain yang di adukan kepada oleh pelanggan kepada TM. Dalam rumah adalah tanggungan pelanggan. Boleh saya tahu kabel apa ni? fiber optik (unifi) atau streamyx?

        Reply
        1. Faiz Zane

          cable streamyx yg warna hitam. Jadi cable luar tu sy kena report dekat TM kalau ada kerosakkan baru ditukar ya ? sbb kdng2 sy main game ada delay 4 saat. mungkin masalah sbb cable tu dah 7 tahun ke ?

          Reply
        2. Rohaidah

          Maaf, saya pun nak tanye jika tukar kable fibre optik dr tiang kerumah sbb rosak adakah akan dikenakan bayaran

          Reply
    9. Abdin

      Assalammualaikum ,kalau di rumah tiada soket utk kabel telefon ,berapa agaknya kos pemasangan tuk soket

      Reply
    10. Ahmad Lokman Alias

      salam tuan. saya tinggal apartmen tingkat 8. hari tu saya ade tanye installer tm, dia ckp kt bwh rumah sy ke kotak port tu semua dah fiber. cuma lps kotak port ke rumah sy tu masih copper. jarak blok saya ke kotak port tu x sampai 200 meter. brapa anggaran kos kalau nak tukar dari copper kpd fiber tu ye?

      Reply
      1. hafizal basri Post author

        Wsalam.. saya mohon maaf kerana lambat reply. Anggaran kos untuk penukaran kabel tersebut bergantung pada caj yang dikenakan oleh kontraktor tu sendiri dan tertakluk juga pada pengurusan bangunan tersebut. Saya tiada pengalaman dalam kes sebegini. Sebab biasanya hanya boleh offer pakej 30Mbps sahaja sebab masih lagi copper

        Reply
        1. faris

          salam . tadi area rumah saya ada kerja kerja pemasangan cable fibre pada setiap tiang tm. mungkin ka unfi dah masuk area rumah saya sebab ada setengah rumah je yang dapat unifi. kami masih dengan strymeyx

          Reply
    11. muhd Akmal

      Assalamualaikum. kawasan saya tiada coverage unifi tm fiber. bagaimana nak memohon untuk pemasangan unifi fiber untuk kawasan saya

      Reply
      1. hafizal basri Post author

        Waalakummusalam… maaf lewat reply. Kalau kwasan tiada coverage fiber, mesti kene tunggu TM yang buat. Melainkan tanah lot dan terdapat port fiber yang terhampir.

        Reply
    12. Izzuan

      Assalamualaikum, berapa jarak maksima kabel dari DP on pole yang pihak TM sediakan untuk ke premis? Rumah saya dengan DP on pole berhampiran agak jauh, tapi kabel fibre optik tu melalui rumah saya cuma tiada DP sahaja

      Reply
      1. hafizal basri Post author

        waalaikummusalam, mmg kene tarik dari DP. Jarak dalam 3 pole saja. selebih nya pelanggan kene bayar

        Reply
    13. Keyla

      Salam. Memang ke kalau unifi installer cas saya lebih 10 meter, rm60 starting dari tiang depan rumah ke peralatan unifi Tapi dia tarik dp selang 2 pole dari rumah. Saya nak tahu saya ni kena tipu ke apa sebab sehari lepas tu, orang TM ada datang sebab masalah pemasangan diaorang salah. Dia kata sepatutnya free. Sebab dari dinding rumah ke peralatan unifi tak sampai 10meter pun.

      Reply
    14. Khairul

      Salam sahbat sekrang kawasan rumah jenis kampung lot… Dp yg terdekat jarak 450 meter. . Boleh ker dibuat permasangan anggaran saya kena tambah 3 tiang sahja yg selebihya ikut laluan kabel yg x ada dp

      Reply
      1. hafizal broadband Post author

        Wsalam…. untuk streamyx adalah jarak 250 meter sahaja . Kira maksimum 5 batang tiang termasuk batang yang ada dp. Lebih 3 batang tiang kene bayar… untuk unifi insyaallah boleh.

        Reply
    15. wan

      salam..nk tanya,rumah saya apartmen yg baru dirasmikan bln mac 2018..dlm bln ogos tm masuk dan sediakan port dlm 300.(maklumat dr managent building). baru ni saya nak apply unifi dan dimaklumkam port sudah penuh dan kena tunggu org pindah utk port kosong..mustahil la org nk pindah sbb rumah baru..dan tidak dimaklumkan akan tambah port atau tidak.boleh ke nak buat aduan ke MCMC supaya TM tambah port..tq in advance tuan

      Reply
    16. Rizal

      Salam tuan.. Semalam sy pasang maxis fibre tp kerja tarik kabel dr kotak hijau belakang rumah di lakukan oleh pekerja TM. Isu nye dr point box kecik kt dinding belakang rumah tu ada satu laluan underground ke kotak hijau tu blocking. So installer kata kena pecah untuk tarik kabel. Saya tanya tu sume facility TM why cust yang kena bayar?? Installer kata sebab blocking dari dalam kawasan rumah kalo luar premis baru under TM. Hakikatnye mmg installer masukkn dr dalam kawasan premis tapi tak pasti blocking di dalam or luar premis sbb underground tak nampak mana punca. So installer kata kn rm200 untuk pecah. Bila dh buat apa yg saya tengok installer just buat tebuk lubang dari kotak hijau terus direct masuk dalam rumah tanpa malalui laluan kabel yg asal underground tu. Jadi agak tak munasabah kos buat 1 lubang sampai rm200. Jd kabel fibre tu tletak atas lantai je dari kotak hijau tu masuk ke rumah. Rasa2 bole tak saya buat komplain ke TM??

      Reply
      1. hafizal broadband Post author

        Issue ni boleh buat complain kepada Maxis. Bukan TM. Sebab anda mohon dengan Maxis. Bukan dengan TM. Jadi pihak Maxis sendiri patut berurusan dengan TM. Walaupun di sini kita hanya nampak Maxis sebagai pihak ke-tiga, tapi anda bayar bil dan daftar dengan pihak Maxis.

        Reply
    17. Ana

      Assalam Tuan, saya memakai unifi, harini saya ada buat pengubahsuaian perabot dan mengalihkan unifi dari wall kanan ke kiri wall kerana ruang sempit sbb saya baru beli meja makan. Saya alihkan kabel luar dan pasangkan ke kiri dinding. Modem dan router saya tak buka wayar2 yg ada, just buka plug unifi saja. Tapi lps saya dah pasangkan semua malangnya unifi tv, internet semua dah tak connect. Adakah saya akan dikenakan bayaran jika ingin membuat wiring semula? Berapakah kos wiring tersebut? Jika modem atau router yg rosak berapa pula bayarannya?

      Reply
      1. hafizal broadband Post author

        Buat aduan kepada TM dan mereka akan asign kontraktor untuk fix masalah ni. Tentang caj, bergantung kepada apa masalahnya dan kerosakan. Saya tak pasti dengan caj.

        Reply
    18. Deen

      Salam Tuan,

      Rumah sy tiada tiang telekom, tp pemaju dh sediakan salur kabel bawah tanah (tanpa kabel).

      DP terdekat di jalan besar jarak dlm 300m. Boleh ke pemasangan unifi dilakukan? ada cas tambahan ke?

      tq

      Reply
      1. hafizal broadband Post author

        Wsalam, semua projek baru sekarang memang perlu ada salur kabel bawah tanah untuk kemudahan pihak telco. Tapi ia tidak jamin cepat atau lambat pemasangan di buat. Jika pemaju join program yang di namakan SMART PARTNERSHIP TM, perumahan tersebut akan terus TM Pasang infra segera kerana pemaju berkongsi kos dengan TM.

        Reply
    19. Jay

      Selamat pagi Tn,

      Saya berminat utuk pasang unifi. Saya check coverage alamat rumah saya tiada coverage, tetapi beberapa alamat lain dalam taman yang sama mempunyai coverage.

      Reply
      1. hafizal broadband Post author

        Selamat malam,

        Maaf lewat reply. Kes macam ni ada beberapa faktor.

        1. Missing addresss unit. – Kadang-kadang ada nombor rumah tak masuk dalam sistem tapi berdekatan rumah ada port unifi. Hal ni boleh di uruskan ejen/staff TM. Jika anda di Kuantan, Pahang, Saya mungkin dapat bantu.

        2. Lorong baru/fasa baru. – Walaupun nama taman yang sama, tak semestinya ada coverage. Ini biasa berlaku bila pemasangan infra unifi dibuat pada perumahan fasa lama/fasa pertama/fasa sebelumnya. Tiba-tiba kemudian wujud satu lagi fasa baru/lorong yang sama mungkin. Ini menjadi masalah yang mana perlu menunggu pemasangan infra baru.

        Anda boleh meminta bantuan ejen/staff TM yang terlibat untuk minta buat survey di lokasi bagi memastikan kesahihan. Kebiasaannya saya akan lawat lokasi untuk membuat anggaran keputusan sama ada boleh masuk unifi/streamyx atau memang tak boleh (menunggu pemasangan infra). Ejen lama/orang lama biasanya dah tahu macam mana nak nilai dan anggar keputusan.

        Reply
    20. Mohd Najib Towy

      Assalamualaikum , nak tnya tuan. Masa contractor datang pasang unifi , didapati :

      1. Phone Socket dalam rumah dh rosak
      2. Contractor cuba direct wiring ke cable phone , pun rosak.

      Jadi contractor beritahu kena tarik cable baru (copper) ke rumah dari Riser Room.

      3. Dari Riser Room (port TM) , ke rumah jarak xsmpai 10meter , saya duduk berdekatan dgn riser room

      4. Contractor charge rm250 utk cable dan tebuk lubang ke rumah.

      Soalan : adakah caj tersebut dibawah tanggungan saya ? Kalau ikut brochure , 50 meter prtama dari Entry Wall ke dalam rumah adalah percuma

      Tp saya dikenakan caj rm250 oleh contractor. Adakah ini valid ?

      Reply
      1. hafizal broadband Post author

        Waalaikummusalam,

        Entry wall adalah dari dinding luar rumah. itu 50 meter percuma. . Dari port ke rumah (rising room) jika memerlukan pendawaian baru memang ada caj. tapi jumlah saya tak pasti sebab tiada panduan untuk pendawaian untuk itu. Cuma saya anggarkan kiraan itu dari caj pendawaian port ke entry wall RM200. Cuba lihat caj yang dikenakan dari tiang telefon melalui underground.

        Mohon maaf jika jawapan diberikan tidak memuaskan hati. Tapi jika anda rasa bayaran tersebut tidak patut, boleh buat aduan terus ke TM point terdekat dan jangan lupa bawa resit.

        Saya juga akan update caj pendawaian terbaru yang dikenakan TM nanti.

        Reply
    21. Syahmina

      Assalamualaikum..

      Rumah saya pernah menggunakan Streamyx sebelum ini tetapi kami telah menamatkan langganan kami disebabkan bill agak mahal, dan tiang telefon masih ada sampai sekarang.

      Saya ingin apply semula menggunakan langganan UniFi dan telah bertanya di kaunter TM tetapi mereka berkata kawasan kami tidak mempunyai sebarang liputan unifi, bolehkah saya sarankan mereka untuk membuat pemasangan di tiang telefon kami sebelum ini??

      Reply
      1. hafizal broadband Post author

        Waalaikummusalam… sarankan boleh. Tapi still kene menunggu juga..

        Reply
    22. Afiq

      Salam tuan, berapa jarak maksima unifi box boleh psang unifi? Rumh sy, pling dekat dalm 450m, blh ke untuk psang unifi?

      Reply
      1. hafizal broadband Post author

        wsalam, jauh jarak tu dan kalau kawasan perumahan, tak boleh. Tarik port jauh dalam lingkungan 250 meter ni biasanya kawasan jenis tanah lot

        Reply
    23. Elyas Ahmad

      tuan, nak tya, kalo kita nk buat siap2 wiring utk UNIFI di rumah boleh ke? sy tgh buat rumah, kalo nak tanam siap2 pendawaian unifi dalam dinding maksud saya supaya x la nampak wire tu…

      Reply
    24. Rabiatul

      Salamtuan…
      Sy nak tanya… Sy duduk rmh flat tingkat 12.Kalau sy pasang unifi di rumah saya.. Adakah pihak tm akan kenakan charges untyk tarik kabel ke tingkat ground-floor… Sbb smlm sy nk pasang maxis fibre… Kontraktor nak charges sy rm1000 utk tarik cable ke GF…
      Terima kasih

      Reply
      1. hafizal broadband Post author

        betul. sama sahaja. Cuma, kalau bangunan macam tu, hanya boleh ambil pakej unifi 30Mbps sahaja. itu tidak caj. tapi kalau tarik kabel terus ke rumah, mmg kene caj

        Reply
    25. SYAMSUDIN BIN KAMIS

      Assalamualaikum, macam mana nak tahu kawasan rumah yang boleh pasar unifi dan berapa mbps yang di berikan.

      Reply
      1. syamsudin Bin Kamis

        Assalamualaikum, macam mana nak tahu kawasan rumah yang boleh pasang unifi dan berapa mbps yang di berikan

        Reply
      2. hafizal broadband Post author

        Waalaikummusalam, boleh berhubung dengan saya atau terus melalui talian 100 TM

        Reply
    26. Pingback: Panduan Lengkap Pemasangan UniFI Beserta Caj - Daftar Unifi & Maxis Fibre

    27. Zeck Abdullah

      Salam boleh tak bagi saya cadangan jika rumah saya tak ada dalam senarai unit no. apa yang perlu saya lakukan. macam mana saya nak mendaftar. Sedangkan bill elecktrik, air serta astro ada dalam alamat.

      Reply
      1. hafizal broadband Post author

        Biasanya berpandukan bil air & elektrik dah boleh wujudkan data dalam sistem tm tapi dengan syarat mmg rumah tu boleh offer servis sama ada Unifi atau Streamyx. Melalui ejen sepatutnya lebih mudah

        Reply
    28. atirah

      salam encik. nak tanya. rumah sy akn dipasang unifi sabtu ni. rumah sewe. rumah ni dah ada phone cable. phone cable tu ke yg akn di gunekan masa pasang unifi. maaf encik ganggu..

      Reply
    29. Messy

      Salam tuan

      saya apply pemasangan unifi awal july. agen tu bgtau port di kawasan perumahan rumah sy dah penuh & kena tunggu port dibuka..sampai ke hari ni masih belum ada pemasangan dan alasan yg sama port tkde. dalam kes ni apa yg perlu sy buat?

      Reply
      1. hafizal broadband Post author

        Tiada apa yang perlu dibuat. Jika port penuh memang dimasukkan dalam senarai menunggu

        Reply
    30. Yan

      Hi Salam tuan… Saya baru nak cuba apply unify.. Cuma saya keliru sma ada pemasangan oleh kontraktor mahal atau tidak.. Sebab tiang betul2 brp di blkg rmh… Dan untuk apply ada upfront payment kah?

      Reply
      1. hafizal broadband Post author

        Pemasangan percuma. Hanya berbayar jika minta pendawaian secara khas seperti yang saya tunjukkan dalam gambar di atas.

        Reply
    31. Ain

      Salam.Nak tanya,kalau wayar kat luar yang rosak pelanggan juga ke yg kene tanggung kos sebab kontracktor inform kene tarik wayar baru

      Reply
    32. Zilla Mohamad

      Assalam..sy nak tanya sy duduk flat tgkt 2 kontraktor bg tau yg box bwh flat rosak dan dia bg tau caj pemasangan RM60 sebab nk cari line..bila sy tgk satu wiring pun xda tukar or buat ape dkt cable tgkt bwh dan tingkat 2.adakah perlu caj tersebut dikenakan?

      Reply
    33. mohamad Zulhilmi

      kalau nak transfer wifi ade kene bayar tak sebab nak pindah rumah lagi satu kos pemasangan dye macam mana pulak ye nanti kene cas jugak ke

      Reply
    34. Pionie

      Hii nak tanya sa dari sabah..tpi duduk dekat kg so sa ada tanya pekerja unifi tentang cas pemasang wifi tu ..dia kata kontraktor akan cas Rm80 untk 5meter….jarak tiang telefon dgn rumah sa jauh dalam 150meter lebih kurang begitu lah..betul ka unifi akan bagi free 30meter ?

      Reply
      1. hafizal broadband Post author

        saya rasa anda berbicara tentang Streamyx . Unifi tak memerlukan pemasangan berbayar

        Reply
    35. Finz

      Salam tuan, saya hendak brtanya, berapakah charge yg akan dikenakan sekiranya saya ingin menganti cable yg terputus.. munkin dalam 30 meter dari tiang ke rumah…?

      Reply
    36. Az

      Salam, Saya nak tanya , saya duduk di rumah flat tingkat 1 , haritu saya nak pasang maxis fiber tapi orang yang datang tu ckp tak boleh pasang sebab port saluran telepon yg sedia ada di setiap tingkat dah dicuri..Kalau sye nak pasang saya kena tarik kabel di ground floor. Soalannya kalau saya mintak pihak TM yang tarik kan kabel tu ke rumah saya boleh ke ?

      Reply
      1. Jernaz

        Salam tuan. .sya mahu bertnya,sya baru shj Pasang unifi bulan lalu.. Caj minta pemasangan rm150..sedangkan kalau merujuk gambar senerio ke 3 adalah free tm tangung…tiang pol ke rumah sya kurang 50meter.. Dan sya cuma minta Padang dari tiang pol ke wall sahaja..Dr wall me DLM rumah sya Buat sendiri… Pertanyaan sya sini, patut ka sya kena bayar rm150?..situasai sya DLM gambar than senirio 3.

        Reply
        1. hafizal broadband Post author

          Maaf sangat saya lewat reply. Sepatutnya tak dicaj kalau situasi macam tu. Boleh komplen di TM atau call 100 terus untuk buat aduan.

          Reply
    37. Mel

      TM memang tau kontraktor suka menipu pasang unifi. Tapi diorg biar je. Xde dapat ape balik pun klu dah terbayar kat kontraktor rm300 lebih pasang unifi. Patut free pun diorg charge.

      Kontraktor TM tu akan gunakan alasan internal wiring dan akan bgtau penerangan dari call center TM yang tak betul. Ni standart SOP kontraktor TM menipu. Dia akan bagitau internal wiring tu fibre yang dia tarik dari dinding luar rumah/kedai sampai modem. Yang kat luar tu je yang ade free 50meter.
      Padahal yg kat luar tu mmg tm yg provide. Yang dalam premis pulak ade 50meter free. Dia sentiasa nak kelirukan pelanggan.

      Bila kita report call centre diorg akan cakap report yg diaorg dapat dari kontraktor, kitorg ade buat internal wiring. Customer service pun sibuk la terangkan bila cable masuk siling, dalam dinding, tu semua mmg kena charge sebab internal wiring. Padahal kotraktor cuma tarik wayar bodo gitu je lekat kat dinding. Bukan suruh lalu siling buat internal wiring. Tapi sebab kontraktor diorg buat report ada internal wiring. Diorg pun percaya bodoh je. Terma internal wiring tu diorg manipulate, dia bagi kefahaman yamg salah pada kita untuk menipu.

      Dah pasang 4 kali unifi kat kedai same je semua kontraktor menipu. Ada satu nak temberang 50meter tu dia kata kira dari port unifi yang selang 2 kedai dari kedai aku. Kepala bana dia. Tu pun x sampai 50meter. Sebab sampai kedai tebuk masuk cable, modem kat belakang dinding kat depan kedai
      yang dia tebuk je. Same gak 300 lebih mintak.

      Sepatutnya TM kena ada staff yg check dulu rumah/kedai yg bak pasang atau betulkan unifi. Tengok dan terangkan mcmne proses pemasangan akan berlaku dan klu mmg kena charge bgtau kadar yg sepatutnya. Lepastu baru panggil kontraktor datang buat . Klu kontraktor je datang sendiri memang dia hentam selagi boleh. Dia tau duit je.

      Aku memang bengang sebab tadi baru kena rm350 dengan kontraktor TM lagi sebab tukar cable dia ckp kena makan tikus. X smp 10 meter pun wayar. Bukti wayar kena gigit pun xde. X tunjuk pun. Call TM bgtau line xde pastu kontraktor yg datang. Dia takan nak check free je bodo2. Mmg dia nak duit la. Pastu keluar la wayar gigit tikus la, kena tarik wayar baru, kami x buat ni kena panggil kontraktor luar. Klu nak cepat kami boleh buat bla bla bla… Patut wakil TM la dtg baru la X jadi mcm ni.

      Reply
      1. hafizal broadband Post author

        Wau . Komen yang biasa saya terima. Lebih baik berkeras dan buat aduan kepada TM. Perbesarkan kes ini supaya ada pengajaran kepada pihak yang terlibat dalam penipuan.

        Reply
    38. Akmal

      Tuan, di rumah kan dah ada cable telifon.
      kenapa perlu tebuk dinding untuk buat pendawaian ye?
      tak boleh ke sambung terus ke phone point?

      Reply
      1. hafizal broadband Post author

        Kat rumah tu pakai kabel apa? copper (tembaga) atau dah siap install kabel fiber optik? kalau dah ada kabel fiber optik siap, tak perlu la buat wiring baru. Cable telefon tu biasanya copper

        Reply
    39. kelly

      hi,nak tanya kalau cable optik (unifi) berapa satu meter?…sbb kemari baru i tukar cable optik kontraktor cas rm200?

      Reply
    40. Laila

      Port unifi rmh sy diruang tamu. Kalau sy nak ubah ke tempat lain, brp kah anggaran kosnya.
      Dengan siapa sy boleh berurusan?

      Reply
    41. Saiyidah maisarah bt zulkarnain

      salam saya dulu pakai streamyx tp dh lama terminated. skrg nk apply unifi lite pulak. sy apply online and dy mintak unit no. sy dh msukkn alamat rumah semua ada tp unit no je xde. so nk buat mcm mana eh. sy ade masalah pengangkutan skit nk ke tmpoint

      Reply
        1. Amirul Syafiq Bin Adnan

          Salam Tuan,
          Pertama sekalk, terima kasih atas perkongsian yang detail.
          Kediaman saya ada satu situasi yang pelik di mana di dalam taman saya, cuma lorong saya sahaja yang tak pasang DP pada tiang sedangkan lorong lain di pasang. Ini semua sebab google map tidak labelkan lorong rumah saya dalam peta. Saya bary buat laporan pada google map.

          Dalam masa yang sama, untuk makluman tuan, saya ada melaporkan kepada TM berkenaan isu ini. Sejak bertahu n tahun kami request dan buat aduan sehingga kini x jumpa jalan penyelesaian. Saya mohon sekiranya ada cara untuk berjumpa pihak yang berkenaan untuk bincang masalah ini. TIKET aduan yang paling lengkap saya karang adalah nombor 1-20260527345 yang di tulis pada tahun 2018. Hingga kini tiada jalan penyelesaian. Saya dan ayah kerap membuat cubaan request unifi pemasangan di kediaman, laporan namun sedih sekali sehinggalah ayah saya meninggal dunia masih tak dapat menyelesaikan masalah ini.

          Saya kembali membangkitkan usaha ini kerapa mak saya memerlukan internet untuk tengok ceramah especially sejak pemergian arwah ayah thaun lepas, dia berasa kosong dan ceramahlah tempat dia melepaskan rindu sebab itu hobi mereka bersama dulu. Mohon bantuan pihak tuan sangat2.

          Reply
          1. hafizal broadband Post author

            Masalah tertinggal lorong ni sepatutnya tak ada. Tapi mungkin masa pemasangan di buat tu, tiada demand atau tak cukup permintaan. ada juga faktor lain seperti masa teknikal. Ada beberapa faktor lain. Kalau di kawasan saya, ia disebabkan tiada demand di lorong tersebut semasa proses survey di buat. maaf kan saya sebab saya rasa tak dapat bantu disebabkan tuan sendiri dah berurusan dengan TM Point dan telah buat tindakan yang sepatutnya. DI TM point biasanya ada form untuk minta unifi di kawasan kita.

            Mungkin tuan boleh pertimbangkan telco lain atau produk Unifi Air dari TM atau pun Satelite broadband dari pihak ConnectMe.

            Reply
    42. ahmad mazeni

      assalamualaikum… saya ingin membuat pemasangan unifi tetapi tak ada port.
      bagaimana cara utk saya buat pemasangan

      Reply
      1. hafizal broadband Post author

        Waalaikummusalam, maaf lambat respon. Unifi tak ada port ni boleh request penambahan port atau ambil dari port lain. Tapi tak jamin boleh dapat. Ejen perlu submit survey kepada pihak TM yang jaga kawasan tersebut.

        Reply
    43. iz

      salam boss alamat rumah saya ni takde dalam coverage unifi fiber tapi jiran 2 dah dapat .
      mcm mne nak request ehh..

      Reply
      1. hafizal broadband Post author

        Ejen boleh mintak pihak TM add alamat. Jika munasabah dan tak ada isu teknikal lain, boleh lah pasang. Jika anda kawasan Pahang, boleh terus WhatsApp saya di talian 019-9377794.

        Reply
    44. Bunny

      Nak bertanya. Box unifi jauh dari rumah saya agak2 dlm 100 meter lebih. Boleh ke saya nak pasang unifi, berapa caj cabel fiber ya

      Reply

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.