Garis Panduan Pemasangan Dan Penambahan Tiang Ke Premis Pelanggan

[Kemaskini 13 Mei 2022:]
Ini adalah panduan bagi pemasangan infra copper (Streamyx/Unifi Lite). Bukan panduan pemasangan fibre optik Unifi. 

Garis panduan ini saya terima penghujung tahun 2016 dan sehingga kini, masih tiada sebarang perubahan. Jadi saya kira ia adalah info berguna untuk anda semua. Perlu ke sampai nak tambah tiang?.

Bagi kes-kes macam ni kebiasaannya berlaku pada mereka yang bina kediaman di tanah lot. Maksud saya, bukan di kawasan perumahan. Kawasan perumahan ni, kebiasaannya TM akan buat projek infra untuk satu taman terus.

Untuk kes yang memerlukan pemasangan tiang baru, pertama sekali, fahamkan gambarajah di Fig A di bawah

Pendawaian kabel di antara Distribution Point (DP) dan premis pelanggan melibatkan kabel telefon yang disokong oleh GI Integral wire. Bagi memberi perkhidmatan yang baik dan melindungi kabel dari kerosakan, jarak dari DP ke premis pelanggan tak boleh terlalu jauh.

Cuba lihat gambar di Fig A. Jarak antara tiang yang ada DP ke rumah sebaiknya adalah 50 meter sahaja.

Jarak kebiasaanya yang digunakan untuk dalam kawasan bandar dan luar bandar, adalah 50 hingga 100 meter. Tetapi setiap jika lebih dari 50 meter, satu tiang akan di tanam untuk sokongan kabel ke premis pelanggan.

Tetapi ada kes-kes tertentu, jarak antara DP ke premis pelanggan melebih 100 meter dan ini memerlukan penambahan tiang yang banyak.

Jarak maksimum yang dibenarkan adalah 250 meter dengan penambahan tiang. Cuba lihat gambar dalam Fig -C. Untuk pole1 dan pole2, tiang ditanggung oleh TM manakala penambahan tiang dari pole3 hingga 5, di tanggung oleh pelanggan.

Jarak di antara tiang adalah 50 meter. Jadi bersedialah dengan kos yang perlu dikeluarkan. Kos tersebut akan diberikan oleh pihak TM kepada anda sebelum pemasangan di buat. Jika anda setuju, pemasangan akan di buat. Jika tidak, order pemasangan anda akan dibatalkan atau ditolak.

Berapakah Kos Yang Akan Dikenakan?

Saya tak pasti kos sebenar berapa untuk satu tiang. Ada kontraktor beritahu saya, kos di bawah RM100. Tapi kos sepenuhnya akan diberikan kepada anda sebelum pemasangan dibuat. So kalau tanya saya, saya tak tahu kos sebenar.  Saya cuma share garis panduan sahaja.

Pengalaman Saya

Saya pernah beri bantuan untuk kes sebegini cuma lebih dari dua tiang, saya hanya terlibat sekali sahaja. Seingat saya di Kuala Rompin. Untuk kabin sementara di tapak projek pelupusan sampah. Pihak kontraktor bersetuju untuk menanam tiang sendiri mengikut garis panduan yang diberikan oleh Staff TM yang melawat di tapak.

Setelah selesai tiang di tanam, saya di arahkan untuk proses order tersebut. Ada beberapa sebab yang mendesak mereka mendapatkan servis Streamyx ketika itu dan salah satunya adalah mereka memang menggunakan talian telefon, faks dan internet secara sepenuhnya untuk kerja-kerja mereka di tapak.

Dalam kes tersebut, antara yang mereka ambil kira adalah kontrak satu-satu pakej. Jadi disebabkan mereka adalah pelanggan untuk kategori perniagaan, kontrak yang mereka perlu terima adalah dua tahun. Kebetulan pula mereka memang berada di situ untuk dua tahun. Jadi pemasangan diteruskan.

Bagaimana Nak Dapatkan Khidmat Saya?

Saya mohon maaf kerana saya hanya beri khidmat untuk kes-kes begini di kawasan Kuantan sahaja. Untuk lawat tapak/ kediaman adalah satu kerja yang perlu di sini . Kadang-kadang saya sendiri boleh bagi jawapan sama ada boleh diberi servis Streamyx atau tidak. Ada juga yang pihak TM sendiri perlu turun.

Apa Yang Saya Buat?

Saya sendiri biasanya akan pergi ke tapak untuk ambil beberapa maklumat DP dan juga melihat kawasan. Ia akan ambil masa beberapa hari. Jika semuanya selesai, order pemasangan akan diproses dan dikeluarkan.

Penafian

Untuk kerja-kerja cabling yang melibatkan custom installation atau memerlukan kontraktor luar untuk berhubung, mana-mana pemasangan yang melibatkan pelanggan saya sendiri (Hafizal), akan saya bantu untuk urusan melibatkan kontraktor dan dengan pihak pengurusan TM HQ Pahang. Untuk permohonan yang tidak melalui saya,  mohon berurusan terus dengan ejen/TM sendiri kerana saya tiada data dan kekangan akses untuk order anda tersebut.

Saya ingin menegaskan yang saya bukanlah kontraktor yang terlibat dengan kerja-kerja pemasangan apatah lagi terlibat dengan kerja-kerja teknikal TM. Segala pengetahuan yang saya kongsikan adalah dari pengalaman kontraktor, pengalaman saya berurusan, dan juga ilmu yang disampaikan oleh pihak TM kepada saya. Mohon jangan salah faham. Jika ada kesalahanan, saya mohon maaf.

Terdapat beberapa pihak salah faham dan menggesa saya bekerjasama dalam hal-hal teknikal dan pemasangan yang luar bidang saya. Saya hanyalah wakil jualan yang menjalankan kerja-kerja jualan produk TM.

Loading

15 thoughts on “Garis Panduan Pemasangan Dan Penambahan Tiang Ke Premis Pelanggan

  1. Joe Fizzoe

    Terima kasih penjelasan encik tentang penambahan tiang ini. Harap lebih banyak lagi informasi tentang teknikal Unifi ini dijelaskan di blog encik. Teruskan menulis dan berkongsi. Terima kasih.

    Reply
  2. zuliana

    Assalammualaikum,terima kasih atas perkongsian informasi ini. Saya ingin bertanya,ada tak garis panduan berapa ketinggian wire antara tiang tu? Saya bermasalah dimana salah satu tiang condong dan wayar itu rendah memasuki kawasan halaman rumah saya. Dah beberapa kali buat aduan ke TM tapi tiada tindakan. Ada cadangan apa yg boleh saya buat?

    Reply
    1. hafizal broadband Post author

      Waalaikummusalam, maaf tentang garis panduan ketinggal tu saya tak tahu. Tapi kebiasaannya tidak lah terlalu rendah sampai mengganggu lalu lintas kenderaan. Hal tiang condong itu adalah masalah. Memang orang awam perlu buat aduan. Saluran aduan hanya talian 100 sahaja. Boleh juga chat di https://livechat.tm.com.my/unifilivechat/livechat.aspx.

      Maaf sekali lagi, hanya itu sahaja respon yang saya boleh bagi.

      Reply
      1. hafizal broadband Post author

        Waalaikumussalam. Setakat yg saya pernah uruskan permohonan unifi di Pahang, tak pernah lagi dicaj pemasangan tiang. Maaf ya

        Reply
  3. Muhd adib

    Kebiasaan nya berapa lama tempoh proses permohonan sehingga pemasangan tiang siap? Agak Lama ke? Sbb staff tm kata kena tanam satu tiang di hadapan rumah baru boleh pasang unifi

    Reply
    1. hafizal broadband Post author

      Kalau sebatang dua tiang tu dalam 2 minggu sepatutnya selesai semua dah

      Reply
  4. MUHAMMAD

    Salam tuan, DP fiber yg terhampir dari rumah saya adalah 800m jarak. Masih ada peluang tak untuk saya dapat unifi fiber. Ataupun ada cara lain untuk dapatkan unifi fiber.

    Reply
    1. hafizal broadband Post author

      Jauh sangat. Tapi boleh mohon masukkan dalam demand list. InsyaAllah dapat.

      Reply
  5. Hendrew@reza titin

    Saya dah lama inginkn talian streamyx apa lgi unifi.. Baru2 ni pemasangan unifi saya diluluskan sesudah beberapa kali permohonan lalu di tolak.. Cukup gembira.. Tpi kegembiraan itu bertuksr pilu bila pihak TM letakkan syarat kpda pelanggan yg pelanggan kena byr wayar yg ditarik ke Box ke rumah.. Rumah sy anggaran 3 tiang TM utk sampai dri Box TM.. Blm masuk ke simpang rumah hingga je dalam rumah.. Sy kena tanggung kos wayar rm 2.50 hingga rm 6. 00 semeter.. Brpa ratus sy perlu hbskn utk wayar shja sedang wayar tu masih di atas tiang TM.. Sy berkontrak 2 tahun utk langgan dri TM… Mcm tak logik syarat begini.. Selepas tamat kontrak dgn TM so sy tak nak lgi langgan, wayar tu sy kena panjat sendiri kat tiang TM utk angkat blik.. Sedih syarat yg tak masuk di akal oleh pihak TM..

    Reply
    1. hafizal broadband Post author

      Negeri mana ni? Setahu saya kos tiang dan juga kabel dari box sampai ke rumah tak kene caj pun yg penting mmg pelanggan nak langgan unifi. Kalau di Pahang, sepanjang permohonan yg saya uruskan tak ada lagi kene caj dari box ke rumah. Siapa yg cakap kene caj? Kontraktor?

      Reply
  6. Yusri

    Salam boleh share tak kaedah survey yg terbaik untuk ukur jarak pole ke pole. contoh sy perlukan jarak pole ke pole, gambar kedudukan pole. dlm jumlah yg banyak contoh 50-100 pole. untuk buat report proposal

    Reply
  7. Akhma

    Assalam Tuan,

    Boleh saya tahu kalau jarak dp box ke rumah saya adalah 221 meter, adakah saya perlu keluarkan kos utk jarak tersebut? Atau bayaran hanya dikenakan utk wayar dari luar rumah ke dalam rumah? Sebab saya pernah bertanya dgn installer TM sebelum2 ni, mereka beritahu utk 150 meter tiada caj bayaran.. Tetapi lebih dari tu perlu dikenakan bayaran. Mohon penerangan tuan utk isu ni.

    Reply

Leave a Reply to Muhd adib Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.