Masalah MYTV Di Kawasan Kuantan

Dah beberapa minggu rumah aku tak dapat tontot siaran digital Mytv. Sekarang pakai siaran analog biasa dan menonton Youtube, Netflix dan Iflix.

Tahun ni saya dah pun tamatkan langganan Astro sejak beberapa bulan yang lalu. Satu sebab komitment, dan satu lagi kurang memberi manfaat bagi saya. Pada mulanya nak ambil Njoi tapi dengan harga permulaan yang tinggi, saya rasa better saya pakai IPTV sahaja.

Setelah menggunakan siaran analog beberapa hari, punca kepada kegagalan siaran digital telah diketahui. Rupanya MyTV ada masalah dengan pihak TM. Jom baca beritanya.

MYTV MOHON BANTUAN SKMM DALAM PERTIKAIAN DENGAN TM

KUALA LUMPUR,  2 Nov : MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) memohon campur tangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyelesaikan pertikaiannya dengan Telekom Malaysia Bhd (TM).

MYTV dalam satu kenyataan berkata ia telah menjalinkan kerjasama dengan TM untuk mencari satu resolusi yang bersabit dengan kesinambungannya sebagai perkhidmatan televisyen terestrial digital (DTT).

Pada 2014, MYTV telah dilantik oleh kerajaan bagi membangunkan serta menguruskan kemudahan-kemudahan infrastruktur dan rangkaian bagi perkhidmatan DTT. Tujuannya adalah untuk memindahkan transmisi TV negara daripada analog kepada digita sepenuhnyal.

Syarikat itu telah bersetuju untuk memenuhi tanggungjawab berkenaan, menjelang penutupan sistem analog (ASO) yang dijadualkan pada suku pertama 2019 walaupun terdapat perubahan dalam terma-terma konsesi yang sekarang ini sedang dirangka oleh kerajaan.

Inisiatif pendigitalan penyiaran negara dinaungi oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan dikawalselia oleh SKMM.

Ketua Pegawai Eksekutif MYTV Michael Chan berkata pemegang lesen pembekal perkhidmatan aplikasi kandungan tidak pernah dikenakan bayaran perkhidmatan DTT sepanjang tempoh siar serentak dan ini akan dikekalkan sehingga tarikh rasmi ASO akan diumumkan kerajaan.

Sementara itu, semua pihak penyiar terus membayar TM bagi perkhidmatan transmisi analog.

“Kami juga meminta TM untuk menarik balik penggantungan perkhidmatan dengan segera, supaya orang ramai boleh terus menikmati perkhidmatan tersebut sehingga kerajaan mengumumkan tarikh ASO,” katanya.

Chan mengesahkan komitmen MYTV untuk mencapai sasaran kerajaan supaya kesemua transmisi televisyen bepindah ke digital daripada analog di bawah Projek Pendigitalan Penyiaran Nasional.

MYTV telah melabur lebih daripada RM400 juta bagi menjayakan projek ini.

Sekarang ini, terdapat 34 tapak penyiaran DTT yang meliputi 92.7 peratus penduduk di seluruh negara.

“Sejajar dengan peralihan digital di rantau ASEAN, kami sedang mempercepatkan penghijrahan analog ke digital dengan perlaksanaan perkhidmatan Terus ke Rumah (DTH) bagi meningkatkan liputan kami di seluruh negara sebelum tempoh peralihan digital nanti,” kata Chan.

So kepada semua, harap bersabar dengan masalah ini. Harap pihak MyTV dan kerajaan dapat selesaikan masalah ini sebaik mungkin.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.