Bagaimana Nak Dapatkan Unifi TV Box?

Unifi TV adalah satu servis IPTV yang diperkenalkan oleh TM yang pada awalnya melalui produk mereka iaitu Unifi.

Semasa saya menulis ini, TM menyediakan beberapa pek Unifi TV untuk tontonan.

Semua di atas hanya pakej yang ditawarkan. Namun TM menyediakan akses kepada pek berkenaan melalui dua servis iaitu

1# Unifi Play TV

Servis unifPlayTV ni adalah satu platform yang TM sediakan untuk pelanggan yang terlibat akses kepada mana-mana pek saluran TV yang saya senaraikan di atas. Sebagai contoh, jika anda langgan pek Aneka Plus, anda boleh tonton semua saluran di dalam pek Aneka Plus melalui :

  • Smartphone (Melalui Apps)
  • Komputer (Web)

Semua pelanggan yang melanggan pakej Unifi akan menerima ID untuk akses ke Unifi playTV. Begitu juga dengan pakej Streamyx. Antara pakej-pakej yang terlibat adalah seperti dalam senarai di bawah:

  • Unifi Lite 10Mbps.
  • Streamyx 8Mbps
  • Semua pakej Unifi

#2 Unifi TV With Set Top Box

Melalui medium ini, pelanggan boleh menonton semua saluran TV melalui pek yang dilanggan secara terus ke TV. Set TV Box yang didatangkan khas dilengkapi dengan remote.

Jadi Bagimana Cara Untuk Dapatkan Unifi bersama  TV Box?

Ambil pakej Unifi Lite 100Mbps RM129 bersama dengan pek Ultimate Unifi TV!

Ya! Daftar pakej Unifi 100Mbps bersama Unifi TV Ultimate Pack. Semua saluran Unifi TV bersama saluran asas anda boleh tonton.

Bayaran bulanan hanyalah RM159 sahaja setiap bulan tak termasuk dengan cukai SST.

 

 

 

Bagi Yang Tinggal Di Kawasan Streamyx (Broadband-Copper)

Bagi yang tinggal di kawasan yang ada Streamyx, boleh langgan Streamyx 8Mbps dengan harga RM140 tapi hanya saluran asas sahaja yang dapat. Anda perlu langgan mana-mana pek Unifi TV baru dapat tambahan saluran premium.

Pengiraan kos adalah seperti berikut :

Streamyx 8Mbps Promo RM140 + Unifi TV Aneka Plus Pack RM30

Jumlah keseluruhan tak termasuk cukai adalah RM170!

Bagaimana pula jika ambil Ultimate untuk dapatkan saluran penuh?

Streamyx 8Mbps Promo RM140 + Unifi TV Ultimate Pack RM60

Jumlah keseluruhan tak termasuk cukai adalah RM200!. Agak tinggi tetapi berbaloi.

Jadi untuk mereka yang bosan dengan saluran TV satelit boleh fikir-fikirkan dan buat kiraan untuk gantikan saluran TV berbayar anda. Tiada paksaan. Minat masing-masing.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.