UniFI TV Updates

Siapa yang ada UniFI atau Streamyx biasanya  HyppTV atau nama baru yang telah di jenamakan semula iaitu UNIFI TV.  Pada 19 April 2018 baru-baru ni saya telah menghadiri taklimat tentang kemaskini terbaru saluran dan promosi UniFI TV yang telah di adakan di Wisma TM Mahkota Kuantan. Semua reseller, ejen, dealer terlibat.

Setakat tarikh tersebut , UniFI TV telah mempunyai 115 saluran yang ditawarkan kepada pengguna. Ini termasuk 25 saluran percuma, dan 53 saluran premium. Manakala saluran yang mempunyai kandungan HD pula berjumlah 57 channel.

UniFI TV juga menawarkan dua saluran radio dan 7 channel untuk Video On Demand (VOD). Selain itu, 21 channel interaktif juga disediakan.

Kebanyakan saluran di UniFI TV ni sentiasa di tambah dan ada juga yang telah di buang dari senarai. Yang pasti, setakat ni, saluran yang ada dalam UniFI TV ni semuanya bertambah lebih banyak sejak dari awal kemunculan UniFI di Malaysia ni.

Syok layan IPTV dari TV satelite. Tapi kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangannya. Biasalah, mana ada yang perfect. Sekarang saya lihat ramai yang telah beralih dari TV satelit ke IPTV tak kisahlah dari TM atau dari mana. Aspek penjimatan biasanya menjadi faktor orang pakai IPTV. Sebab dah bayar pakej internet di rumah, dan mereka nak jimatkan bil.

Selain faktor penjimatan, satu lagi sebab mereka sudah jemu dengan siaran TV satelit. Itu adalah antara sebab yang saya dengar dari mulut pelanggan yang beralih kepada siaran IPTV. Di luar sana, ramai yang menjual IPTV sama ada bersama dengan peralatan lengkap atau langganan IPTV. Terpulang kepada masing-masing punya pilihan. Ada yang legal dan ada yang tidak.

Sejujurnya saya lebih suka servis yang legal kerana ada ruang untuk saya buat aduan jika berlaku apa-apa masalah dan lagi satu biasanya subtitile Bahasa Melayu yang legal ni lebih baik dan sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Kalau keluar subtitile yang tidak berkenaan dan tak faham, itu rumit bagi saya. Hahaha

 

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.