Unifi AIR Pengganti Streamyx?

Kemaskini 4/4/2024 Pakej ini telah berubah tiada lagi Unifi Air dengan router Huawei B618. Boleh rujuk info terbaru di sini : https://unifi.com.my/broadband/wireless

Beberapa hari lepas kecoh dalam group satu model router yang menjadi rebutan ramai tentang isu satu pelan cadangan TM yang dinamakan Unifi AIR. Ia dikatakan untuk menggantikan pelan Streamyx.

Ini adalah pendapat peribadi saya. Disebabkan ramai yang melanggan Unifi Wireless semata-mata untuk dapatkan router Huawei B618-65D, TM telah menggantikan pelan tanpa kontrak Unifi Wireless dengan Unifi AIR. Banyak TM Point dan reseller tidak re-stock router ini dan seperti benar akan kemunculan Unifi AIR ini dalam masa terdekat.

Apa yang menarik adalah sebelum ini Unifi Wireless mengenakan kuota 60Gb tetapi kali ini dengan pelan cadangan ini, bayaran bulanan hanya RM79 dan tiada kuota. Jadi unlimited!. Tambahan pula TM memberikan satu bulan percubaan terlebih dahulu. Kelebihannya pelan ini pelanggan tak perlu membayar harga router RM565.

Pelan yang dicadangkan untuk pelanggan Streamyx ini didatangkan dengan 24 Bulan kontrak bersama router Huawei B618-65D dan slot simkad hanya khas untuk simkad Unifi sahaja. Tidak seperti sebelum ini, pelanggan Unifi Wireless bebas untuk memasukkan simkad dari syarikat telekomunikasi lain dan menamatkan langganan Unifi Wireless.

Melihat terma dan syarat seperti di dalam gambar di atas, TM mengekalkan penalti berdasarkan baki kontrak. Bermaksud, jika anda ingin menamatkan langganan yang berbaki 1 tahun 6 bulan, anda perlu membayar :

RM129 (Harga Asal) X 18 bulan = RM2322.

Bagi yang ternanti-nanti, pada saya, ia masih menggunakan liputan Unifi Wireless. Bukanlah ia menggunakan liputan Unifi Mobile Bebas. Jika ia menggunakan liputan Unifi Mobile Bebas, maknanya liputan Unifi AIR Lebih luas dibandingkan dengan Unifi Wireless.

So boleh semak dahulu liputan Unifi Wireless di sini : https://unifi.com.my/personal/home/wireless-broadband

Saya mengharapkan TM meluaskan liputan Unifi AIR untuk benar-benar menggantikan Streamyx di kawasan yang bermasalah seperti kecurian kabel, dan kegagalan memberikan akses internet serta kawasan yang internet di bawah 4Mbps.

Jadi, tunggu tawaran dari TM. Saya hanya berkongsi berita sahaja. Apa-apa akan saya update kemudian. Buat masa ini, saya tidak mempunyai apa-apa akses untuk mendaftarkan pakej ini serta tiada maklumat lanjut. Jadi harap BERSABAR.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.