Mungkin ramai antara kita adalah pengguna Streamyx. Ada yang lebih beruntung telah pun dapat perkhidmatan Unifi iaitu Fiber Optik. Lebih laju, lebih stabil dan lebih berbaloi dari aspek harga.
Semenjak saya menjadi ejen pada tahun 2010, harga pakej Streamyx memang tak berubah kecuali ada pakej diskaun – Streamyx Streamyzer .
Hari ini TM mengumumkan harga baru Streamyx serta beberapa penyelesaian kepada kawasan yang masih belum mendapat liputan internet dan juga yang paling utama adalah penyelesaian kepada pengguna Streamyx di kawasan yang ada kekangan infrastruktur tembaga (Copper).

Menurut Telekom Malaysia (TM) dalam satu pengumuman hari ini, harga Streamyx akan diturunkan.
“Kami juga gembira untuk mengumumkan pakej jalur lebar baru buat pelanggan kediaman pada harga RM89/bulan yang memberikan kepantasan sehingga 8Mbps, manakala pelanggan kediaman Streamyx yang sedia ada juga boleh menikmati pakej yang sama hanya pada harga RM69/bulan,” kata TM dalam suatu kenyataan hari ini.

Tetapi, masih ramai yang merungut kerana perkhidmatan Streamyx sudah ketinggalan dan untuk menaiktaraf kepada Unifi pula, mereka tidak dapat berbuat demikian kerana kekangan liputan Unifi.
Namun begitu, selain penurunan harga, penyelesaian lain kepada kekangan liputan fiber optik (Unifi) ini juga di umumkan.
“Kami akan mengatasi kekangan yang dihadapi oleh rangkaian tembaga menerusi pelbagai teknologi seperti fiber, wayarles dan GigaWire. Penambahbaikan ini akan dilaksanakan secara berfasa mulai hari ini hingga 2021.
“Kami berharap agar dapat meningkatkan pengalaman internet untuk sekurang-kurangnya 70 peratus pelanggan menjelang akhir 2020,” kata TM lagi.
Pelan tersebut telah dikemukankan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di mana pihak SKMM telah menegur TM untuk menangani aduan pelanggan Streamyx.
Setakat ini menurut TM, pelanggan unifi yang telah di naiktaraf kepada kelajuan yang lebih tinggi berjumlah 973,000 dan masih berbaki 934,000 pengguna Streamyx yang memerlukan penyelesaian melalui pelan tersebut.
Pengerusi TM Group i Rosli Man berkata syarikat itu komited untuk menangani isu di kalangan pengguna rangkaian tembaga (Copper). – Streamyx
“Kami komited untuk menyelesaikan isu Streamyx dan yakin pelan itu merupakan cara untuk mengatasi bukan sahaja batasan terhadap rangkaian jalur lebar tembaga tetapi juga meletakkan asas bagi pengalaman internet yang lebih baik untuk semua pelanggan sedia ada dan pada masa depan di seluruh negara.
“Kami mengalu-alukan pendekatan kerjasama, bekerja dekat dengan kerajaan, kementerian dan SKMM untuk menyampaikan pengalaman jalur lebar berkelajuan tinggi ke arah mencapai aspirasi Malaysia negara digital,” katanya dalam satu kenyataan.
Tahun lepas 2018, TM telah mengeluarkan pakej yang murah juga. RM100 untuk 8Mbps dan RM90 untuk 4Mbps ke bawah . Harga yang dinyatakan itu sangat berbaloi pada waktu itu kerana pakej 8Mbps didatangkan dengan kemudahan IPTV (Unifi TV).
Tak sampai satu minggu, pakej tersebut ditarik balik. Ramai pengguna sedia ada telah membuat aduan dan permintaan untuk menukar pakej. Namun pakej tersebut hanya untuk pengguna baru sahaja.

Kali ini TM melibatkan pengguna sedia ada. Ini adalah tindakan yang baik pada pendapat peribadi saya. Kerana pengguna sedia ada telah membayar harga yang agak tinggi.
Tindakan penurunan harga ini adalah salah satu perkara yang dinanti-nantikan oleh semua pengguna Streamyx. Selain itu, penyelesaian kepada masalah infrastruktur sedia ada juga adalah tindakan yang baik setelah bertahun-tahun.
Apa sekalipun, pengguna Streamyx sedia ada dan baru perlu menunggu pelancaran dan pelaksanaannya nanti. Buat masa ini belum ada info jualan.
Kepada yang menanti seperti saya, bersyukurlah dengan penurunan harga ini. Bagi saya ia adalah harga mampu milik untuk semua rakyat Malaysia. Sama-samalah kita tunggu perasmiannya dan pelaksanaannya.
Jika anda ada pandangan, pertanyaan yang bermain di fikiran , bolehlah tinggalkan komen. Saya cuba jawab mana yang boleh.