Hafizal Broadband Dot Com

Harga Unifi 100Mbps Turbo Naik Selepas 24 Bulan Kontrak | Bermula 9 November 2018

Kalau sebelum ni kita boleh memohon pakej Unifi 100Mbps dengan harga RM129 dan RM159 dengan TV box beserta full channel Unifi TV, kali ini TM telah mengeluarkan pakej tersebut dari senarai jualan.

Bermula hari ini, pakej baru yang diperkenalkan adalah hampir sama dengan Unifi 100Mbps sebelum ini tetapi ada sedikit perubahan dibuat.

  • 100Mbps @ RM129 Dengan Ruby/Varnam/Aneka Pack; TANPA STB (Set-Up-Box). (Harga Asal RM159)
  • 100Mbps @ RM159 Dengan Unifi TV Ultimate Pack; DENGAN STB (Set-Up-Box). (Harga Asal RM189)

Kalau kita lihat, memang sama je dengan promosi sebelum ni tapi perubahan yang dimaksudkan adalah harga selepas kontrak. Harga selepas kontrak berubah kepada harga asal semula seperti di bawah :

  • 100Mbps @ 159 Dengan Ruby/Varnam/Aneka Pack; TANPA STB (Set-Up-Box).
  • 100Mbps @ RM189 Dengan Unifi TV Ultimate Pack; DENGAN STB (Set-Up-Box).

Harga tersebut tertakluk pada bulan ke-25 langganan. Selain itu semuanya masih sama. antara kandungan-kandungan seperti di bawah dikekalkan.

  • Tanpa had Kuota (Unlimited)
  • Langganan 24 bulan.

Tentang kontrak pula, pelanggan perlu membayar semua baki bulanan kontrak yang tinggal. Sebagai contoh, baki kontrak masih tinggal 6 bulan untuk cukupkan dua tahun tapi berkeras nak terminate. So anda perlu bayar caj untuk enam bulan bil tersebut pada harga asal dan bukan pada harga promosi. Hati-Hati!

Kadar Panggilan :
Panggilan percuma 600 minit setiap bulan dan seleps 600 minit dihabiskan, caj kadar rata 10 sen/minit untuk semua panggilan talian tetap dan talian mudah alih seluruh Malaysia.

TV content :
RM129 – PERCUMA  Unifi Play TV (Lebih dikenali sebagai HyppTV) dengan Varnam Plus, Aneka Plus & Ruby Plus pack. Tiada STB dibekalkan.

RM159 – PERCUMA Unifi Play TV & Unifi TV dengan Ultimate Pack. STB dibekalkan semasa pemasangan.

Loading

3 thoughts on “Harga Unifi 100Mbps Turbo Naik Selepas 24 Bulan Kontrak | Bermula 9 November 2018”

  1. Salam sy nk tnya jika sy ambk plan unifi 100mbps tp x mau unifi tv adakah perlua bayar rm 129 tersebut atau mmg kena ambl jgk. Walaupon x guna unifi tv.

    Reply

Leave a Reply to hafizal basri Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Hafizal Broadband Dot Com