Pek Jasa Unifi Mobile Kakitangan Kerajaan

Alhamdulillah, dengan izin tuhan saya telah berjaya mengharungi demam denggi. Sakitnya bermula pada malam 3hb lalu dan berlanjutan sehinggalah hari terakhir pada 9 Julai 2019. Pada hari tersebut juga saya diwadkan untuk pemantauan lanjut di Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Kepada yang bertanya tentang pakej Unifi Mobile Pek Jasa, maaf saya lambat update dan reply. Saya up iklan di page tapi tak sempat follow up mereka yang bertanya.

Baiklah, Pek jasa ni adalah pelan untuk talian mudah alih tanpa had bagi penggunaan data, panggilan dan SMS. Pakailah banyak mana pun. Bayaran bulanan hanya RM59/bulan (Tak termasuk 6% cukai perkhidmatan-SUDAH TENTU).

Pakej ni dilancarkan pada tahun 2019 kepada guru-guru dan kakitangan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bergred DG, ahli-ahli Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang berdaftar, Angkatan Tentera Malaysia, Veteran Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Saya ada menulis tentang pakej ini sebelum ni. Boleh lihat di sini : https://www.hafizalbroadband.com/blog/pek-jasa-pakej-untuk-guru-tentera-polis/

Tetapi info tersebut sudah tak boleh dirujuk lagi sebab ia adalah info dan produk lama. Jadi dengan lahirnya Pek Jasa Unifi 2019 ni, info tersebut tidak lagi boleh diguna pakai.

Pakej ini kemudiannya turut dibuka kepada semua penjawat awam berstatus TETAP dan KONTRAK yang bertugas dengan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, termasuklah anggota-anggota Veteran Angkatan Tentera Malaysia, dengan syarat, mereka menggunakan model telefon Band 5 seperti yang tertulis di dalam Terma dan Syarat.

Untuk buat semakan model telefon, boleh rujuk di sini : https://unifi.com.my/mobile/postpaid/phone-compatibility.html

Loading

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.