Case Study: Tiada Liputan Unifi – Alor Akar Kuantan

Nak apply Unifi tapi bila semak tak ada coverage . Padahal satu blok.

Beliau telah berhubung dengan saya berkenaan untuk mendaftar Unifi. Pada awal bulan lalu iaitu Disember 2019, beliau mohon saya untuk buat semakan coverage dan didapati alamat yang beliau berikan tiada di dalam sistem Unifi. Agak mengecewakan.

Saya semak pula dengan lebih teliti. Rupanya hanya kediamannya sahaja yang tiada data liputan Unifi. Sedangkan unit lain di blok aparment tersebut ada liputan. Jadi saya berbincang dengan beliau untuk menghantarkan kes ini kepada survey team.

Bila kes macam ni, ada beberapa perkara yang perlu ejen buat :

  • Buat site survey bagi mendapatkan maklumat secara fizikal.
  • Ambil maklumat pelanggan
  • Hantar kepada pihak TM untuk pengesahan sama ada boleh diberikan service Unifi atau tidak.
  • Setelah mendapat feedback dari pihak TM, ejen proses permohonan seperti biasa.

Beberapa hari kemudian beliau berhubung dengan saya dan terus membuat permohonan unifi. Ini adalah flow biasa yang ejen perlu buat dan keputusannya sama ada boleh berikan servis unifi atau tidak. Itu sahaja. Setidaknya mencuba. Tiada bayaran yang saya kenakan.

Saya akan update perkembangan kes ini dari semasa ke semasa. Bagi yang berminat untuk mendapatkan khidmat saya boleh terus berhubung dengan saya di talian 019-9377 794. Mana kes yang saya boleh bantu, saya bantu.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.