Bagi yang melanggan pakej unifi atau Streamyx yang ada akses unifi PlayTV, anda pasti akan lihat caj unifi PlayTV di dalam bil. Caj yang tertera dalam bil tersebut adalah RM30 kebiasaannya. Jarang yang melanggan pakej Ultimate untuk unifi PlayTV.
O.k, dalam bil unifi atau Streamyx anda akan lihat butiran seperti di bawah:

Paparan di atas adalah pakej unifi 100Mbps Turbo Deal 2019 yang saya telah daftarkan pada awal bulan Febuari 2019 baru-baru ini. Pakej yang dilanggan adalah RM129 setiap bulan.
Ini adalah bil pertama dan kebiasaannya bil pertama memang akan mahal sedikit disebabkan sewaktu pendaftaran dan pemasangan, tiada pembayaran pendahuluan dikutip. Ini untuk memudahkan pelanggan mendapatkan unifi. Segalanya perlu di bayar melalui bil sahaja.
Cuba anda lihat caj bulanan untuk Residential High Speed Internet yang dipaparkan.
CAJ BULANAN
Untuk tarikh 9/2/2019 – 15/2/2019 –
Ini adalah caj prorata (pro-rate) yang dicaj mengikut harian. Kiraan adalah seperti berikut.
RM129 / 31 Hari = RM4.16/hari
Tempoh 9/2/2019 – 15/2/2019 = 7 Hari
Jadi untuk mendapatkan kiraan harian, RM4.16 X 7 hari maka dapatlah nilai RM29.13.
KIRAAN DISKAUN
Mengapa ada diskaun? . Sebenarnya harga pakej unifi sememangnya RM129. Tapi disebabkan dalam pakej ini, TM memberikan diskaun sebanyak RM30, maka terpaparlah amaun diskaun pada bil. Cuba kita lihat kiraan diskaun pula.
Untuk tarikh 9/2/2019 – 15/2/2019 – Diskaun dikira untuk tempoh 7 hari juga.
Jadi RM30 / 31 hari = RM0.97 sen.
RM0.97 X 7 hari = RM6.77 Sen Diskaun untuk 7 hari
Caj Unifi PlayTV Lite
Apabila lihat caj ni dalam bil, ramai yang nak batalkan langganan pakej unifi PlayTV ni. Antara sebab-sebab yang mereka kemukakan adalah :
- Tak langgan pun unifi PlayTV.
- Tak tengok unifi PlayTV.
- Tiada box TV untuk tengok di TV.
- Tak nak pakej unifi PlayTV.
- Nak jimat. Jika potong hanya perlu bayar RM99 sahaja.
Sabar, memang caj tersebut di asingkan di dalam bil. Dah masa langgan pun dinyatakan harga pakej RM129. So memang betul-betullah RM129 (RM99+RM30). Memang takkan boleh nak buang pakej ini kerana ia didatangkan bersama dengan unifi internet.
Mengapa ia di asingkan adalah kerana harga untuk pakej unifi PlayTV adalah berbeza. Untuk pakej Varnam Plus Pack, Ruby Plus Pack, Aneka Plus Pack, memang harganya RM30 dan ada masih lagi membayar harga langganan bulanan RM129 (RM99+RM30).
Tetapi berbeza bagi mereka yang nak langgan pakej unifi PlayTV saluran penuh (full channel) iaitu unifi PlayTV Ultimate Pack. Pakej ini berharga RM60/bulan. Jadi jika langgan pakej ni, dah tentunya akan terpapar di ruang caj tersebut berharga RM60. Jadi kiraan adalah seperti berikut :
Caj Internet
RM129 – RM30 (Diskaun) = RM99
Caj Unifi PlayTV
RM60
Jumlah Penuh = RM99 + RM60 = RM159.
So jelas tak apa yang saya terangkan? Kalau jelas, syukur kepada tuhan (Alhamdulillah). Tapi kalau tak jelas, boleh ke saluran aduan dan pertanyaan di bawah. InsyaAllah, mereka boleh bantu. :
Facebook : www.facebook.com/weareunifi
Twitter : twitter.com/helpmeunifi
Live Chat 24 Jam: unifi.com.my/chat/index.html
Email : help@tm.com.my
Talian Khidmat 24 Jam : 100
Boleh ke kalau kita nak batalkan caj Unifi TV tu? Bukan apa, memang langsung x guna pun.. lg pun, setup box pun x dibekalkan pun…
Kalau pakej 10Mbps unifi lite yang lama tu mmg tak boleh remove. Tapi cuba call 100 untuk cuba minta mereka remove.