Adakah Fox Movie Tersenarai Dalam Unifi PlayTV?

Bagi mereka yang melanggan unifi, anda akan menerima id untuk akses ke unifi PlayTV dan diberikan 30 hari tontonan percuma semua saluran. Selepas tempoh tersebut, hanya tinggal saluran yang terdapat dalam pakej yang anda pilih semasa pendaftaran iaitu Aneka Plus Pack, Varnam Plus Pack atau Ruby Plus Pack.

Pemilihan pakej ini boleh dibuat semasa pendaftaran unifi. Ramai yang bertanya adakah saluran Fox Movie disenaraikan di dalam unifi PlayTV atau tidak? Bagi mereka yang sempat melanggan unifi bersama TV Box, anda akan dapat tonton saluran Fox Movie ini. Tetapi bagi bila anda buka aplikasi Unifi PlayTV, anda tak akan jumpa saluran tersebut.

Sebenarnya ia telah dinyatakan awal-awal di dalam website TM dan juga anda boleh bertanya terus kepada ejen jualan / staff yang menguruskan permohonan anda. Anda boleh rujuk link di website mereka : unifiTV

Jadi hanya mereka yang melanggan pakej unifi beserta TV Box sahaja boleh tonton 3 siaran tersebut.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.