Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Kali ni saya nak kongsikan satu pengalaman makan yang memang puas hati dan padu – makan dekat Ramly Restaurant yang terletak di Bentong, Pahang. Baru-baru ni saya dan family ada berkunjung ke sana. Time cuti raya haji baru ni.. kan cuti sekolah seminggu. Boring-boring kitaorang jalan-jalan ke bukit tinggi dan singga di restoran ni.Kalau anda peminat tegar burger Ramly yang original, tempat ni memang WAJIB masuk dalam list jalan-jalan cari makan korang!
Ramly Restaurant vs Burger Ramly Biasa

Kita semua kenal Burger Ramly – yang selalu kita beli dekat gerai tepi jalan waktu malam, kan? Tapi pernah tak anda rasa “versi restoran rasmi” yang dibuka oleh syarikat Ramly itu sendiri? Inilah yang bestnya tentang Ramly Restaurant Bentong – bukan sekadar burger biasa, tapi pengalaman makan versi premium dan authentic dari jenama burger paling ikonik di Malaysia!
Lokasi Ramly Restaurant Bentong

Ramly Restaurant terletak di Bandar Bentong, Pahang. Senang nak cari, guna je Waze atau Google Maps dan search “Ramly Bentong”. Parking pun agak mudah, especially kalau datang waktu tengah hari ke atas.
📍 Alamat:P11-1, Jalan MG 1, Pusat Perniagaan Mutiara Gemilang, 28700 Bentong, Pahang
🕒 Waktu operasi: 10.30 pagi – 6.30 petang (setiap hari)
Suasana & Servis: Santai, Bersih dan Instagrammable!

Bila masuk je restoran ni, vibe dia memang lain dari kedai burger biasa. Ruang makan luas, berhawa dingin, dan hiasan dalaman moden. Ada juga ruang luar untuk yang suka open air. Ada pilihan makanan frozen yang dah memang syarikat ni jual makanan frozen macam-macam ada.
Staf pun ramah dan sangat cepat ambil order. Yang penting – bersih dan mesra keluarga.
Menu Pilihan di Ramly Restaurant Bentong



Jangan sangka sini cuma ada burger je. Antara yang popular:
- 🍔 Burger Daging Special Ramly
- 🍗 Chicken Chop Ramly Style
- 🌭 Hot Dog Jumbo
- 🍝 Spaghetti Bolognese with Ramly Beef
- 🍟 Set Combo dengan fries & air
- 🧋 Air Signature Ramly – teh ais madu lemon!
Burger Ramly Original: Betul-betul Lain Dari Yang Lain






Saya order Burger Daging Ramly, beef oblong pepper, nugget, cheesy wedges dan fries. dan serius untuk bukan macam yang kat gerai. Daging dia tebal, juicy, dan rasa fresh gila. Untuk saya yang bukan peminat burger yang jenis meleleh ni, sangat sesuai la rasa dia.pendapat peribadi saya, point utama nak makan burger adalah nak rasa patty dia .. bukan nak rasa sos yang macam-macam diletakkan dalam tu .. so dia simple.. dan roti burger dia jenis premium bun yang kemas .
yang lain saya cerita tu rasanya tak perlu lah saya nak cerita sebab biasa saja . fries, wedges, dan air tu biasa.. restoran lain ada dan biasa makan di luar. Bagi saya killer produk untuk restoran ni adalah burger
Makanan Lain Yang Kena Cuba
Kalau datang dengan family, boleh cuba juga:
- Chicken Chop Ramly Style – portion besar, sos black pepper dia sedap!
- Hot Dog Ramly Jumbo – sesuai untuk anak-anak
- Nasi Lemak Ramly – ada ayam goreng berempah
Harga dan Portion: Berbaloi atau Tidak?
Harga agak sederhana ke premium – burger dalam RM10-RM18, set combo RM20++, makanan barat RM20-RM30. Tapi portion besar dan rasa dia memang berbaloi.
Contoh:
- Burger Daging Special: RM14.90
- Combo Chicken Chop: RM25.90 (siap dengan air dan fries)
- Nasi Lemak Ramly: RM12.90
Ramly Restaurant Halal ke?
YES! Semua produk Ramly adalah halal dan disahkan oleh JAKIM. Dapur pun terbuka, korang boleh tengok cara mereka masak. Memang sesuai untuk muslim dan bukan muslim.
Review Ikhlas: Apa Yang Saya Suka dan Kurang Suka
Yang Saya Suka:
✅ Burger dia memang lain macam
✅ Suasana restoran selesa
✅ Banyak pilihan menu selain burger
✅ Portion besar, puas makan
Yang Sedikit Kurang:
❌ Kadang kena tunggu lama waktu peak hour. Biasalah . Normal.
❌ Harga mungkin agak tinggi bagi sesetengah orang
Kenapa Ramly Restaurant Sesuai Untuk Sekeluarga?

- Ada pilihan makanan untuk kanak-kanak
- Meja besar untuk group/family
- Tempat selesa, bersih dan beraircond
- Semua orang boleh pilih makanan ikut selera
Worth It ke Tak?
Kalau anda peminat burger Ramly legend atau sekadar nak cari restoran best di Bentong, saya memang syorkan datang sini. Ramly Restaurant Bentong bukan sekadar tempat makan – tapi satu pengalaman yang unik, nostalgic, dan penuh rasa!
Saya dah rasa sendiri, anda bila lagi?
Pernah Makan di Ramly Bentong?
Kalau anda pernah cuba makan kat sini, jom share pengalaman korang kat ruangan komen! Atau ada restoran best lain kat Bentong yang anda nak saya cuba selain lemang tok’ki? Drop je cadangan 😊
Jangan lupa follow blog ni untuk lebih banyak review makanan best seluruh Malaysia!
Selamat menjamu selera,! 🍔🇲🇾
![]()
