
Hai semua! Kalau korang tengah fikir-fikir nak berhenti langgan Unifi , saya faham sangat. Kadang internet dah tak perlu, bajet nak jimat, atau nak cuba servis lain. Apa pun sebabnya, jangan risau sebab cara nak tamatkan Unifi ni senang sangat.
Step 1: Bagi Notis 30 Hari
Mula-mula, anda kena bagi tahu TM dulu dengan bagi notis 30 hari. Senang je, boleh buat secara online:
- Login portal Unifi Self Care di unifi.com.my
- Chat live kat website atau aplikasi myUnifi (maya.unifi.com.my)
- Email je kat help@tm.com.my
Kalau rajin, boleh juga walk-in je ke mana-mana TMpoint dekat rumah.

Step 2: Tunggu Bil Pra-Akhir & Pengesahan
Lepas bagi notis, pihak TM akan hantar bil pra-akhir kalau ada tunggakan. Dalam masa seminggu, ada orang dari TM akan call anda untuk sahkan. Bila dah setel semua bayaran, mereka akan proses tamatkan perkhidmatan pada hari ke-31 dari tarikh notis.
Step 3: Terima SMS Pengesahan
Bila dah siap, anda akan dapat SMS pengesahan. Bestnya, tak payah pulangkan modem atau router. Jimat masa dan tenaga!
Tips untuk Mudahkan Proses
- Pastikan semua bil settle supaya tak ada halangan.
- Simpan semua bukti komunikasi.
- Kalau ada masalah, jangan malu call hotline Unifi atau tanya ejen anda.
Jadi, senang sangat kan? Jangan risau, proses tamatkan Unifi ni dibuat mudah supaya kita tak pening kepala. Kalau ada soalan, boleh tanya saya terus ya! Nak Internet Pantas & Stabil? Jom Langgan Unifi Sekarang!
Kalau anda masih perlukan internet yang laju, stabil dan sesuai untuk keluarga, kerja dari rumah, atau belajar online, Unifi adalah pilihan terbaik. Saya Hafizal sedia membantu anda daftar dengan mudah dan dapatkan promosi terkini.
📱 Hubungi saya, Hafizal, di 019-9377794 untuk info lanjut dan pendaftaran
#TamatUnifi, #UnifiHome, #TipsInternet, #CaraBerhentiUnifi, #RiadahDigital