Hafizal Broadband Dot Com

Alamat Unifi Tak Ada Dalam Sistem? Ini Cara “Pro” Nak Selesaikan!

Pernah tak korang semangat nak pasang Unifi, tapi bila semek kat website atau pergi kaunter, staf cakap: “Maaf, alamat rumah encik tak ada dalam sistem”? Lagi haru, ada yang cakap “Port penuh” padahal tiang TM terpacak megah depan pagar rumah.

Kalau korang tinggal kat area Kuantan, terutamanya kawasan Taman Tas, area paya besar…tanjung lumpur, Indera Mahkota, atau mana-mana kawasan rumah tanah lot, korang mesti faham derita ni.

Sebenarnya, korang bukan tak ada coverage, cuma alamat korang tu “ghaib” atau status port tu perlukan sentuhan pakar. Kat sinilah peranan Ejen Unifi Sah diperlukan, bukan sekadar staf kaunter yang hanya tengok skrin.

Kenapa Kena Guna Ejen (Bukan Redah Kaunter)?

Kalau korang pergi kaunter, diorang cuma akan buat desktop survey. Kalau skrin kata “Tak Ada”, maka jawapannya memang “Tak Ada”. Tapi bagi ejen yang berpengalaman, kami akan buat Physical Site Survey.

Kami akan turun ke lokasi (ya, turun padang kanda!) untuk buat kerja-kerja teknikal yang sulit:

  • Jejak Port (FDP): Kami cari mana kotak fiber yang paling dekat dengan rumah korang.
  • Ukuran Jarak Tepat: Kami guna Measuring Wheel (bukan langkah kaki eh) untuk pastikan jarak kabel tu lepas atau tidak untuk pemasangan.
  • Create Demand: Data teknikal, koordinat GPS, dan gambar site ni kami akan kumpul untuk “paksa” sistem wujudkan alamat rumah korang.

Tanpa proses ni, sampai ke sudah korang takkan dapat pasang fiber kat rumah lot atau kabin korang tu.

Syarat “Main” Dengan Ejen

Kerja survey ni perit. Makan minyak, peluh jantan, dan masa. Jadi, kami hanya buat untuk pelanggan yang SERIUS nak pasang sahaja.

  1. Dokumen & Pakej Setel Awal: Korang kena pilih pakej siap-siap dan bagi dokumen pendaftaran. Kami tak nak buat kerja penat-penat cari port, tiba-tiba korang cakap “tak jadi”.
  2. Jangan Jadi “Scammer” Ilmu: Ada orang panggil ejen buat survey semata-mata nak tahu port mana kosong, lepas tu dia pergi daftar tempat lain. Tolong jangan buat macam ni. Kalau rasa nak maklumat teknikal sahaja tapi nak daftar sendiri, boleh… tapi bayar yuran konsultasi .. hahaha

Kalau betul nak pasang, biar ejen yang urus dari A sampai Z. Korang tahu-tahu internet dah laju je.

Nak Pasang Unifi Di Kuantan Dengan Cepat?

Tak payah pening kepala fikir pasal tiang atau port penuh. Biar Hafizal Broadband uruskan untuk korang. Kami pakar dalam menguruskan kes-kes “alamat tak ada dalam sistem” dan “port full” untuk kawasan Kuantan dan sekitarnya.

Kenapa pilih kami?

  • Consultant Broadband yang berpengalaman (Freelance Ejen).
  • Survey teknikal sampai ke lubang cacing.
  • Urusan pendaftaran yang telus dan pantas.

Hubungi Sekarang (WhatsApp/Call): 📞 Hafizal: 019-9377794

“Jangan biarkan alamat ‘ghaib’ menghalang korang dapat internet laju. Roger Hafizal Broadband sekarang!”

Loading

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Hafizal Broadband Dot Com