Hafizal Broadband Dot Com

CelcomDigi & Maxis Fibre: Nak Tamat Kontrak Awal? Baca Ni Sebelum Duit Kau Hangus!

Promosi Unifi Percuma 6 Bulan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga Kuantan serta semua pengguna internet tegar.

Hari ni aku nak sentuh satu topik yang selalu buat orang “sesak dada” bila tengok bil terakhir internet rumah: KONTRAK & PENALTI.

Ramai yang ingat bila nak pindah rumah atau nak tukar provider baru, kita boleh potong macam tu je. Tapi hakikatnya, kontrak 24 bulan yang kita tandatangan tu ada “taringnya” kalau kita tak faham cara ia berfungsi.

Sebab itu, aku selalu pesan—setiap 2 atau 3 tahun, tolong semak baki kontrak korang. Jangan jadi hamba telco kalau kontrak dah habis!

Kenapa Penalti Sekarang Mahal Gila?

Zaman sekarang, kebanyakan ISP seperti CelcomDigi Fibre, Maxis Fibre, Astro Fibre, atau TIME dah tukar syarat penamatan awal. Kalau kau nak terminate sebelum cukup tempoh, kau kena bayar:

Jumlah Baki Bulan Kontrak x Yuran Bulanan = Penalti.

Contohnya, kalau baki kontrak kau ada lagi 8 bulan dan yuran kau RM99, kau kena sediakan RM792 (belum masuk SST!). Kalau baki kontrak tinggal sebulan tapi penalti minimum syarikat RM500, kau tetap kena bayar RM500. Memang pedih!

Strategi Pindah Telco: Kejar Penjimatan, Bukan Kesetiaan!

Satu rahsia yang korang kena tahu: Kabel (infra) yang masuk ke rumah kau tu selalunya sama sahaja. Jadi, tak payah nak setia sangat kalau ada pihak lain yang tawarkan harga lebih murah atau kelebihan yang lebih banyak.

Sekarang kita kena fokus kepada penjimatan sebab serba-serbi dah mahal. Kalau kontrak lama kau dah habis, inilah masanya untuk kau buat “Switch” ke Unifi Fibre.

Promosi “Switch” Unifi Fibre 2026 (Untuk Pengguna Selain Unifi)

promosi tukar ke unifi fibre 2026

Bagi korang yang nak berpindah dari Maxis, CelcomDigi, Astro Fibre, atau TIME, Unifi tengah buat gila sekarang dengan tawaran:

  1. 6 Bulan Bil Percuma: Bayangkan setengah tahun kau tak payah bayar bil internet. Duit tu boleh buat belanja dapur atau bayar insurans kereta.
  2. Set Smart Home: Pilihan untuk dapatkan peranti keselamatan rumah (CCTV & Sensor) secara percuma untuk pelan terpilih.
  3. Hiburan Premium: Akses terus ke Netflix atau Max (HBO) untuk layan movie hujung minggu.

Senarai Telco Yang Korang Boleh Semak Untuk “Lompat”:

  • Maxis Fibre
  • CelcomDigi Fibre
  • Astro Fibre
  • TIME Internet
  • Allo Technology / ViewQwest

Tips Jadi Pengguna Bijak

  • Semak Baki Kontrak: Buka app (Maxis/CelcomDigi/Astro) dan tengok bila kontrak tamat. Kalau tinggal sebulan, itu masa terbaik untuk daftar Unifi.
  • Pilih Yang Berbaloi: Nak jimat poket? Ambil pelan free bill.
  • Jangan Buat Harta: Pulangkan balik modem dan router lama ke cawangan dorang. Kalau tak, kau akan kena denda tambahan RM200-RM500 lagi.

Kesimpulan

Dunia telco ni kompetitif. Jangan malas menyemak baki kontrak. Setiap 2-3 tahun, “lompat” ke telco yang bagi tawaran paling untung. Biar kita yang pegang duit, bukan telco yang “cekik” kita.


Perlukan Bantuan Switch ke Unifi atau Servis PC di Kuantan?

Kalau korang kat area Taman Tas, Indera Mahkota, atau sekitar Kuantan, dan perlukan bantuan untuk urusan switch ke Unifi atau ada masalah teknikal PC/Laptop, Hafizal Broadband sedia membantu.

Kenapa pilih Hafizal Broadband?

  • Pakar Pendaftaran Unifi: Kami bantu semak coverage dan uruskan pendaftaran sampai siap pasang (Pastikan kau dapat promo 6 bulan free!).
  • Format PC & Upgrade: Lajukan balik komputer lembap dengan upgrade SSD & RAM.
  • Servis Jujur: Kami bagi konsultasi supaya kau tak kena penalti buta-buta dengan telco lama.

Hubungi Hafizal sekarang untuk servis pantas: 📞 Call/WhatsApp: 019-9377794

Lupakan penalti mahal, jom nikmati internet percuma 6 bulan dengan Unifi hari ni!

Loading

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Hafizal Broadband Dot Com