Dah berpuluh tahun aku hidup, rasa macam tak lengkap kalau sembang pasal bola tapi tak sebut pasal Astro. Tapi kali ni, berita yang keluar agak mengejutkan sikit—Astro sah tak dapat hak penyiaran untuk FIFA World Cup 2026.
Mula-mula aku dengar pun macam “Eh, biar betul?”. Tapi itulah realitinya sekarang.

Kenapa Jadi Macam Ni?
Kalau ikut apa yang dibincangkan, puncanya tak lain tak bukan sebab kos. Harga nak beli hak penyiaran sekarang ni dah jadi harga kayangan. Astro pun nampaknya lebih berhati-hati sebab tak nak bebankan syarikat dengan kos yang tak masuk akal, apatah lagi perlawanan nanti banyak waktu pagi buta kat Malaysia sebab tuan rumahnya kat Amerika nun.
Lagi satu, isu “link haram” ni memang pembunuh industri. Bila ramai pilih tengok jalan belakang, syarikat penyiaran pun fikir dua tiga kali nak labur duit berjuta-juta.
Habis Tu, Kita Nak Tengok Kat Mana?
Ini yang aku nak kongsi dengan korang. Walaupun Astro ‘pass’, jangan risau sebab Unifi TV dah sah akan tayangkan kesemua 104 perlawanan secara langsung! RTM memang ada tayang juga, tapi faham-fahamlah, biasanya RTM cuma bagi perlawanan terpilih je. Kalau jenis kaki bola tegar yang nak tengok setiap minit dari peringkat kumpulan sampai final, memang kena ada Unifi TV.
Benda ni sebenarnya memudahkan aku juga. Memandangkan aku pun memang aktif uruskan pendaftaran Unifi, aku nampak ini masanya untuk korang yang belum ada Unifi TV untuk upgrade atau pasang baru.

Kenapa Aku Syorkan Unifi TV Kali Ni?
- Gambar Clear: Tak payah risau hujan lebat piring ‘no signal’. Selagi internet jalan, bola pun jalan.
- Layan Kat Mana Saja: Pakai aplikasi Unifi TV, boleh tengok kat phone sambil baring atau kat smart TV.
- Tak Payah Pening: Memang dah tersedia dalam pakej broadband yang korang guna hari-hari.
Kesimpulan
Bagi aku, perubahan ni benda biasa. Dunia teknologi makin maju, cara kita tengok TV pun dah berubah. Kalau korang memang plan tak nak terlepas aksi Piala Dunia 2026 nanti, lebih baik siapkan “payung” sebelum hujan.
Korang yang area Kuantan (terutamanya geng Taman Tas & Indera Mahkota), kalau nak tanya pasal pakej Unifi yang ada sekali dengan saluran bola ni, boleh terus roger aku. Aku boleh tolong semak coverage dan uruskan pendaftaran sampai setel. Tak payah pening kepala, biar aku yang buatkan untuk korang.
![]()