Kemaskini : PAKEJ INI TELAH DITAMATKAN JUALAN BERMULA 2020
Adakah anda sedang mancari pakej internet untuk kegunaan seharian anda di rumah? Anda cari yang murah?
Di sini saya kongsikan satu pakej menarik dari Telekom Malaysia Berhad – TM yang termurah untuk dipasang di rumah.
Percaya tak dengan harga hanya RM69, anda sudah boleh dapat internet berkelajuan sehingga 8Mbps? Tanpa HAD!. Unlimited!
Pakej ini di tawarkan khas kepada kepada pelanggan yang berminat mendaftar pada bulan ini – September 2019. Tidak ketinggalan juga adalah pelanggan sedia ada Streamyx!.
Apa yang menarik:
- Harga yang promosi yang teramat murah berbanding dengan harga pasaran sebelum ini yang TM tawarkan iaitu RM160/bulan!
- Kelajuan sehingga 8Mbps!
- Tanpa Had!.
- Tiada caj pendaftaran.
- Harga yang lebih murah dari yang pernah TM tawarkan sebelum ini
Untuk pengetahuan anda, promosi ini berjalan sehingga 30 September 2019 sahaja dan bermula 1 Oktober 2019, setiap pendaftaran akan dikenakan harga baru iaitu RM89/bulan.
Saya adalah ejen berdaftar yang mengurusakan pendaftaran Unifi Lite ini seluruh Malaysia di kawasan-kawasan tertentu. Saya juga adalah wakil jualan sah yang telah menjalankan perkhidmatan jualan produk TM ini sejak tahun 2010.
Oleh itu saya kongsikan kandungan pakej ini. Semoga membantu anda membuat pilihan terbaik. :
Isi Kandungan
-
Harga yang ditawarkan
-
Apakah yang termasuk dalam pakej ini
-
Berapakah kos pemasangan
-
Apakah perbezaan jika daftar bulan ini dengan bulan hadapan?
-
Apakah peralatan yang akan diterima?
-
Di mana nak buat pembayaran bil?
-
Tempoh Kontrak & Penalti
-
Macam mana nak daftar?
Berapakah Harga Yang Ditawarkan Untuk Pakej Unifi Lite Ini?
Harga yang ditawarkan adalah cukup kompetitif dan termurah di Malaysia.
Harga promosi yang ditawarkan untuk pakej ini adalah RM69.00 jika anda mendaftar pada bulan September 2019.
- Harga ini kekal.
- Harga ini tidak termasuk dengan caj cukai perkhidmatan 6%.
- Harga ini tidak termasuk caj panggilan tambahan.
Pakej Unifi Lite Merangkumi :
Dengan harga yang dinyatakan di atas, pakej ini mengandungi:
- Kelajuan muat turun (download) sehingga 8Mbps
- Kelajuan mua naik (upload) sehingga 512Kbps.
- Akses percuma ke aplikasi Unifi PlayTV dengan saluran Free-to-Air
- 30 hari tontonan percuma untuk semua saluran Unifi PlayTV yang ada.
- Tiada had kuota (unlimited)
- Panggilan PERCUMA ke semua talian tetap seluruh Malaysia
- Caj 10 sen/minit untuk panggilan ke talian mudah alih
- 1 set wireless modem
- 1 set telefon wireless
- 1 tahun (24 bulan) kontrak
Harga ini tidak termasuk:
- Caj 6% cukai perkhidmatan
- Caj pendawaian telefon
Berapakah Caj Pemasangan Yang Dikenakan?
Ramai yang bertanya kenapa caj pemasangan dikenakan sedangkan dan terdapat ayat mengatakan caj pemasangan dikecualikan atau percuma terus.
Untuk pengetahuan, caj pemasangan yang dikenakan oleh kontrakor/installer adalah caj untuk pendawaian dan pengaktifan talian telefon. Untuk kediaman yang belum ada talian telefon yang aktif, pendawaian dan pemasangan telefon diperlukan untuk menggunakan internet serta telefon itu sendiri.
Caj yang dikenakan untuk pemasangan baru adalah RM30-RM50 bagi pendawaian sedia ada. Maksudnya, jika kediaman anda sudah mempunya kabel sedia ada yang disediakan pihak pemaju atau penyewa lama.
Jika rumah anda memang tiada langsung pendawaian baru, caj yang dikenakan mungkin sehingga RM100 bergantung kepada keadaan kawasan, kehendak, dan juga keperluan. Anda boleh berbincang dengan kontraktor terbabit.
Pendawaian dan pemangan modem internet juga diberi tempoh jaminan selama 30 hari bermula dari tarikh pemasangan dibuat. Jika ada apa-apa masalah berlaku pada sambungan internet serta telefon anda, boleh terus berhubung dengan kontraktor tersebut untuk pembaikan.
Apakah Bezanya Jika Saya Daftar Bulan Depan Berbanding Mendaftar Pada Bulan Ini?
Ada sesetengah dari kita akan ambik sikap tunggu dan tangguhkan untuk dapatkan tawaran lebih menarik akan datang.
Percayalah, jika anda mendaftar pada bulan ini, perbezaan besarnya adalah harga, kontrak dan juga peralatan yang diterima.
Berikut saya kongsikan jadual perbezaan antara mendaftar pada bulan ini dengan harga RM69 dan juga mendaftar pada bulan hadapan dengan harga RM89
Peralatan Yang Diterima
- Semua peralatan di atas didatangkan dengan 1 tahun jaminan kerosakan.
- Modem dan telefon wireless / cordless phone diberikan hanya untuk pemasangan baru sahaja. Jika anda dari pakej rendah upgrade ke Unifi Lite, tiada peralatan diberikan.
- Jika peralatan rosak dalam tempoh jaminan, TM akan gantikan dengan yang baru. Jika selepas tempoh jaminan, anda boleh dapatkan di mana-mana kedai komputer, kedai elektrik berhampiran.
Di Mana Nak Bayar Bil?
Dengan aplikasi myunifi, anda boleh lihat bil-bil terkini anda, buat pembayaran, dan berhubung dengan TM lebih mudah. Alternatif lain, anda boleh bayar bil melalui saluran di bawah :
Cara paling mudah nak uruskan akaun Unifi anda adalah dengan muat turun (download) aplikasi myunifi dari Goole Playstore atau AppStore. Dengan aplikasi tersebut.
- Portal unifi.com.my
- TM Point
- TM Point Authorised Dealer (TAD)
- Online Banking – Bank Terlibat Sahaja
- Pos Malaysia
Untuk semua senarai penuh saluran pembayaran boleh rujuk di sini : Saluran Pembayaran
Apakah Tempoh Kontrak Untuk Unifi Lite Dan Servis Tambahannya? Adakah Penalti Dikenakan Jika Anda Menamatkan Langganan Dalam Tempoh Kontrak?
Anda boleh rujuk jadual di bawah untuk tempoh kontrak dan juga penalti yang akan dikenakan.
Untuk memohon penamatan langganan, pastikan anda tidak membuat baki tertunggak di dalam akaun. Untuk lebih maklumat, boleh rujuk terma dan syarat di sini :
Permohonan untuk menamatkan langganan boleh di buat dengan log in ke dalam akaun Self Care di portal unifi.com.my atau terus ke mana-mana TM Point terdekat seluruh Malaysia.
Lihat dalam jadual di atas, bermula Oktober, tempoh kontrak bagi pemasangan baru akan dikenakan selama 24 bulan.
Berminat Untuk Melanggan Unifi Lite Promo RM69?
Jangan lepaskan peluang ini!. Hanya boleh dapatkan harga ini pada bulan September 2019 ini sahaja.
Apa yang lebih penting adalah:
Semua pelanggan sedia ada yang telah melanggan sebelum Ogos 2019 tak kira apa pakej yang mereka langgan (tak termasuk produk tambahan) akan mendapat harga RM69 bermula bulan Oktober 2019.
Jadi untuk anda yang baru nak melanggan, tak perlu compare dengan produk lain. Jangan tunggu lama-lama, anda boleh terus berhubung dengan saya di talian 019-9377 794.