Assalammualaikum dan salam sejahtera ..
Saya baru pulang dari Kuala Lumpur mengikuti kursus di Noahtech Electronic Training di Damansara. Kursus yang saya ikuti adalah Basic Electronics Troubleshooting And Repair. Banyak perkara yang saya belajar di sini di samping pengajar dan pemilik pusat latihan ini jenis orang yang humble dan jenis orang yang tak kedekut ilmu.
Seramai 11 orang peserta termasuk saya . Ada dua peserta dari luar negara iaitu dari Spain dan Maldives.
Dalam 2-3 minggu ni ramai yang call saya bertanyakan kesahihan panggilan yang mereka terima berkenaan renew kontrak Unifi mereka..Mereka risau kerana terpaksa renew kontrak. Apa yang mereka cerita dalam perbualan telefon, mereka seperti di paksa renew kontrak kerena jika tidak renew, akan mereka akan di tamatkan . Saya jadi blur kejap.. apa bende yang korang dah offer/cakap pada customer ni? .
Saya faham je, ramai yang menunggu kontrak Unifi mereka tamat sebab mereka tak nak ada apa-apa komitmen dalam kehidupan mereka apatah lagi perkara yang melibatkan kewangan. Ada sesetangah orang , mereka ada perancangan untuk penstrukturan balik kewangan mereka . Ada lah yang mereka nak cut perbelanjaan tu .
Saya rasa terpanggil untuk jelaskan perkara ni.
Ada beberapa sebab yang perlu korang pertimbangkan jika korang nak renew kontrak.
Tawaran Harga
Ini adalah perkara pertama dan yang terpenting untuk korang pertimbangkan . Kenapa? sebab ia adalah komitmen bulan-bulan yang perlu korang bayar dan keluar dari poket korang untuk gunakan servis yang di langgan.
Jika sebelum ni bayar dengan harga RM89 setiap bulan, dan korang di tawarkan dengan harga RM69/bulan sebagai contoh, so pertimbangkanlah sebab korang yang membayarnya. Jika sebelum ni mampu bayar RM89, tak mungkin korang tak mampu nak bayar RM69/bulan jika di tawarkan. INI ADALAH CONTOH . Korang jangan mintak dengan saya harga bulanan RM69 memang tak ada dah di pasaran. Kalau ada pun Saya tak nak jual.. Hahahaha.
#Tempoh kontrak
Semak jugak tempoh kontrak yang di tawarkan tu. Adakah dua tahun? 3 tahun? Fikirkan apa yang korang plan akan datang. Adakah ia akan menjadi beban kewangan akan datang?.
Pertimbangkan juga penalti yang akan dikenakan kepada korang jika tamatkan langganan dalam tempoh kontrak.
#Apa yang ditawarkan
Ini menarik.. jika dengan hanya sekadar renew kontrak, tanpa apa-apa tawaran berbaloi, fikirkanlah. Setidaknya dapatlah set Router baru atau apa-apa add on seperti UnifiTV, dan lain-lain. Jika hanya sekadar renew kontrak, korang buat pertimbangan sendiri.
Ada yang langgan saluran TV berbayar lain, dan juga apps streaming seperti Netflix , HBO dan lain-lain . Ambik kalkulator, campur semua kos tersebut dan bandingkan jika korang langgan secara berasingan lagi jimat atau sama, atau bagaimana?. Buat perkiraan sebab ini penting untuk kelangsungan poket korang .. Dan jika di satukan dalam satu pakej yang baru dan memberi penjimatan, apa salahnya renew kontrak ?
#Tempoh Jaminan
Kebiasaannya jika dah habis kontrak ni, memang jika berlaku kerosakan seperti router, dan Optical Network Termination (ONT) serta peralatan lain seperti TV Box, memang korang kene bayarlah jika tak nak ikat kontrak . Caj minimum datang ke site/premis je dah RM53, peralatan yang perlu diganti pun kene bayar minima RM350 .
Kosnya tinggi jika korang bukan seorang yang mahir dalam bidang ni. Kebiasannya kerosakan peralatan berpunca dari kerosakan power adapater. Jika korang ada kemahiran untuk membaiki/membeli alat ganti mengikut spesifikasi peralatan tersebut, ia tak menjadi masalah.
Suhu , tangan yang gatal megusik, mengubahsuai peralatan yang TM bagi tu antara faktornya juga kerosakan peralatan. Untuk suhu, korang boleh beli cooling fan untuk modem/router di Shoppe untuk memanjangkan tempoh hayat peralatan tersebut.
Untuk tangan yang gatal mengusik, modify ke apa ke peralatan tersebut, bertaubatlah . Sure jika kerosakan berlaku, Nama TM busuk korang hentam . Nak usik, nak buat apa2 pada peralatan network ni kena ada ilmu ya. Jika tak, renew je lah kontrak
Cumaa saranan saya jagalah baik-baik peralatan tersebut… sebab korang kene faham juga… tempoh kontrak dua tahun. Tapi warranty peralatan cuma 12 bulan je… hahaha
Rumusan
Selesai sudah saya jejari saya menaip bebelan yang agak panjang kali ni. Pertimbangkalah sebaiknya dari aspek bantuan, jaminan peralatan, poket.. Sure korang sendiri ada jawapannya. Apa yang saya tulis ni adalah basic. Jika korang rasanya upgrade /renew pakej tu berbaloi bukan sebab nak jimat je, terpulang. Duit,keputusan di tangan korang . Saya hanya sekadar ejen jualan Unfi yang cari makan dan masih tak kenyang wang sejak 2010.
Apa pun sebarang pertanyaan untuk semakan kontrak Unifi, terus contact talian 100. Jangan contact saya .. memang bukan saya kene solve . Tm dah sediakan saluran macam-macam kat page /website dia .