Category Archives: Garis Panduan

Garis Panduan Pemasangan Dan Penambahan Tiang Ke Premis Pelanggan

[Kemaskini 13 Mei 2022:]
Ini adalah panduan bagi pemasangan infra copper (Streamyx/Unifi Lite). Bukan panduan pemasangan fibre optik Unifi. 

Garis panduan ini saya terima penghujung tahun 2016 dan sehingga kini, masih tiada sebarang perubahan. Jadi saya kira ia adalah info berguna untuk anda semua. Perlu ke sampai nak tambah tiang?.

Bagi kes-kes macam ni kebiasaannya berlaku pada mereka yang bina kediaman di tanah lot. Maksud saya, bukan di kawasan perumahan. Kawasan perumahan ni, kebiasaannya TM akan buat projek infra untuk satu taman terus.

Untuk kes yang memerlukan pemasangan tiang baru, pertama sekali, fahamkan gambarajah di Fig A di bawah

Pendawaian kabel di antara Distribution Point (DP) dan premis pelanggan melibatkan kabel telefon yang disokong oleh GI Integral wire. Bagi memberi perkhidmatan yang baik dan melindungi kabel dari kerosakan, jarak dari DP ke premis pelanggan tak boleh terlalu jauh.

Cuba lihat gambar di Fig A. Jarak antara tiang yang ada DP ke rumah sebaiknya adalah 50 meter sahaja.

Jarak kebiasaanya yang digunakan untuk dalam kawasan bandar dan luar bandar, adalah 50 hingga 100 meter. Tetapi setiap jika lebih dari 50 meter, satu tiang akan di tanam untuk sokongan kabel ke premis pelanggan.

Tetapi ada kes-kes tertentu, jarak antara DP ke premis pelanggan melebih 100 meter dan ini memerlukan penambahan tiang yang banyak.

Jarak maksimum yang dibenarkan adalah 250 meter dengan penambahan tiang. Cuba lihat gambar dalam Fig -C. Untuk pole1 dan pole2, tiang ditanggung oleh TM manakala penambahan tiang dari pole3 hingga 5, di tanggung oleh pelanggan.

Jarak di antara tiang adalah 50 meter. Jadi bersedialah dengan kos yang perlu dikeluarkan. Kos tersebut akan diberikan oleh pihak TM kepada anda sebelum pemasangan di buat. Jika anda setuju, pemasangan akan di buat. Jika tidak, order pemasangan anda akan dibatalkan atau ditolak.

Berapakah Kos Yang Akan Dikenakan?

Saya tak pasti kos sebenar berapa untuk satu tiang. Ada kontraktor beritahu saya, kos di bawah RM100. Tapi kos sepenuhnya akan diberikan kepada anda sebelum pemasangan dibuat. So kalau tanya saya, saya tak tahu kos sebenar.  Saya cuma share garis panduan sahaja.

Pengalaman Saya

Saya pernah beri bantuan untuk kes sebegini cuma lebih dari dua tiang, saya hanya terlibat sekali sahaja. Seingat saya di Kuala Rompin. Untuk kabin sementara di tapak projek pelupusan sampah. Pihak kontraktor bersetuju untuk menanam tiang sendiri mengikut garis panduan yang diberikan oleh Staff TM yang melawat di tapak.

Setelah selesai tiang di tanam, saya di arahkan untuk proses order tersebut. Ada beberapa sebab yang mendesak mereka mendapatkan servis Streamyx ketika itu dan salah satunya adalah mereka memang menggunakan talian telefon, faks dan internet secara sepenuhnya untuk kerja-kerja mereka di tapak.

Dalam kes tersebut, antara yang mereka ambil kira adalah kontrak satu-satu pakej. Jadi disebabkan mereka adalah pelanggan untuk kategori perniagaan, kontrak yang mereka perlu terima adalah dua tahun. Kebetulan pula mereka memang berada di situ untuk dua tahun. Jadi pemasangan diteruskan.

Bagaimana Nak Dapatkan Khidmat Saya?

Saya mohon maaf kerana saya hanya beri khidmat untuk kes-kes begini di kawasan Kuantan sahaja. Untuk lawat tapak/ kediaman adalah satu kerja yang perlu di sini . Kadang-kadang saya sendiri boleh bagi jawapan sama ada boleh diberi servis Streamyx atau tidak. Ada juga yang pihak TM sendiri perlu turun.

Apa Yang Saya Buat?

Saya sendiri biasanya akan pergi ke tapak untuk ambil beberapa maklumat DP dan juga melihat kawasan. Ia akan ambil masa beberapa hari. Jika semuanya selesai, order pemasangan akan diproses dan dikeluarkan.

Penafian

Untuk kerja-kerja cabling yang melibatkan custom installation atau memerlukan kontraktor luar untuk berhubung, mana-mana pemasangan yang melibatkan pelanggan saya sendiri (Hafizal), akan saya bantu untuk urusan melibatkan kontraktor dan dengan pihak pengurusan TM HQ Pahang. Untuk permohonan yang tidak melalui saya,  mohon berurusan terus dengan ejen/TM sendiri kerana saya tiada data dan kekangan akses untuk order anda tersebut.

Saya ingin menegaskan yang saya bukanlah kontraktor yang terlibat dengan kerja-kerja pemasangan apatah lagi terlibat dengan kerja-kerja teknikal TM. Segala pengetahuan yang saya kongsikan adalah dari pengalaman kontraktor, pengalaman saya berurusan, dan juga ilmu yang disampaikan oleh pihak TM kepada saya. Mohon jangan salah faham. Jika ada kesalahanan, saya mohon maaf.

Terdapat beberapa pihak salah faham dan menggesa saya bekerjasama dalam hal-hal teknikal dan pemasangan yang luar bidang saya. Saya hanyalah wakil jualan yang menjalankan kerja-kerja jualan produk TM.

Loading