Category Archives: Berita

Unifi TV Tak Boleh Di Akses Di Seluruh Malaysia

Beberapa minit yang lepas, pihak Telekom Malaysia Berhad melalui saluran Twitternya mengumumkan semua pengguna Unifi TV seluruh negara menghadapi masalah untuk di akses.

Ramai pengguna Unifi TV berkongsi masalah berkenaan di sosial media masing-masing. Saya harap masalah ni tak lama.

Pihak TM menyatakan mereka menghadapi masalah teknikal dan masalah ini sedang di perbaiki secepat mungkin.

Mereka akan berkongsi perkembangan hal ni dari semasa ke semasa.

 20 views today

Corona Virus

unifi COVID-19 Response Center

Tambahan 14 hari untuk Perintah Kawalan Pergerakan, sesuatu yang perlu kita ambil serius. Banyak hal yang perlu kita hadap. Soal kewangan, pekerjaan, ancaman kesihatan, dan juga pelbagai lagi.

Banyak urusan harian terganggu. Saya sendiri tak berani keluar dan hanya keluar apabila pergi ke tempat kerja, serta membeli keperluan dapur.

Oh ya, saya terlibat dalam bidang keperluan mendesak. Jadi memang ada harinya saya bertugas.

TM telah bina satu website yang mana ia menyalurkan pelbagai berita tentang COVID-19 sepanjang tempoh PKP. Motifnya, mereka ingin memberikan rakyat akses mudah kepada berita dan perkembangan terkini hal-hal berkaitan COVID-19.

Lawati pautan ini ->  unifi COVID-19 Response Center 

Data akan dikemas kini setiap hari.

Jadi, tolong, #juststayathome. Saya tidak sanggup lagi mendengar banyak yang terkorban, dijangkiti, dan juga melihat kepayahan barisan hadapan yang menguruskan pesakit-pesakit COVID-19. Ada banyak jiwa yang penat.

Terima kasih bagi yang memberi kerjasama.

 44 views today

Pass LTE Percuma Unifi Mobile Postpaid Serta Prepaid BEBAS

Seperti sedia maklum, kerajaan telah mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana bermula dari  jam 12.00 tengah malam 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020.

Orang ramai dinasihatkan supaya berada di rumah sepanjang masa kecuali untuk memenuhi keperluan-keperluan asas. Mereka yang terlibat dengan bidang kerja yang penting juga tidak dibenarkan bercuti.

Barisan-Hadapan-Negara-Covid-19

Mungkin ini adalah ruang untuk kita bersama dengan keluarga dan anak-anak atau berehat di rumah tempoh yang lama. Bagi mereka yang terlibat dalam barisan hadapan memerangi COVID-19 serta memberi perkhidmatan, syabas di ucapkan.

Sempena tempoh PKP tersebut, TM telah memberikan akses hotspot LTE percuma sehingga 999Gb. Ia adalah data tambahan dari 10Gb sedia ada yang diberikan. Tak perlu nak hack data unifi mobile atau bypass data unifi mobile lagi dah. Mengarut!. Hahaha

Bagi mereka yang tidak mempunyai internet Wifi di rumah, ia sangat-sangat membantu.

Pelan Unifi Mobile Yang Terlibat Adalah Pelan Ultimate Unifi Mobile!

Berikut adalah pelan-pelan Unifi Mobile Prabayar (Postpaid) yang terlibat:

unifi Mobile Postpaid

  • unifi Mobile 99 at RM59 (Dengan Kontrak 12 Bulan)
  • unifi Mobile 99
  • webe RM79
  • unifi Mobile Pek Jasa/Pelan Warga Emas

unifi Mobile Biz Prabayar (Postpaid)

  • unifi Mobile Biz 99
  • unifi Mobile Biz 79

Bila Akan Dapat Akses Tersebut? Kene Apply?

Pemberian pass percuma ini bermula 19 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 dan tak perlu buat apa-apa permohonan.

Bagi yang baru memohon Unifi Mobile, pass percuma ini akan bermula terus sebaik sahaja talian anda di aktifkan.

Tolong Ambik Maklum Ya.. Ini Pass Ini Adalah Akses Untuk Hotspot LTE/4G SAHAJA. 3G Tak Terlibat….

unifi-mobile-postpaid

Bagaimana Pula Dengan Pengguna Unifi Prepaid – BEBAS?

Bagi pengguna Unifi Mobile Prepaid #Bebas, anda diberikan pass mingguan LTE tanpa had PERCUMA yang bernilai RM20. Selepas tempoh 7 hari, anda hanya perlu buat langganan pass minggu percuma tersebut seperti di bawah .

Ia bukan automatik!. Anda perlu langgan data percuma tersebut.

Baiklah, so bila dah ada akses ni gunakanlah sebaik mungkin. Caj bateri kerap dan penuhkan powerbank o.k!. Lagi satu, tolong ikut Perintah Kawalan Pergerakan untuk membendung penularan jangkitan COVID-19.

Ada masalah berkaitan Unifi Mobile Hotspot? Biasanya user Anroid kurang isu. Kalau user iphone, ada setting tertentu. Saya jumpa satu video untuk set Wifi Hotspot bagi user iPhone.

Jom tengok!

Jika ada pertanyaan boleh live chat dengan operator unifi mobile melalui apps . Cara nak login unifi mobile apps, boleh rujuk sini : Unifi Mobile Apps

Anda rasa perkongsian saya ini membantu anda? Mohon share dan sila beri komen yang membina di ruangan komen di bawah .

Untuk pendaftaran Unifi Mobile Postpaid, boleh berhubung dengan saya. SIM kad saya boleh COD atau pos.

TM Unifi Kuantan : 019 – 9377 794 (Pendaftaran/Jualan)

TM Unifi Kuantan Contact Number: 019 – 9377 794 (Registration/Sales)

Whatsapp Link : https://bit.ly/2WuGZuE

Telekom Malaysia : 100 (Aduan/Kerosakan/Bil)

Telekom Malaysia : 100 (Enquiry/Support/Billing)

Rujukan dari Pejabat Perdana Menteri : https://bit.ly/33xuHmw | https://bit.ly/2wbTArT
Facebook Unifi : https://www.facebook.com/weareunifi

 39 views today

TM Point Kuantan Mahkota Square Berpindah

Adakah anda mencari TM Point di Kuantan untuk membuat urusan?

Untuk makluman, TM Point Kuantan telah berpindah dari lokasi lamanya iaitu di Kuantan Mahkota Square ke bangunan baru di Wisma TM Kuantan, Kuantan, Pahang – Malaysia.

ALAMAT TM POINT KUANTAN (TELEKOM MALAYSIA KUANTAN)

TM Point Mahkota Square

Lokasi lama

G08 & G09, Tingkat Bawah, Bangunan Mahkota Square,
Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang, Malasia

 

 

TM Point Kuantan 019-9377794

Lokasi Baru

Aras G, Wisma TM, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang, Malaysia.

Waktu operasi TM Point Kuantan adalah :

Isnin hingga Jumaat : 9 Pagi Hingga 5.30 Petang

Hari Sabtu & Ahad : Tutup

Lokasi baru TM Point Kuantan ini terletak di bangunan Wisma TM Kuantan, Pahang iaitu bangunan mereka sendiri. Ia berhampiran dengan masjid negeri Sultan Ahmad Shah Kuantan.

www.hafizalbroadband.com

Untuk lokasi lain TM Point seluruh Malaysia, boleh rujuk di link ini : https://unifi.com.my/support/tmpoint

TM point Kuantan 019-9377794

Perkhidmatan Di TM Point

Antara perkhidmatan yang disediakan di TM Point adalah :

  • Pembayaran bil
  • Kiosk pembayaran tunai 24 jam
  • Penamatan langganan.
  • Penukaran Nama / Hak Milik
  • Jualan Peralatan Komunikasi (Telefon, Modem, Router & dll)
  • Pendaftaran
  • Pertanyaan berkaitan
  • Urusan berkaitan P1

Waktu Operasi


Waktu operasi bagi TM Point Kuantan adalah seperti berikut :

Isnin Hingga Jumaat

9.00 pagi – 5.30 petang

Sabtu, Ahad , & Cuti Umum

Tutup


Alamat TM Point Kuantan


Alamat Penuh TM Point Kuantan

WISMA TM MAHKOTA

JALAN MAHKOTA

25000 KUANTAN

PAHANG


Bagaimana jika ingin membuat pendaftaran Unifi, Streamyx (Unifi Lite) atau Unifi Mobile di Kuantan Pahang?


Bagi yang ingin membuat pendaftaran pakej pakej internet serta telefon berikut boleh terus berhubung dengan bahagian jualan (sales) 019-9377 794 :

  • Unifi untuk kediaman ( unifi home )
  • Unifi untuk perniagaan ( Unifi Business )
  • Internet Streamyx Kediaman ( Streamyx Home)
  • Internet Streamyx Perniagaan ( Streamyx Business)
  • Talian telefon pascabayar (Unifi Mobile Postpaid)

Adakah info ini berguna untuk anda?

Jika anda ada pertanyaan berkaitan pendaftaran unifi , boleh tinggalkan komen di bawah. Semoga info ini bermanfaat untuk anda semua. Terima kasih

TM Unifi Kuantan : 019 – 9377 794 (Pendaftaran/Jualan)

TM Unifi Kuantan Contact Number: 019 – 9377 794 (Registration/Sales)

Telekom Malaysia : 100 (Aduan/Kerosakan/Bil)

Telekom Malaysia : 100 (Enquiry/Support/Billing)

p/s : untukk pendaftaran Unifi, Streamyx (Unifi Lite) atau unifi mobile postpaid di kawasan selain dari kawasan Kuantan, boleh rujuk senarai kawasan ini untuk perkhidmatan saya : http://www.hafizalbroadband.com/blog/kawasan-perkhidmatan/

sumber video : Papayie Channel

 49 views today

Bagaimana Nak Semak Status Report Yang Telah Dibuat?

Jika anda telah buat aduan tentang masalah kerosakan atau apa-apa yang berkaitan, anda boleh lihat status aduan anda secara online melalui portal selfcare. Terlebih dahulu anda perlu mendaftar portal selfcare di unifi.com.my.


Log in unifi.com.my, and klik pada “My Activity”
Anda akan lihat kesemua report yang telah anda buat sama ada yang telah ditutup atau masih aktif. Pilih mana satu laporan yang anda ingin lihat dan klik pada “View Ticket” untuk lebih jelas.

Anda akan lihat lebih jelas maklumat report yang telah anda buat. Terdapat staff atau pegawai yang telah ditugaskan untuk menguruskan report anda. Anda boleh terus berhubung dengan mereka.

Itu sahaja.

Faham tak penerangan saya ni? . Jika tak faham boleh salurkan pertanyaan anda terus ke saluran-saluran di bawah. InsyaAllah mereka bantu. Saya hanya penjual sahaja. Nak mendaftar, boleh terus berhubung dengan saya 019-9377794 :

Facebook : www.facebook.com/weareunifi
Twitter : twitter.com/helpmeunifi
Live Chat 24 Jam: unifi.com.my/chat/index.html
Email : help@tm.com.my
Talian Khidmat 24 Jam : 100 

Kredit to : remstr (unifi Community)

 58 views today,  1 views today

Tiada Lagi Set Top Box Untuk Streamyx 8Mbps

Semalam saya terima berita dari ibu pejabat yang memberi info tentang perubahan kepada pakej Streamyx dan unifi.

Sebelum ini, pakej Streamyx 8Mbps didatangkan bersama dengan servis IPTV TM melalui jenama HppTV/unifi TV. Pelanggan yang melanggan pakej ini akan menerima Set Top Box atau biasanya orang sebut TV Box / Anroid box. Hampir 25 saluran asas diberikan kepada pelanggan untuk tontonan dengan bayaran bulanan RM160 (langgan direct from TM) atau RM140 melalui ejen.

Pelanggan juga diberi pilihan untuk melanggan pek unifi TV iaitu pek Aneka Plus, Varnam Plus, Ruby Plus dan juga Ultimate dengan bayaran tambahan.

Tapi bermula semalam 15/1/2019, TM telah mengubah pakej 8Mbps ini dengan tidak lagi memberikan Set Top Box, akses kepada unifi playTV, dan juga Unifi TV. Malah pakej ini menjadi pakej biasa seperti pakej Streamyx yang lain.

Selain dari Set Top Box, tempoh kontrak juga diubah menjadi 12 bulan sahaja. Namun saya masih mempunyai kuota pendaftaran untuk pakej 8Mbps + Unifi TV Box + unifi play TV dengan harg RM140.

Saya bukan pendaftaran sehingga 25 Januari 2019 atau sehingga kuota yang diberikan kepada saya habis. Kepada yang berminat, boleh berhubung dengan saya terus untuk mendapatkan keterangan dan membuat pendaftaran.

Untuk berkenaan pendaftaran produk Unifi Fiber, Unifi Wireless, TM Broadband Streamyx, dan juga Unifi Mobile Postpaid, boleh berhubung dengan saya sendiri melalui talian:

019-9377 794
Link Whats App : www.wasap.my/60199377794

Bagi mereka yang ingin membuat aduan atau tidak berpuas hati dengan pakej atau servis yang TM tawarkan, Berikut adalah saluran aduan masalah anda.

Facebook : www.facebook.com/weareunifi
Twitter : twitter.com/helpmeunifi
Live Chat 24 Jam: unifi.com.my/chat/index.html
Email : help@tm.com.my
Talian Khidmat 24 Jam : 100 

 34 views today

Harga Unifi Turbo 100Mbps Kekal Selepas 24 Bulan.

Apabila saya mendapat arahan untuk proses semua permohonan baru menggunakan pakej baru bermula 9 November 2018 lalu, pada mulanya saya agak terkejut dengan perubahan yang dibuat untuk pakej Unifi 100Mbps Turbo.

Harga selepas kontrak sahaja yang berubah dan perkara ini saya telah tulis pada post yang lepas . Boleh rujuk di sini :

Harga Unifi 100Mbps Turbo Naik Selepas 24 Bulan Kontrak | Bermula 9 November 2018

Namun pada 17 November lalu, Telekom Malaysia Berhad (TM) melalui laman Twitternya telah memohon maaf atas kekeliruan dan menegaskan bahawa pelan Unifi 100Mbps Turbo mereka akan kekal walaupun selepas 24 bulan.

Mereka juga telah mengemaskini laman FAQ Unifi  di laman web TM dan telah memadam maklumat berkenaan kenaikan harga selepas 24 bulan.

 0 views today