Monthly Archives: October 2021

Langgan Unifi Dan Menangi Proton X50 & Sony Playstation 5

Dimedia, berita berkenaan program vaksinasi negara sudah hampir berjaya untuk golongan dewasa. Ini menandakan negara akan beralih ke fasa normal dengan kehidupan bersama virus Covid 19.

Bekerja dari rumah atau WFH serta pembelajaran atas talian PDPR untuk sekolah adalah norma baru yang kita jalani sekarang. Dah 2 hampir dua tahun. Anak-anak hanya merasa beberapa tempoh sahaja sesi persekolah secara bersemuka.

Sedih. Tetapi itulah yang kita perlu hadapi.

Salah satu keperluan yang paling penting sejak fasa Covid19 adalah keperluan internet. Sebab kita memerlukan sambungan internet untuk akses kerja dari rumah dan juga pembelajaran anak-anak.

Salah satu penyedia perkhidmatan internet yang popular di Malaysia adalah Telekom Malaysia Berhad atau singkatanya TM.

TM hadir dengan kempen terkini iaitu memberi peluang kepada anda untuk memenangi Proton X50 (Hadiah Utama), Sony Playstation 5, 70″ Sharp Aquos 4K Smart TV dengan hanya melanggan produk mereka iaitu Unifi Home dan Unifi Mobile

Mudah bukan?

Kempen ini telah bermula dari 15 September lalu hingga 31 Disember 2021 akan datang.

Bagaimana cara nak menangi hadiah ini?.

Mudah sahaja

Untuk hadiah utama iaitu Proton X50, anda hanya perlu melanggan mana-mana pakej Unifi seperti di bawah :

Dapatkan peluang menang yang lebih tinggi apabila anda melanggan pakej Unifi yang lebih tinggi kelajuannya.

Sebanyak 30 pelanggan bertuah akan di pilih melalui kempen ini dan pelanggan yang terpilih tersebut hanya layak memenangi satu sahaja hadiah sama ada hadiah bulanan atau hadiah utama.

Mari kita lihat hadiahnya ..

Pelanggan yang terpilih akan berpeluang memenangi hadiah-hadiah bulanan atau hadiah utama sepeti berikut.

Hmm.. untunglah sape yang dapat hadiah Utama tu. Tapi hadiah Playstation tu menarik jugak untuk saya. Hehe

So kepada sesiapa yang berminat nak tahu lebih lanjut tentang kempen ni, boleh terus layari pautan ni. https://unifi.com.my/yearendbonanza#winx50.

 27 views today