Monthly Archives: March 2020

Unifi-Plus-Box

Macam Mana Nak Dapatkan Unifi TV Media Box?

Langgan Unifi tapi tak ada TV Box? hmm.. pertimbangkan untuk memilik TV Box dengan cara menukar pakej Unifi anda kepada pakej-pakej yang mengandungi Unifi TV Media Box.

Unifi-Plus-Box

Dengan TV Box ni anda boleh menonton semua saluran-saluran Unifi TV secara terus ke TV anda.

Antara pakej-pakej untuk rumah kediaman yang ada Unifi TV Media Box ni adalah :

  • Unifi 30Mbps + Unifi Plus Box RM149
  • Unifi 100Mbps + Unifi Plus Box RM189
  • Unifi 300Mbps + Unifi Plus Box RM199

Manakala untuk kategori perniagaan, anda boleh mendapatkan Unifi TV dengan tambahan langganan pakej unifi TV Biz serendah RM70/bulan.

Jika anda baru hendak langgan Unifi atau pengguna Streamyx, boleh terus berhubung dengan saya untuk semakan liputan atau pendaftaran Unifi.

Jika anda pengguna sedia ada Unifi yang ingin Unifi TV Media Box, boleh berhubung dengan talian 100 atau terus ke mana-mana TM Point terdekat.

Adakah info ini berguna untuk anda?

Jika anda ada pertanyaan berkaitan pendaftaran unifi , boleh tinggalkan komen di bawah. Semoga info ini bermanfaat untuk anda semua. Terima kasih

TM Unifi Kuantan : 019 – 9377 794 (Pendaftaran/Jualan)

TM Unifi Kuantan Contact Number: 019 – 9377 794 (Registration/Sales)


Telekom Malaysia : 100 (Aduan/Kerosakan/Bil)

Telekom Malaysia : 100 (Enquiry/Support/Billing)

p/s : untukk pendaftaran Unifi, Streamyx (Unifi Lite) atau unifi mobile postpaid di kawasan selain dari kawasan Kuantan, boleh rujuk senarai kawasan ini untuk perkhidmatan saya : https://www.hafizalbroadband.com/blog/kawasan-perkhidmatan

sumber video : Unifi

Loading

kontrak unifi

Tempoh Kontrak Unifi & Penalti Penamatan Awal Langganan

Jika kita dah langgan satu-satu produk tu, kita perlu ambil tahu apakah produk yang kita langgan tu ada tempoh kontrak dan jumlah caj penalti yang perlu kita bayar jika kita menamatkan langganan dalam tempoh kontrak.

Sepanjang saya buat perkhidmatan pendaftaran Unifi di Kuantan – Pahang ni, memang banyak saya jumpa pelanggan yang telah daftar di tempat lain (selain dari saya) tidak tahu tempoh kontrak dan juga penalti yang dikenakan ke atas mereka jika menamatkan langganan dalam tempoh kontrak. Mereka tak pernah semak kontrak unifi yang mereka langgan.

Hal ini mereka baru nak ambil tahu apabila mereka nak berpindah ke telco provider lain seperti Astro broadband, Maxis Fibre, Celcom Fibre serta lain-lain pesaing telco.

Berikut Adalah Tempoh Kontrak Dan Juga Penalti

Maaf sebab saya ambil dari website Unifi dalam bahasa English. Apabila langgan Unifi, cuba lihat item pertama tu. Unifi sendiri mempunyai kontrak 24 bulan dan jika ingin membuat penamatan langganan dalam tempoh kontrak, anda perlu membayar sejumlah wang berdasarkan baki bulan yang tinggal.

Sebagai contoh, anda melanggan pakej Unifi 100Mbps yang didatangkan bersama Unifi PlayTV. Harga diskaun yang TM berikan adalah RM129.00. Tetapi anda perlu membayar pada harga sebelum diskaun iaitu RM159 X berapa baki bulan (Kontrak) yang tinggal.

RM159 X 18 Bulan (Contoh) = RM2862.00

Bukan ia satu pembaziran? Jadi bila nak langgan, fikir dulu dan jangan ingat bila langgan, servis tak o.k, tak nak bayar… bil tetap berjalan dan kontrak tetap berjalan. Ada masalah, buat aduan walaupun berkali-kali. Tamat kontrak, bolehlah nak terminate atau tukar ke provider lain.

Bagaimana Nak Buat Penamatan Langganan?

Anda perlu selesaikan semua bil tertunggak termasuk penalti. Penamatan langganan boleh dibuat di mana-mana TM point serta atau melalui portal selfcare https://unifi.com.my

Eh, ada masa tak? jom tengok pengalaman juruteknik TM yang terperangkan di rumah pelanggan. Video di bawah

Adakah info ini berguna untuk anda?

Jika anda ada pertanyaan berkaitan pendaftaran unifi , boleh tinggalkan komen di bawah. Semoga info ini bermanfaat untuk anda semua. Terima kasih

TM Unifi Kuantan : 019 – 9377 794 (Pendaftaran/Jualan)

TM Unifi Kuantan Contact Number: 019 – 9377 794 (Registration/Sales)


Telekom Malaysia : 100 (Aduan/Kerosakan/Bil)

Telekom Malaysia : 100 (Enquiry/Support/Billing)

p/s : untukk pendaftaran Unifi, Streamyx (Unifi Lite) atau unifi mobile postpaid di kawasan selain dari kawasan Kuantan, boleh rujuk senarai kawasan ini untuk perkhidmatan saya : https://www.hafizalbroadband.com/blog/kawasan-perkhidmatan

sumber video : Unifi

Loading

Perlukan Ke Bayaran Pendahuluan Untuk Daftar Unifi?

Dah langgan Unifi ke belum? Khusus untuk kawasan Kuantan – Pahang, saya boleh bantu untuk semak dan buat pendaftaran Unifi sama ada kedai atau rumah kediaman. Saya adalah wakil penjual sah TM ( TM Authorised Reseller).

Biasa dengar ke TM Authorised Reseller ni atau Wakil Penjual Sah TM ni? . Kalau anda lihat di website Unifi, atau pamplet, kebiasaannya memang ada pun mention kami sebagai penjual sah.

Dengan lantikan yang TM berikan kepada kami ni, kami boleh secara terus menjual pakej-pakej internet yang TM keluarkan dan benarkan.

Ada yang bertanya, kalau langgan pakej Unifi TM ni, perlukan buat bayaran pendahuluan (Unifi advance payment)?. Di bawah ni saya terangkan bagaimana anda tak perlu buat bayaran pendahuluan jika mendaftar Unifi.


Ejen/Reseller Guna Mykad Reader


Salah satu perkara yang perlu anda ambil perhatian adalah keselamatan data peribadi. Ada banyak kes di mana kecuaian sesetengah orang memberikan salinan kad pengenalan tanpa membuat ‘cross’ untuk kegunaan tertentu. Maka apa yang terjadi?

TM Mykad Reader Unifi Kuantan

Salinan kad pengenalan tersebut di manipulasikan dan digunakan untuk membuat pelbagai pendaftaran lain selain dari apa yang anda mohon.

Anda tak risau?

Jika anda membuat pendaftaran melalui saya dan team saya (Ejen/TM Authorised Reseller), kami telah dibekalkan dengan Mykad Reader di mana tiada salinan kad pengenalan anda diperlukan. Hanya perlu jumpa, buat pengesaahan cap jari dan mykad melalui mykad reader.

Ada borang ke? Ada. Tetapi ia bukan fizikal. Ia adalah e-form di mana semua maklumat anda di isikan ke dalam borang elektronik melalui aplikasi TM. Data anda selamat dan salinan e-from anda akan diberikan melalui email.


Tiada Wang Pendahuluan Di Perlukan


Buat pendaftaran Unifi dengan saya , tiada wang pendahuluan diperlukan. Anda hanya perlu berjumpa dengan saya, atau wakil saya untuk urusan pendaftaran dan pengesahan cap jari melalui Mykad Reader.

Jika anda mendaftar di saluran lain tanpa melalui Mykad Reader, anda perlu membayar wang pendahuluan sebanyak RM100 dalam tempoh 10 hari selepas Unifi anda berjaya di aktifkan. Bayaran RM100 tersebut akan di masukkan ke dalam bil TM akan datang sebagai pembayaran bil anda.

Kegagalan anda membuat pembayaran, akaun Unifi anda akan disekat dan perlu hadir ke mana-mana TM Point terdekat untuk urusan penyambungan semula. Tak ke menyusahkan diri? .

Nampak Tak Cara Buat Pendaftaran Unifi Tanpa Bayaran Pendahuluan?

Jadi anda tak perlu risau hal duit, daftar dengan saya, pasang dan guna dahulu. Sampai bil, anda bayarlah dengan aman di mana-mana saluran pembayaran yang TM telah tetapkan. Sebagai contoh, pembayaran melalui mesion kiosk TM. Cara pembayaran boleh tengok dalam video di bawah :


Adakah info ini berguna untuk anda?

Jika anda ada pertanyaan berkaitan pendaftaran unifi , boleh tinggalkan komen di bawah. Semoga info ini bermanfaat untuk anda semua. Terima kasih

TM Unifi Kuantan : 019 – 9377 794 (Pendaftaran/Jualan)

TM Unifi Kuantan Contact Number: 019 – 9377 794 (Registration/Sales)


Telekom Malaysia : 100 (Aduan/Kerosakan/Bil)

Telekom Malaysia : 100 (Enquiry/Support/Billing)

p/s : untukk pendaftaran Unifi, Streamyx (Unifi Lite) atau unifi mobile postpaid di kawasan selain dari kawasan Kuantan, boleh rujuk senarai kawasan ini untuk perkhidmatan saya : https://www.hafizalbroadband.com/blog/kawasan-perkhidmatan

sumber video : Papayie Channel

Loading