Monthly Archives: September 2019

Dapatkan Internet Di Rumah Dengan Unifi Lite Promo RM69

Kemaskini : PAKEJ INI TELAH DITAMATKAN JUALAN BERMULA 2020

Adakah anda sedang mancari pakej internet untuk kegunaan seharian anda di rumah? Anda cari yang murah?

Di sini saya kongsikan satu pakej menarik dari Telekom Malaysia Berhad – TM yang termurah untuk dipasang di rumah.

Percaya tak dengan harga hanya RM69, anda sudah boleh dapat internet berkelajuan sehingga 8Mbps? Tanpa HAD!. Unlimited!

Pakej ini di tawarkan khas kepada kepada pelanggan yang berminat mendaftar pada bulan ini – September 2019. Tidak ketinggalan juga adalah pelanggan sedia ada Streamyx!.


Apa yang menarik:

  • Harga yang promosi yang teramat murah berbanding dengan harga pasaran sebelum ini yang TM tawarkan iaitu RM160/bulan!
  • Kelajuan sehingga 8Mbps!
  • Tanpa Had!.
  • Tiada caj pendaftaran.
  • Harga yang lebih murah dari yang pernah TM tawarkan sebelum ini

Untuk pengetahuan anda, promosi ini berjalan sehingga 30 September 2019 sahaja dan bermula 1 Oktober 2019, setiap pendaftaran akan dikenakan harga baru iaitu RM89/bulan.

Saya adalah ejen berdaftar yang mengurusakan pendaftaran Unifi Lite ini seluruh Malaysia di kawasan-kawasan tertentu. Saya juga adalah wakil jualan sah yang telah menjalankan perkhidmatan jualan produk TM ini sejak tahun 2010.

Oleh itu saya kongsikan kandungan pakej ini. Semoga membantu anda membuat pilihan terbaik. :


Isi Kandungan

  1. Harga yang ditawarkan

  2. Apakah yang termasuk dalam pakej ini

  3. Berapakah kos pemasangan

  4. Apakah perbezaan jika daftar bulan ini dengan bulan hadapan?

  5. Apakah peralatan yang akan diterima?

  6. Di mana nak buat pembayaran bil?

  7. Tempoh Kontrak & Penalti

  8. Macam mana nak daftar?

 


Berapakah Harga Yang Ditawarkan Untuk Pakej Unifi Lite Ini?


Harga yang ditawarkan adalah cukup kompetitif dan termurah di Malaysia.

Harga promosi yang ditawarkan untuk pakej ini adalah RM69.00 jika anda mendaftar pada bulan September 2019.

  • Harga ini kekal.
  • Harga ini tidak termasuk dengan caj cukai perkhidmatan 6%.
  • Harga ini tidak termasuk caj panggilan tambahan.


Pakej Unifi Lite Merangkumi :


Dengan harga yang dinyatakan di atas, pakej ini mengandungi:

  • Kelajuan muat turun (download) sehingga 8Mbps
  • Kelajuan mua naik (upload) sehingga 512Kbps.
  • Akses percuma ke aplikasi Unifi PlayTV dengan saluran Free-to-Air
  • 30 hari tontonan percuma untuk semua saluran Unifi PlayTV yang ada.
  • Tiada had kuota (unlimited)
  • Panggilan PERCUMA ke semua talian tetap seluruh Malaysia
  • Caj 10 sen/minit untuk panggilan ke talian mudah alih
  • 1 set wireless modem
  • 1 set telefon wireless
  • 1 tahun (24 bulan) kontrak

Harga ini tidak termasuk:

  • Caj 6% cukai perkhidmatan
  • Caj pendawaian telefon


Berapakah Caj Pemasangan Yang Dikenakan?


Ramai yang bertanya kenapa caj pemasangan dikenakan sedangkan dan terdapat ayat mengatakan caj pemasangan dikecualikan atau percuma terus.

Untuk pengetahuan, caj pemasangan yang dikenakan oleh kontrakor/installer adalah caj untuk pendawaian dan pengaktifan talian telefon. Untuk kediaman yang belum ada talian telefon yang aktif, pendawaian dan pemasangan telefon diperlukan untuk menggunakan internet serta telefon itu sendiri.

Caj yang dikenakan untuk pemasangan baru adalah RM30-RM50 bagi pendawaian sedia ada. Maksudnya, jika kediaman anda sudah mempunya kabel sedia ada yang disediakan pihak pemaju atau penyewa lama.

Jika rumah anda memang tiada langsung pendawaian baru, caj yang dikenakan mungkin sehingga RM100 bergantung kepada keadaan kawasan, kehendak, dan juga keperluan. Anda boleh berbincang dengan kontraktor terbabit.

Pendawaian dan pemangan modem internet juga diberi tempoh jaminan selama 30 hari bermula dari tarikh pemasangan dibuat. Jika ada apa-apa masalah berlaku pada sambungan internet serta telefon anda, boleh terus berhubung dengan kontraktor tersebut untuk pembaikan.


Apakah Bezanya Jika Saya Daftar Bulan Depan Berbanding Mendaftar Pada Bulan Ini?


Ada sesetengah dari kita akan ambik sikap tunggu dan tangguhkan untuk dapatkan tawaran lebih menarik akan datang.

Percayalah, jika anda mendaftar pada bulan ini, perbezaan besarnya adalah harga, kontrak dan juga peralatan yang diterima.

Berikut saya kongsikan jadual perbezaan antara mendaftar pada bulan ini dengan harga RM69 dan juga mendaftar pada bulan hadapan dengan harga RM89

Tempoh kontrak yang lebih panjang, tiada lagi set telefon wireless diberi, dan juga harga yang meningkat iaitu RM89 menjadikan satu sebab kenapa anda perlu daftar pada bulan ini

Peralatan Yang Diterima


Contoh Modem Wireless / Wifi yang akan diberikan jika melanggan pakej Unifi Lite RM69
Contoh Cordless / Wireless Phone Yang Akan Diberi
  • Semua peralatan di atas didatangkan dengan 1 tahun jaminan kerosakan.
  • Modem dan telefon wireless / cordless phone diberikan hanya untuk pemasangan baru sahaja. Jika anda dari pakej rendah upgrade ke Unifi Lite, tiada peralatan diberikan.
  • Jika peralatan rosak dalam tempoh jaminan, TM akan gantikan dengan yang baru. Jika selepas tempoh jaminan, anda boleh dapatkan di mana-mana kedai komputer, kedai elektrik berhampiran.


Di Mana Nak Bayar Bil?


Dengan aplikasi myunifi, anda boleh lihat bil-bil terkini anda, buat pembayaran, dan berhubung dengan TM lebih mudah. Alternatif lain, anda boleh bayar bil melalui saluran di bawah :

Cara paling mudah nak uruskan akaun Unifi anda adalah dengan muat turun (download) aplikasi myunifi dari Goole Playstore atau AppStore. Dengan aplikasi tersebut.

  • Portal unifi.com.my
  • TM Point
  • TM Point Authorised Dealer (TAD)
  • Online Banking – Bank Terlibat Sahaja
  • Pos Malaysia

Untuk semua senarai penuh saluran pembayaran boleh rujuk di sini : Saluran Pembayaran


Apakah Tempoh Kontrak Untuk Unifi Lite Dan Servis Tambahannya? Adakah Penalti Dikenakan Jika Anda Menamatkan Langganan Dalam Tempoh Kontrak?

Anda boleh rujuk jadual di bawah untuk tempoh kontrak dan juga penalti yang akan dikenakan.

Untuk memohon penamatan langganan, pastikan anda tidak membuat baki tertunggak di dalam akaun. Untuk lebih maklumat, boleh rujuk terma dan syarat di sini :

Permohonan untuk menamatkan langganan boleh di buat dengan log in ke dalam akaun Self Care di portal unifi.com.my atau terus ke mana-mana TM Point terdekat seluruh Malaysia.

Lihat dalam jadual di atas, bermula Oktober, tempoh kontrak bagi pemasangan baru akan dikenakan selama 24 bulan.


Berminat Untuk Melanggan Unifi Lite Promo RM69?


Jangan lepaskan peluang ini!. Hanya boleh dapatkan harga ini pada bulan September 2019 ini sahaja.

Apa yang lebih penting adalah:

Semua pelanggan sedia ada yang telah melanggan sebelum Ogos 2019 tak kira apa pakej yang mereka langgan (tak termasuk produk tambahan) akan mendapat harga RM69 bermula bulan Oktober 2019.

Jadi untuk anda yang baru nak melanggan, tak perlu compare dengan produk lain. Jangan tunggu lama-lama, anda boleh terus berhubung dengan saya di talian 019-9377 794.

Loading

Unifi 30Mbps Unlimited Kuantan Pahang

Pakej Unifi 30Mbps RM89 Unlimited

Adakah anda sedang mencari pakej internet tanpa had (unlimited internet) untuk kegunaan di rumah?

Percaya atau tidak, internet sudah menjadi keperluan mustahak bagi setiap rakyat Malaysia. Tak kira tua atau muda.

Menjadi satu kebiasaannya juga, kita akan pilih pelan internet terbaik dan internet yang laju untuk kegunaan kita. Harga internet pun sudah murah dan berpatutan untuk di milik.

Ada yang tanya, Unifi 30Mbps ni laju tak? Boleh buat review?

Tak susah nak review. Dalam post kali ni saya nak share lebih detail tentang pakej pakej internet yang murah ni iaitu pakej Unifi 30Mbps berharga RM89/bulan.

Ada banyak variasi pakej ni selepas bertahun di pasarkan. Tapi review dan share saya ni adalah yang paling basic tentang pakej ni.

Pakej ini bukan sahaja murah dan mampu milik. Tapi memberikan kelajuan internet tanpa had (unlimited). Untuk rakyat Pahang, khususnya Kuantan, saya memberi perkhidmatan pendaftaran pakej Unifi secara percuma.

Apa yang terbaik dengan pakej ini?

  • Kelajuan muat turun (download) sehingga 30Mbps
  • Kelajuan muat naik (upload) sehingga 10Mbps
  • Tiada had kuota (unlimited)
  • Harga yang murah dan berpatutan
  • Bantuan teknikal terus dari TM dan tidak melalui pihak ke-3

Secara ringkasnya, jika anda memang sedang mencari pakej internet tanpa had (unlimited) di rumah, pasti anda akan menyukai pakej ini.


Isi Kandungan


Apakah yang ditawarkan oleh TM melalui promosi pakej Unifi Home 30Mbps Unlimited?


Unifi 30Mbps Kuantan Pahang

Di bawah pelan ini, anda akan menikmati :

  • Harga bulanan yang tetap RM89
  • Muat turun 30Mbps (download)
  • Muad naik 10Mbps (upload)
  • 6 BULAN AKSES PERCUMA aplikasi Lionsgate Play
  • 6 BULAN UPGRADE PERCUMA KELAJUAN 100Mbps
  • Tiada had kuota (unlimited)
  • Caj panggilan 20 sen/minit

* Harga RM89 tidak termasuk dengan cukai perkhidmatan 6%*

* Harga yang dipaparkan adalah tidak berubah


Apakah Keistimewaan Lain Pakej Ini?



Sebagai tambahan, pelan ini di datangkan dengan perkara di bawah :

  • Pengaktifan dan pemasangan PERCUMA
  • Wireless router PERCUMA*
  • BTU Modem

* Wireless router hanya diberikan jika melibatkan PEMASANGAN BARU SAHAJA.

*Set telefon / telefon wireless / Cordless phone tidak diberikan. Anda boleh dapatkan di mana-mana TM Point terdekat atau kedai telefon berhampiran.


Bolehkan Pelanggan Unifi Basic 30Mbps 60Gb Kuota Naik Taraf (Upgrade) Ke Pakej Ini?


Sebenarnya bukan sahaja pakej Unifi Basic 60Gb boleh upgrade ke pakej ini. Tapi pakej Streamyx lama atau kini dikenali dengan Unifi Lite boleh upgrade ke pakej ini tanpa sebarang penalti.

Untuk naiktaraf (upgrade) ke pakej ini, anda boleh berhubung dahulu dengan saya untuk dapatkan info.

Terlebih dahulu anda perlu pastikan yang anda tidak mempunyai kontrak sama ada pakej internet tersebut atau anda pernah langgan apa-apa servis tambahan TM.


Adakah Terdapat Kontrak Serta Penalti Dikenakan Jika Anda Menamatkan Langganan Dalam Tempoh Kontrak?


Perkara pertama yang anda perlu pertimbangkan adalah kontrak. Kontrak yang ditetapkan untuk pakej Unifi Home 30Mbps Unlimited adalah 24 bulan ( 2 tahun).

Penalti yang akan dikenakan adalah mengikut baki bulanan yang tinggal. Anda harus membayar langganan bulanan untuk baki bulan yang tinggal.

Sebagai contoh :

Suraya melanggan pakej Unifi Home 30Mbps pada 1 Januari 2019. Selepas enam bulan melanggan, beliau bercadang untuk menamatkan langganan tersebut untuk bertukar ke pakej dari syarikat telco yang lain.

Kontrak Unifi Home adalah 24 bulan. Jadi beliau mempunyai baki kontrak dengan TM selama 1 tahun 6 bulan berjumlah 18 bulan.

Kos kesemua penalti yang akan dikenakan adalah :

RM89 X 18 = RM1602

Lebih malang lagi, beliau telah melanggan pakej Unifi PlayTV Ultimate iaitu satu servis IPTV dari TM yang berharga RM60/bulan. Berdasarkan jadual di bawah, kontrak minimum bagi Unifi PlayTV adalah 12 bulan. Jadi situasi ini, berbaki 6 bulan lagi kontrak.

RM60 X 6 = RM360

Kos keseluruhan adalah RM 1962.

Pelanggan perlu membayar semua baki terakhir dan tertunggak bagi memastikan proses penamatan berjalan dengan baik. Untuk lebih jelas boleh rujuk terma dan syarat.


Bagaimana Dengan Kos Pemasangan?


Hal berkenaan pemasangan andalah yang paling penting untuk anda ketahui. Ini untuk anda buat persediaan awal.

Saya telah huraikan secara terperinci di dalam post blog saya yang lepas dan anda boleh rujuk link di bawah untuk pemahaman anda.

Link :

https://www.hafizalbroadband.com/blog/panduan-lengkap-pemasangan-unifi-beserta-caj/


Ujian Kelajuan (Speed Test)


Berikut adalah speed test yang saya telah buat untuk pakej Unifi 30Mbps.

Untuk kelajuan muat turun (download speed) kita boleh lihat di bawah ini iaitu antara 30-31Mbps.

Untuk kelajuan muat naik (upload speed) keputusannya 10Mbps. Jadi kelajuan ini sudah boleh diterima dan normal.

Keputusannya hampir sama. Ujian kelajuan lebih tepat apabila kita gunakan sambungan kabel LAN.

Sangat penting ujian ini dibuat setelah pemasangan Unifi siap di lokasi premis perniagaan atau kediaman anda.


Di Mana Nak Bayar Bil?


Dengan aplikasi myunifi, anda boleh lihat bil-bil terkini anda, buat pembayaran, dan berhubung dengan TM lebih mudah. Alternatif lain, anda boleh bayar bil melalui saluran di bawah :

  • Portal unifi.com.my
  • TM Point
  • TM Point Authorised Dealer (TAD)
  • Online Banking – Bank Terlibat Sahaja
  • Pos Malaysia
  • TM Kiosk Machine

Untuk semua senarai penuh saluran pembayaran boleh rujuk di sini : Saluran Pembayaran

Bagaimana Nak Daftar?

Jom daftar ! Jangan tunggu lama-lama. Jangan banyak compare sangat dengan produk lain!. Nanti harga dah naik tak ada peluang dah nak apply.

Jom berurusan dengan saya kerana :

Saya berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang jualan produk TM dan dibimbing, diselia oleh pihak TM Pahang di bawah – TM Authorised Reseller (Penjual Sah TM).

Adakah info ini berguna untuk anda?

Jika anda ada pertanyaan berkaitan pendaftaran unifi , boleh tinggalkan komen di bawah. Semoga info ini bermanfaat untuk anda semua. Terima kasih

TM Unifi Kuantan : 019 – 9377 794 (Pendaftaran/Sales)

Telekom Malaysia Hotline : 100 (Aduan/Kerosakan/Bil)

p/s : Saya cover pendaftaran untuk seluruh Malaysia ya. Bukan Di Pahang Sahaja. PM saja saya jika perlukan bantun pendaftaran.

sumber video : Papayie Channel

019 – 9377 794

Loading