Monthly Archives: May 2018

Coverage UniFI Wireless Broadband Di Kuantan

Biasanya kita akan cari broadband yang murah dan menepati ciri-ciri yang kita nak. Hal ini adalah lumrah namun ia harus dinilai dari pelbagai aspek yang pertama sekali adalah berbaloi atau tidak untuk kita langgan satu-satu pelan internet tu.

Bulan lepas, TM umumkan pakej UniFI Wireless broadband. Pada asalnya saya sangka ia menggantikan kawasan liputan Webe Broadband dulu. Tapi sangkkan saya meleset. Ia tidak meluas seperti Webe Broadband sebelum ni.

Setakat hari ni, saya lihat hanya beberapa kawasan sahaja di Pahang ni yang berada dalam liputan UniFI Wireless Broadband. Kawasan seperti Sungai Isap, Bukit rangin, Cenderawasih, Bukit Setongkol, dan juga beberapa kawasan lagi berada dalam liputan.

Pada saya, ia adalah pelan yang murah dengan kuota data yang besar cuma harga untuk router agak tinggi walaupun TM telah memberikan diskaun kepada pelanggannya. Tapi kebaikannya adalah tiada kontrak dan bebas untuk top up bila-bila masa sahaja tanpa perlu risaukan tarikh bil.

 34 views today

ug fiber with microduct

Panduan Lengkap Pemasangan Unifi Beserta Caj

Kepada mereka yang ingin mendaftar Unifi, pasti anda tertanya-tanya berapakah kos pemasangan Unifi yang perlu disediakan bagi kediaman mahu pun premis perniagaan. Adakah ia percuma atau anda akan dicaj?

Pastinya kita akan memilih untuk dapatkan pemasangan percuma. Siapa yang tak mahu percuma? . Tapi anda harus ingat, bukanlah ia secara keseluruhannya percuma. Berhati-hati dengan dakyah ejen Unifi yang mengatakan PERCUMA!.

Ada sesetengah ejen yang tidak bertanggungjawab dengan mudah mengatakan semua pemasangan adalah percuma. Tetapi semasa buat pemasangan, ada perkara yang pelanggan dikenakan caj. Ini mengakibatkan masalah jika anda tidak bersedia, tidak menyangka atau tidak berbincang dengan pemilik rumah (jika rumah sewa).

Secara terperinci, saya akan jelaskan dengan panduan umum diberikan oleh pihak TM beserta pengalaman menguruskan permohonan Unifi pelanggan saya, dan juga info yang diberikan oleh pihak kontraktor yang berurusan dengan saya.


Isi Kandungan



Hal Berkenaan Sebelum Pemasangan


Selepas pendaftaran Unifi di buat, tidak kira anda berurusan dengan ejen jualan, staff, TM Point atau mana-mana saluran, pastikan anda faham hal berkenaan pemasangan.

Saya sarankan di mana-mana sekalipun anda buat pendaftaran, pastikan anda dapatkan nombor contact ejen jualan terbabit. Jika anda daftar di TM Point, boleh dapatkan nombor telefon TM Point dengan pegawai di situ.

Ini adalah untuk memudahkan anda rujuk apa sahaja berkenaan pemasangan, info pakej serta hal berkenaan bil. Jadi tidaklah anda ditinggalkan begitu sahaja tanpa bantuan.

Secara umumnya, saluran pertanyaan dan aduan adalah melalui talian 100 atau aplikasi Myunifi.

Anda akan menerima SMS dari TM berkenaan nombor order, tarikh pemasangan, nama kontraktor, dan juga slot pemasangan sama ada sesi pagi atau petang. Ia adalah SMS automatik dari TM jika permohonan anda berjaya.

Hal berkenaan port tiada, alamat tiada, survey lokasi, memang anda tidak akan dapat SMS pemasangan sehingga dimaklumkan permohonan berjaya. Jadi rujuk dengan saluran atau ejen jualan yang uruskan permohonan anda.


Persediaan Sebelum Pemasangan


Sebelum pemasangan, anda perlu sediakan point plug yang mencukupi mengikut pakej yang anda langgan. Anda juga dikehendaki sediakan dan tetap terus di lokasi mana yang anda ingin letak modem dan wifi router.

Anda juga boleh berbincang dan dapatkan khidmat nasihat dari kontraktor tentang perkara tersebut tetapi bekalan kuasa elektrik dari plug mesti berdekatan atau anda sediakan extension plug yang mencukupi.

Sekurang-kurangnya dua point plug digunakan untuk pakej yang tidak melibatkan pemasangan Unifi TV Box . Jika melibatkan Unifi TV Box, sediakan minima 3 point plug.

Ini tidak termasuk dengan plug TV atau peralatan lain yang anda gunakan.

Perlu di ingatkan, bergantung pada keadaan dan lokasi pemasangan yang anda minta, akan ada tebukan untuk proses memasukkan kabel dari luar rumah ke dalam rumah. Jadi anda boleh berbincang dengan kontraktor menggunakan laluan mana nanti.

Unifi-Drilling

Pemeriksaan Oleh Kontraktor Pemasangan


Apabila kontraktor tiba, anda boleh beritahu jenis pemasangan bagaimana yang anda mahukan. Disebabkan ada dua jenis pemasangan yang TM sediakan, anda beritahu dan bertanyalah dengan kontrakor pemasangan manakah sesuai.

Jika anda inginkan pemasangan percuma – STANDARD INSTALLATION, beritahu kepada kontraktor dan mereka akan periksa sama ada ia boleh dibuat atau perlukan sedikit tambahan kos.

Ini adalah kerana setiap jenis laluan, keadaan rumah, permintaan pelanggan berbeza. Merekalah yang akan berikan jawapan lebih jelas kerana mereka berada di lokasi.

Untuk pemasangan jenis PERCUMA (STANDARD INSTALLATION), BERBAYAR (NON STANDARD INSTALLATION), saya akan berikan panduan umum yang telah ditetapkan oleh pihak TM. Bukan saya yang tetapkan.


Berkenaan Pemasangan Luar Premis – DP On Ground


Jika anda tinggal di kawasan rumah yang mempunyai infra jenis ON Ground FDP atau port Unifinya jenis berada di atas tanah, kemungkinan akan dikenakan caj.

Unifi Standart Installation

TM tidak lagi menyediakan Fibre Wall Socket di dinding luar rumah anda. Jadi pemasangan kabel akan terus ke dalam rumah selepas tebukan dibuat.

Bagi microduct, TM tidak lagi sediakan percuma untuk anda. Ia hanya di pasang mengikut permintaan anda, keperluan dan pemasangan di dalam siling. Harga kos untuk microdut semasa post ini di tulis adalah RM10/meter.

Bertanyalah dan berbincanglah dengan pihak kontraktor . Berikut adalah contoh pemasangan jenis berbayar (STANDARd INSTALLATION) dan jenis microduct yang di pasang.

Unifi Standart Installation


Berkenaan Pemasangan Luar Premis – DP On Pole


Unifi FDP

Lihat gambar di atas. Jika anda tinggal di kawasan yang mempunyai FDP seperti ini, kebiasaannya lebih mudah untuk urusan pemasangan ke rumah.

Tiada kos dikenakan untuk pemasangan di luar melalui FDP secara umumnya tetapi rujuk gambar di bawah, jika pemasangan melibatkan underground cabling, caj dikenakan minima RM212.

Unifi-outside-Premis

Semua urusan ini anda perlu berbincang dengan pihak kontraktor yang datang ke rumah anda. Jika anda mereka tidak dapat buat kerja luar skop kerja, anda boleh upah kontraktor anda sendiri.


Berkenaan Pemasangan Dalam Premis – Pendawaian Dalaman


Untuk pemasangan di dalam premis pula, TM menyediakan dua jenis pemasangan berbayar atau pemasangan percuma. Bergantung kepada jenis pendawaian, keperluan pendawaian, kehendak pelanggan, ia boleh jadi percuma atau berbayar.

Untuk Pemasangan PERCUMA – STANDARD INSTALLATION.

Tiada casing, tiada microduct, dan laluan kabel adalah pada dinding sahaja. Kabel dipaku menggunakan clip . Boleh rujuk gambar di bawah .

unifi standart installation
Unifi Standart Installation

Panjang kabel yang disediakan adalah maksimum 50 meter tetapi tertakluk kepada perubahan semasa. Anda boleh rujuk dengan kontraktor anda.

Jenis Pemasangan Berbayar – Non Standard Installation

Untuk pemasangan yang lebih cantik, kemas dan tersembunyi, sudah pasti akan dikenakan kos pembayaran. Kos minima yang dikenakan adalah RM66. Kontraktor akan ukur dan lihat keadaan, keperluan pendawaian dan harga akan diberitahu.

Jika anda tidak setuju, boleh berbincang dengannya untuk laluan lain atau bagaimana.

Semua kos perlu di bayar terus kepada kontraktor dan jaminan kerosakan adalah dalam tempoh 1 bulan. Saya nasihatkan anda menyimpan nombor telefon kontraktor untuk memudahkan anda berhubung berkenaan kerosakan (Dalam tempoh jaminan), membuat pemindahan kabel dan lain-lain.


Berkenaan Semasa Pemasangan


Sebenarnya sebahagian hal semasa pemasangan saya telah sentuh dalam beberapa point di atas. Cuma suka saya pesan di sini adalah, jika anda ada pertanyaan untuk menukar password dan nama wifi anda, teruslah berurusan dengan pihak installer yang datang tersebut.

Untuk kemudahan anda akan datang, boleh belajar dan mintak tunjuk ajar berkenaan cara menukar password dan nama wifi yang anda inginkan. Catit semua username unifi (id unifi), password akaun Unifi anda bagi memudahkan juga anda untuk menukar set wifi router anda sendiri kelak jika perlu.

Pastikan juga anda telah membuat testing speed unifi anda. Jika anda langgan 100Mbps, pastikan anda dapat 100Mbps. Boleh minta pihak installer buatkan dan tunjukkan kepada anda.

Setelah selesai, simpan semua maklumat tersebut di tempat yang senang nak cari atau rujuk.

Hal-hal berkaitan teknikal, apa-apa tak puas hati tentang pemasangan teruslah bercakap dengan kontraktor semasa mereka berada dengan anda. Saya percaya mereka orang baik-baik dan ada budi bicara.


Berkenaan Selepas Pemasangan


Setelah semuanya selesai, pemasangan dah siap, jika ada pembayaran dikenakan, dapatkan resit pembayaran untuk rujukan anda. Berbalik kepada isu tak puas hati berkenaan caj pemasangan, resit adalah perkara penting.

Resit Unifi

Sebab itu saya pesan, jika boleh selesaikan semuanya hal semasa pemasangan dibuat. Soal caj, berundinglah dengan pihak installer/kontraktor baik-baik.

Jika tiada pilihan anda boleh adukan hal berkaitan pemasangan melalui talian 100 atau datang terus ke TM Point lebih mudah.


Aduan Kerosakan & Aduan Pemasangan


Untuk buat aduan kerosakan pendawaian dalam tempoh jaminan, perkara pertama adalah anda perlu rujuk dengan pihak kontraktor/installer yang buat pemasangan di rumah anda.

Atas sebab itulah saya tekankan anda menyimpan resit dan nombor mereka untuk tindakan lanjut.

Jika masih tiada tindakan dari mereka, boleh terus berhubung dengan talian 100 . Satu lagi hal penting adalah dapatkan NOMBOR PERKHIDMATAN (SERVICE NUMBER) anda. Ia adalah nombor telefon rumah anda.

Banyak pelanggan terlepas hal ini. Nombor tersebut adalah perkara penting untuk anda masukkan semasa membuat aduan dengan pihak TM sama ada melalui live chat (MyUnifi Apps), atau panggilan melalui talian 100.

Apa yang anda faham adalah anda tidak menggunakan telefon rumah. Tetapi sebenarnya semua akaun Unifi atau Streamyx dibekalkan dengan nombor telefon rumah tanpa set telefon.

Cordless Phone

Set telefon anda boleh beli sendiri melalui TM Point atau mana-mana kedai elektrik atau pasaraya tertentu. Di online shopping seperti shoppe juga ada jual. Ada dua jenis iaitu set telefon biasa, atau cordless phone.

Ada banyak saluran aduan dan pertanyaan yang boleh anda gunakan . Boleh rujuk melalui link ini : https://unifi.com.my/support/contact-us


Perkongsian Pengalaman


Sedikit perkongsian dari saya yang telah uruskan permohonan Unifi sejak tahun 2010. Ada banyak isu sebenarnya . Cuma yang penting di sini adalah semasa anda berurusan dengan kontraktor. Perkara yang anda tidak puas hati teruslah berbincang. Jika tidak setuju, batalkan sahajalah permohonan anda.

Janganlah ibarat pepatah – Rumah sudah siap pahat masih berbunyi.

Ada satu kes yang saya ingat sampai sekarang. Lokasi di Kuantan, Pahang. Tuan rumah ingin buat pemasangan melalui siling. Tetapi kontraktor gagal tarik kabel melalui siling akibat ada blocking / sekatan di atas siling untuk terus ke lokasi turunkan kabel.

Maka pihak kontraktor memberitahu kepada pelanggan, perlu guna laluan biasa atau upah tukang rumah untuk betulkan laluan atas siling.

Tidak bercakap banyak, hal tersebut selesai dengan kos dan tindakan oleh pelanggan sendiri.

Begitu juga dengan pemasangan membabitkan surface cabling untuk rumah jenis FDP atas tanah seperti yang saya kongsikan di atas. Ejen telah terangkan hal berkaitan pemasangan. Jadi ruang anda bersama dengan installer, bincanglah sebaiknya.

Luar rumah apatah lagi atas tanah, risikonya macam-macam. Lebih baik laburkan sedikit wang untuk lindungan kabel untuk jangka masa panjang.

Halangan lain juga adalah masalah anjung/awning. Jika hal tersebut sampai menggangu kerja-kerja pemasangan, bincanglah baik-baik untuk guna laluan lain atau carilah tukang untuk betulkan halangan tersebut.

Kontraktor/installer juga sebenarnya tidak dibenarkan naik ke atas atap. Ia berkenaan dengan STANDARD KESELAMATAN – OSHE yang mereka perlu patuhi. Jadi jika itu menjadi halalangan, sekali lagi gunakanlah laluan lain.

Banyak perkara yang berlaku . Tetapi semuanya boleh diselesaikan dengan baik jika pelanggan BERUNDING dengan baik. Jika semuanya tidak menepati kehendak anda, batalkan sahajalah ATAU cari kontraktor luar terlebih dahulu. Anda bayar sahaja ikut kehendak dan keinginanan anda.


PENAFIAN


Saya ingin menegaskan yang saya bukanlah kontraktor yang terlibat dengan kerja-kerja pemasangan apatah lagi terlibat dengan kerja-kerja teknikal TM. Segala pengetahuan yang saya kongsikan adalah dari pengalaman kontraktor, pengalaman saya berurusan, dan juga info yang disampaikan oleh pihak TM kepada saya. Mohon jangan salah faham. Jika ada kesalahanan, saya mohon maaf.

Terdapat beberapa pihak salah faham dan menggesa saya bekerjasama dalam hal-hal teknikal dan pemasangan yang luar bidang saya. Saya hanyalah wakil jualan yang menjalankan kerja-kerja jualan produk TM.

Untuk pihak kontraktor/installer, mohon maaf jika apa yang saya tulis bercanggah dengan apa situasi, kadar harga yang anda kenakan. Jika ada teguran, boleh tulis di ruangan komen untuk kita sama-sama berkongsi maklumat.

Untuk kerja-kerja cabling yang melibatkan custom installation atau memerlukan kontraktor luar untuk berhubung, mana-mana pemasangan yang melibatkan pelanggan saya sendiri (Hafizal), akan saya bantu untuk urusan melibatkan kontraktor dan dengan pihak pengurusan TM HQ Pahang. Untuk permohonan yang tidak melalui saya,  mohon berurusan terus dengan ejen/TM sendiri kerana saya tiada data dan kekangan akses untuk order anda tersebut.

Gambar rujukan : https://www.facebook.com/repairunificontractor


Berminat Nak Pasang Unifi?


Jika anda di kawasan yang ada coverage Unifi, jangan lepaskan peluang untuk buat pemasangan Unifi. Saya boleh bantu anda.

Apa yang lebih penting adalah :

Anda mendapat khidmat nasihat dan bantuan urusan permohonan Unifi terbaik dan tanpa risau data peribadi disalah gunakan. Ini kerana hanya saya sahaja yang uruskan permohonan Unifi anda.

Kenapa? Bukankah anda sedang berurusan dengan Hafizal Broadband? Ya, Hafizal itu nama saya. Hehe

Permohonan Unifi boleh di buat dengan terus berhubung dengan saya melalui Whatsapp link ini : 019-9377794

Anda juga boleh gunakan contact form dibawah untuk berhubung secara terus melalui emel:

     203 views today

    25 Saluran Percuma UniFI TV – Mei 2018

    Sekarang ni ramai yang langgan satelit TV untuk keselesaan hiburan di rumah. Tapi dalam masa yang sama masih memerlukan internet di rumah. Sudah jadi keperluan bukan?

    Mengikut pemerhatian saya, Mereka yang pakai internet unlimited adalah kerana mereka mempunyai sebab-sebab berikut :

    • Anak selalu tengok Youtube, streaming movie.
    • Anda pun kaki download, tengok movie.
    • Malas nak fikir hal baki kuota data.
    • Memang kerja mereka memerlukan internet unlimited.

    So kalau nak pasang internet di rumah + saluran TV berbayar, dah tentu masalah kos yang tinggi. Jadi cara yang paling baik adalah satukan semuanya di rumah dengan satu bayaran.

    • Internet unlimited data.
    • Telefon
    • IPTV

    UniFI TV hadir dengan IPTV yang banyak channel untuk ditonton.  Walau bagaimana pun, masih ada yang setia dengan saluran free to air atau dengan kata lain, saluran biasa yang kita boleh dapat dengan menyambung antenna TV sahaja.

    Jangan risau, UniFI TV masih menyediakan saluran-saluran percuma dengan tambahan sehingga 25 saluran percuma untuk mereka yang melanggan UniFI atau TM Broadband (Streamyx).

    Setakat hari yang saya tulis post blog ni, TM menyediakan saluran percuma berikut :

    1. TV 1
    2. TV 2
    3. TV 3
    4. TV 7
    5. TV 8
    6. TV 9
    7. Salam HD
    8. TV Al Hijrah HD
    9. Laku Mall HD
    10. Now International HD
    11. Blue Ant Extreme HD
    12. Nat Geo People HD
    13. Travel Channel HD
    14. LUXE.TV HD
    15. Channel NewsAsia
    16. Euronews
    17. Bloomberg TV
    18. Bernama News Channel
    19. 1News Channel
    20. Parlimen Malaysia
    21. Channel W
    22. Australia Plus
    23. DW
    24. NHK World- Japan
    25. Outdoor Channel HD

    Nak cuba UniFI TV?

    Hubungi : 019 -93 777 794 (Hafizal)
    Link WhatsApp : 019-9377794 

     32 views today