Pakej Internet Murah : Unifi Wireless Broadband RM79

[Kemaskini Mei 2022: Produk Ini Sudah Tiada Di Pasaran.]

TM telah memperkenalkan satu produk baru yang diberi nama UniFI Wireless Broadband. Pakej ini disasarkan kepada mereka yang tinggal di kawasan liputan UniFI LTE yang mana inginkan perkhidmatan internet yang tiada kontrak.

Saya menghadiri sesi sidang video bersama TM baru-baru ini di Wisma TM Mahkota Kuantan.

Pakej ini memerlukan anda untuk membeli router bersama dengan sim kad . Ia tidak di jual berasingan atau ala carte. Bagi saya pakej ni menarik tapi harga router yang agak tinggi sekaligus saya melupakan niat saya untuk memiliki pakej ni.

Walaupun harga router dekat luar atau online dijual dengan harga lebih dari RM1000, ia berbaloi untuk dimiliki oleh mereka yang mampu. Kerana tiada kontrak. Saya pasti TM tak mahu pelanggan terikat dengan kontrak dan menawarkan router tersebut dengan harga yang rendah untuk dibeli oleh anda. Bukankah slogan TM UniFI Broadband ni adalah #Bebas?.

WiFI Router yang di bekalkan ni mudah . Tak payah nak panggil-panggil installer datang. Tak payah tunggu diaorang. Balik masuk sim kad, plug and play je. Boleh guna terus.

Satu lagi, device ni boleh connect max 64 device tak termasuk telefon. Sorry .. telefon hanya boleh connect 3 phone saja. Speed sambungan lebih laju iaitu pada 2.3Mhz.

Untuk pendaftaran, anda hanya perlukan mykad dan perlu membayar RM599 untuk harga device tersebut (RRP RM1099) . Tiada deposit diperlukan untuk warganegara Malaysia tetapi hanya RM100 dikenakan sebagai deposit jika bukan warganegara Malaysia. Untuk elakkan dari manipulasi harga dan lain-lain, anda hanya boleh membuat pendaftaran maksimum 3 pendaftaran sahaja.

Apa yang menarik, tiada lagi kuota suasana broadband seperti ini :

  • Kelajuan 4G hujung minggu percuma (Wei, orang nak bercuti dan jalan2 hujung minggu)
  • Kelajuan internet unlimited tengah malam hingga pagi (Orang nak tido laa)

Semua di atas ni tiada !. Anda boleh nikmati kelajuan internet LTE sepanjang masa dan nikmati kuota 60Gb bulanan yang diberikan sebebasnya!

Tapi apa jadi lepas cecah 60Gb ??

Speed internet drop jadi 128Kbps sehingga tarikh bil seterusnya atau nak tambah data, boleh top up mengikut pecahan seperti di bawah. Data yang top up tu boleh guna sehingga 90 hari. Tapi kuota bulanan 60Gb adalah mengikut tarikh bil.

3 Bulan Loyalty Waiver 

Jika anda bayar dengan cantik dalam tempoh 12 bulan, anda layak untuk dapat 3 bulan bil percuma dalam kategori Loyalti Waiver. Bulan yang ke 13 hingga bulan yang ke 15, anda dapat pengecualian bayaran bulanan. So 3 bulan tak perlu bayar bil. Syok oo..

Macam Mana Proses Pendaftaran , Penghantaran & Aduan?

Untuk Yang Mendaftar DI TM Point Atau Self Pickup

1# Buat Pendaftaran DI TM Point 
Walk in saja ke TM Point dan buat pendaftaran. Tak faham, tanya orang di kaunter.

2# Serahan Device
Customer service di TM Point akan semak dan test alat tersebut jika anda minta dan jika ada masalah, device tersebut akan di ganti dengan yang lain. Anda terus boleh gunakannya!

Untuk Yang Mendaftar Dengan Penjual Sah ( Hafizal Broadband ) – 019-9377794

1# Call / Whats App Saya 
Call atau WhastApp saya dan bantu anda untuk semakan liputan LTE UniFI . Jika ada liputan, saya akan menetapkan temujanji dengan anda untuk proses pendaftaran dan penerangan lebih lanjut.

2# Terima Device Dan Sim Dalam Tempoh 3-7 Hari
Anda akan menerima device dalam tempoh 3-7 hari bekerja. Penghantaran dibuat oleh syarikat penghantaran yang diuruskan oleh pihak TM. Bukan saya.

Device Ada Masalah Selepas Terima ??

Dalam Tempoh 24 Jam :

Anda perlu buat aduan melalui live chat di unifi.com.my . Customer service akan bantu anda untuk menentukan sama ada anda layak mendapatkan device baru.

Selepas Tempoh 24 Jam :

Anda perlu bawa device tersebut ke mana-mana pusat servis center Huawei di Seluruh Malaysia. Boleh semak di sini : Pusat Servis Center Huawei (Klik Link)

JANGAN SANGKA SEMUA TEMPAT ADA COVERAGE!

Buat semakan terlebih dahulu di website unifi.com.my. Di Pahang setakat ni tak banyak tempat terlibat. Tak sama dengan lokasi LTE Webe atau UniFI Mobile. So , hati-hati. Anda boleh semak di web unifi : https://unifi.com.my/wirelessbroadband/index.html

Setakat ni saja yang saya boleh share. Jika ada pertanyaan boleh je tanya saya. Tapi bukanlah saya terlalu expert dengan device tersebut. Ada perkara yang mungkin saya tak dapat beri jawapan segera atau memang diluar pengetahuan saya.

Loading

One thought on “Pakej Internet Murah : Unifi Wireless Broadband RM79

  1. Pingback: Senarai Penuh Liputan Unifi Wireless Di Kuantan Pahang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.