Perlukan Ke Bayaran Pendahuluan Untuk Daftar Unifi?

Dah langgan Unifi ke belum? Khusus untuk kawasan Kuantan – Pahang, saya boleh bantu untuk semak dan buat pendaftaran Unifi sama ada kedai atau rumah kediaman. Saya adalah wakil penjual sah TM ( TM Authorised Reseller).

Biasa dengar ke TM Authorised Reseller ni atau Wakil Penjual Sah TM ni? . Kalau anda lihat di website Unifi, atau pamplet, kebiasaannya memang ada pun mention kami sebagai penjual sah.

Dengan lantikan yang TM berikan kepada kami ni, kami boleh secara terus menjual pakej-pakej internet yang TM keluarkan dan benarkan.

Ada yang bertanya, kalau langgan pakej Unifi TM ni, perlukan buat bayaran pendahuluan (Unifi advance payment)?. Di bawah ni saya terangkan bagaimana anda tak perlu buat bayaran pendahuluan jika mendaftar Unifi.


Ejen/Reseller Guna Mykad Reader


Salah satu perkara yang perlu anda ambil perhatian adalah keselamatan data peribadi. Ada banyak kes di mana kecuaian sesetengah orang memberikan salinan kad pengenalan tanpa membuat ‘cross’ untuk kegunaan tertentu. Maka apa yang terjadi?

TM Mykad Reader Unifi Kuantan

Salinan kad pengenalan tersebut di manipulasikan dan digunakan untuk membuat pelbagai pendaftaran lain selain dari apa yang anda mohon.

Anda tak risau?

Jika anda membuat pendaftaran melalui saya dan team saya (Ejen/TM Authorised Reseller), kami telah dibekalkan dengan Mykad Reader di mana tiada salinan kad pengenalan anda diperlukan. Hanya perlu jumpa, buat pengesaahan cap jari dan mykad melalui mykad reader.

Ada borang ke? Ada. Tetapi ia bukan fizikal. Ia adalah e-form di mana semua maklumat anda di isikan ke dalam borang elektronik melalui aplikasi TM. Data anda selamat dan salinan e-from anda akan diberikan melalui email.


Tiada Wang Pendahuluan Di Perlukan


Buat pendaftaran Unifi dengan saya , tiada wang pendahuluan diperlukan. Anda hanya perlu berjumpa dengan saya, atau wakil saya untuk urusan pendaftaran dan pengesahan cap jari melalui Mykad Reader.

Jika anda mendaftar di saluran lain tanpa melalui Mykad Reader, anda perlu membayar wang pendahuluan sebanyak RM100 dalam tempoh 10 hari selepas Unifi anda berjaya di aktifkan. Bayaran RM100 tersebut akan di masukkan ke dalam bil TM akan datang sebagai pembayaran bil anda.

Kegagalan anda membuat pembayaran, akaun Unifi anda akan disekat dan perlu hadir ke mana-mana TM Point terdekat untuk urusan penyambungan semula. Tak ke menyusahkan diri? .

Nampak Tak Cara Buat Pendaftaran Unifi Tanpa Bayaran Pendahuluan?

Jadi anda tak perlu risau hal duit, daftar dengan saya, pasang dan guna dahulu. Sampai bil, anda bayarlah dengan aman di mana-mana saluran pembayaran yang TM telah tetapkan. Sebagai contoh, pembayaran melalui mesion kiosk TM. Cara pembayaran boleh tengok dalam video di bawah :


Adakah info ini berguna untuk anda?

Jika anda ada pertanyaan berkaitan pendaftaran unifi , boleh tinggalkan komen di bawah. Semoga info ini bermanfaat untuk anda semua. Terima kasih

TM Unifi Kuantan : 019 – 9377 794 (Pendaftaran/Jualan)

TM Unifi Kuantan Contact Number: 019 – 9377 794 (Registration/Sales)


Telekom Malaysia : 100 (Aduan/Kerosakan/Bil)

Telekom Malaysia : 100 (Enquiry/Support/Billing)

p/s : untukk pendaftaran Unifi, Streamyx (Unifi Lite) atau unifi mobile postpaid di kawasan selain dari kawasan Kuantan, boleh rujuk senarai kawasan ini untuk perkhidmatan saya : http://www.hafizalbroadband.com/blog/kawasan-perkhidmatan

sumber video : Papayie Channel

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.