Tag Archives: unifi plus box

Unifi Plus Box

Unifi Plus Box Masih Tiada Stok – Jangkaan Sehingga Jun 2020

Awal tahun 2020 lalu TM telah melancarkan Unifi TV Box terbaru yang dinamakan Unifi Plus Box. Ia adalah TV media box yang lebih baik dari box sedia ada iaitu V8 (warna putih).

Namun disebabkan permintaan yang tinggi, box tersebut telah kehabisan stok. Ramai yang melanggan pakej ini dan ada yang di antaranya menambah sehingga 3 box di dalam satu rumah bagi melengkapkan bilik-bilik yang ada.

Unifi TV Media Box V8

Bagi mereka yang melanggan setelah kehabisan stok, TM telah memberi diskaun kepada semua pelanggan yang telah melanggan pakej Unifi bersama Unifi Plus Box.

Sebagai contoh, mereka yang telah melanggan pakej Unifi Plus Box 300Mbps, mereka akan diberikan diskaun sebanyak RM60 menjadikan bayaran bulanan bilnya adalah RM139. Ia akan berpanjangan sehingga jangkaan Jun 2020.

Pendapat peribadi saya, tempoh diskaun diberikan adalah melebihi enam bulan kerana kilang box tersebut adalah berpangkalan di China. Dalam keadaan dunia di landa virus COVID-19, lebih-lebih lagi di China, ia memburukkan lagi keadaan.

So kepada yang masih belum menerima Unifi Plus Box, anda boleh terus menunggu, menonton semua saluran Unifi TV di komputer atau smartphone.

Satu lagi pilihan terbaru, anda boleh tukar/upgrade pelan anda kepada pelan terbaru yang menawarkan TV Media Box V8. Tolong buat di TM Point ya, saya dan semua ejen lain tak buat servis tersebut.

Apa yang saya share ni adalah khas untuk pengguna Unifi Fiber, dan mereka yang tinggal di kawasan yang ada infra Fiber Optik. Kalau tak tahu kawasan yang anda tinggal tu ada infra Fiber Optik atau tak, boleh terus PM / WhatsApp saya. https://bit.ly/2QyQiWD

Bagi yang dah tahu kawasan yang anda tinggal tiada infra Fiber Optik dan nak memohon pakej ini, saya terlebih dahulu memohon maaf kepada anda.

Baiklah, jika anda rasa perkongsian saya ni bermanfaat kepada anda, tinggalkan komen-komen yang membina di ruangan komen di bawah. Saya menghargai tindakan tersebut.

Untuk mereka yang tinggal di kawasan Kuantan, Pekan & Kuala Rompin – Pahang, boleh berhubung dengan saya untuk PERMOHONAN/PENDAFTARAN Unifi Lite (Streamyx) dan juga Unifi Fiber serta Unifi Mobile Postpaid.

Untuk luar kawasan yang saya tulis tadi, boleh semak: http://www.hafizalbroadband.com/blog/kawasan-perkhidmatan