Tag Archives: unifi jasa pack

Pakej Khas Talian Telefon Untuk Warga Emas – RM59

Masihkah anda mempunyai ibu & bapa?

Masih sihatkah mereka? Saya doakan mereka sentiasa sihat..

Salam takziah dari saya kepada anda jika ibu atau bapa anda telah pergi…

Jika anda masih ada ibu bapa, berapa kerapkah anda menghubungi mereka? bertanyakan khabar, berkongsi cerita, dan setidaknya mengucapkan kata-kata sayang dan rindu?

Saya yakin 100% anda adalah antara anak – anak yang baik dan mungkin juga yang membaca ini antara di kalangan ibu dan bapa yang sentiasa berhubung dengan anak-anak serta ibu bapa masing-masing.

Telekom Malaysia Berhad (TM) dengan pakej Unifi Mobile telah memperkenalkan kategori baru pek JASA untuk WARGA EMAS. Pakej dengan bayaran bulanan serendah RM59 ini boleh dihadiahkan khas kepada ibu bapa anda yang berumur 60 tahun ke atas.


Apa Yang Menarik Sangat Pakej Ni?


Apa yang menarik sudah tentu satu perkataan yang sentiasa di dalam hati pengguna sebelum memilih sebarang pakej telco iaitu UNLIMITED – TANPA HAD!

Dengan pakej ini , pengguna dapat manfaat besar seperti :

  • Penggunaan DATA TANPA HAD (Unlimited DATA). Tak perlu risau dah ibu bapa atau anda sendiri kehabisan data semasa melayari laman sosial untuk berkongsi cerita, kenangan, dan mendapatkan khabar berita keluarga tersayang.
  • Panggilan TANPA HAD (Unlimited CALL). Luahkan cerita, kasih sayang, rindu kepada keluarga anda, anak-anak, cucu dan sahabat.
  • SMS TANPA HAD (Unlimited SMS). Masih gunakan SMS? . Tak perlu risau kene caj atau kredit tak cukup.
  • Berkongsi internet dengan hotspot 10Gb setiap bulan untuk LTE/4G.
  • Kelajuan internet tanpa had. Walaupun murah, tidak ditetapkan setakat mana kelajuan internet tersebut.

RM59/bulan itu murah bukan?. Masih setia pada telco sedia ada? Jika murah tak apalah, abaikan tulisan saya ni. Tapi semak balik adakah telco tersebut memberikan semua manfaat di atas?.

Janganlah fikir lama-lama. Bukan anda kontrak. Cuba dulu baru tahu. Kalau tak cuba, tak tahu dan selamanya rugi bayar bil telefon mahal tapi ada yang murah ditawarkan. Kalau takut mencuba selamanya kita membazirkan wang pada manfaat yang sama , tapi MAHAL.

Bukankah lebihan wang boleh di simpan, dilaburkan atau disedekahkan pada yang memerlukan kan? atau setidaknya belanja orang yang TERSAYANG?.

Bertindak itu lebih baik daripada asyik mencari kelemahan & membuat perbandingan. Tiada telco yang sempurna. Tapi ada telco yang mungkin sesuai untuk kehidupan anda. CUBA DAHULU.

Boleh terus berhubung dengan saya. Talian saya 019-9377 794.

Guna Whatsapp? Selain save nombor saya, boleh terus chat dengan saya melalui link Whatsapp : https://wa.me/60199377794

Tinggalkan komen anda pada ruangan dibawah agar kita sama-sama boleh berkongsi penyelesaian dan pandangan.

Saya suka untuk membaca setiap komen yang ditinggalkan. Terima kasih saya ucapkan atas feedback anda.

Pek Jasa Unifi Mobile Kakitangan Kerajaan

Alhamdulillah, dengan izin tuhan saya telah berjaya mengharungi demam denggi. Sakitnya bermula pada malam 3hb lalu dan berlanjutan sehinggalah hari terakhir pada 9 Julai 2019. Pada hari tersebut juga saya diwadkan untuk pemantauan lanjut di Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Kepada yang bertanya tentang pakej Unifi Mobile Pek Jasa, maaf saya lambat update dan reply. Saya up iklan di page tapi tak sempat follow up mereka yang bertanya.

Baiklah, Pek jasa ni adalah pelan untuk talian mudah alih tanpa had bagi penggunaan data, panggilan dan SMS. Pakailah banyak mana pun. Bayaran bulanan hanya RM59/bulan (Tak termasuk 6% cukai perkhidmatan-SUDAH TENTU).

Pakej ni dilancarkan pada tahun 2019 kepada guru-guru dan kakitangan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bergred DG, ahli-ahli Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang berdaftar, Angkatan Tentera Malaysia, Veteran Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Saya ada menulis tentang pakej ini sebelum ni. Boleh lihat di sini : http://www.hafizalbroadband.com/blog/pek-jasa-pakej-untuk-guru-tentera-polis/

Tetapi info tersebut sudah tak boleh dirujuk lagi sebab ia adalah info dan produk lama. Jadi dengan lahirnya Pek Jasa Unifi 2019 ni, info tersebut tidak lagi boleh diguna pakai.

Pakej ini kemudiannya turut dibuka kepada semua penjawat awam berstatus TETAP dan KONTRAK yang bertugas dengan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, termasuklah anggota-anggota Veteran Angkatan Tentera Malaysia, dengan syarat, mereka menggunakan model telefon Band 5 seperti yang tertulis di dalam Terma dan Syarat.

Untuk buat semakan model telefon, boleh rujuk di sini : https://unifi.com.my/mobile/postpaid/phone-compatibility.html

Pek Jasa – Pakej Mobile Postpaid Murah Untuk Guru, Tentera Dan Polis.

Telekom Malaysia telah memperkenalkan pakej khas untuk guru-guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia pada Mac 2018 lalu iaitu PeK jasa. Para guru yang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia boleh mendapatkan Unifi Mobile tanpa had data, SMS, dan juga panggilan pada harga hanya RM59 sahaja!.

Pek Jasa ini juga telah diperluaskan kepada semua ahli NUTP, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Untuk mendapatkan Pek Jasa di bawah Unifi Mobile ini, syaratnya adalah para guru perlu mempunyai akaun Unifi atau mana-mana pakej TM broadband seperti Streamyx terlebih dahulu. Jika tiada, bolehlah melanggan pakej Unifi 100Mbps RM129 atau pakej Unifi Basic 30Mbps.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan langganan Unifi pada harga diskaun untuk guru ini, boleh menyemaknya di laman rasmi Unifi hari ini, atau ke TM Point berhampiran anda.

Rujukan untuk anda – Laman FAQ TM 

Terma & Syarat – Rujuk Sini

Terma & Syarat Bagi Pakej Promosi Pek Jasa

Ini adalah terma dan syarat perlu di tandatangani oleh pemohon untuk mendapatkan pakej ini. Pakej Promosi Pek Jasa ini hanya boleh dimohon melalui TM Point Sahaja. Sila ke mana-mana TM Point untuk mendapatkan maklumat lanjut serta permohonan.

TERMA DAN SYARAT UNTUK PROMOSI PEK JASA

A. Umum

  1. Pek Jasa (“Promosi”) terbuka kepada guru dan kakitangan yang berdaftar di bawah Kementerian Pelajaran (KPM), termasuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang ditempatkan di PPD, PPN dan jabatan di bawah Kementerian Pendidikan dengan gred DG (“Pelanggan”) yang juga pelanggan kepada mana-mana pakej unifi atau jalur lebar yang ditawarkan oleh Telekom Malaysia Berhad (“TM”).
  2. Promosi ini berlangsung dari 13 Mac 2018 hingga 31 Disember 2018 (“Tempoh Promosi”).
    Walaubagaimanapun, bagi sepanjang tempoh Promosi, di atas budi bicara tunggal dan mutlak, TM boleh melanjutkan tempoh Promosi tanpa notis terlebih dahulu (“Tempoh Lanjutan”) dan sebarang penyertaan dalam Promosi sepanjang Tempoh Lanjutan (jika ada) akan dikawal oleh Terma dan Syarat, yang akan terus berkuatkuasa dan berkesan dan hendaklah dibaca dan ditafsirkan untuk dikuatkuasakan.

B. Tawaran promosi

  1. Pek Jasa adalah pakej yang dilengkapi dengan pelan mudah alih dengan data, panggilan dan SMS tanpa had bernilai RM59 dengan langganan mana-mana jalur lebar TM apabila hanya menggunakan model telefon Band 5. Pelanggan dinasihatkan untuk memeriksa status peranti sendiri sebelum melanggan Promosi. Data dan SMS tanpa had ini tertakluk kepada penggunaan model telefon Band 5. Pelanggan mungkin dikenakan penggantungan perkhidmatan jika keperluan ini tidak dipatuhi.
  2. Pelanggan mungkin dikenakan penggantungan perkhidmatan jika didapati menggunakan SIM ini untuk membuat panggilan melebihi 2000 minit atau/dan menggunakan sehingga 5GB data (pada bila-bila masa dalam masa sebulan) menerusi model telefon bukan Band 5.
  3. Pelanggan mesti berstatus aktif dengan Kementerian Pelajaran semasa Tempoh Promosi agar layak melanggan Pek Jasa. Langganan Pek Jasa datang dengan tempoh langganan dua puluh empat (24) bulan.
  4. Pelanggan baru yang mendaftar untuk unifi lite, unifi advance, unifi advance plus atau unifi pro ketika tempoh Promosi akan menikmati harga pakej selama dua puluh empat (24) bulan. Bagaimanapun, pada bulan ke 25 langganan, yuran langganan akan berubah kepada yuran langganan semasa pada masa itu. TM berhak untuk tidak memaklumkan pelanggan mengenai pertukaran yuran langganan.
  5. Pelanggan berhak menikmati 10GB LTE hotspot setiap bulan di kawasan liputan LTE.
  6. Pelanggan layak untuk mendapat telefon pintar percuma selepas mengaktifkan perkhidmatan pelan Pek Jasa dalam tempoh tiga puluh (30) hari pendaftaran selagi stok masih ada. Pemberian telefon pintar percuma tertakluk kepada pra-syarat bahawa pelan unifi dan Pek Jasa berjaya diaktifkan.
  7. Promosi ini terhad kepada satu (1) telefon pintar setiap orang bagi satu (1) akaun unifi atau TM Broadband dan satu (1) pelan mudah alih.
  8. MyKad, surat pengakuan rasmi dengan “letterhead” dan cap dari Pengetua sekolah atau ketua jabatan dan kad staf perlu ditunjukkan semasa pendaftaran pakej.
  9. Pelanggan boleh mendaftar untuk memohon Pek Jasa di TMPoint terdekat di seluruh negara.
  10. “Sekiranya penggantungan atau penamatan perkhidmatan unifi pada bila-bila masa dalam tempoh langganan minimum, kecuali jika penamatan sedemikian timbul daripada pelanggaran material TM atau akan mungkir sepenuhnya atau disebabkan oleh Event Force Majeure, Pelanggan akan bertanggungjawab untuk membayar TM, sebagai tambahan kepada semua yuran dan caj yang tertunggak semasa penggantungan atau penamatan, ganti rugi yang dibelanjakan bagi yuran bulanan internet yang lain (yuran bulanan internet dikira berdasarkan harga internet sebenar sebelum diskaun), sebagai ganti rugi yang telah diselesaikan untuk penamatan awal. “
  11. Tempoh jaminan telefon bimbit adalah dua belas (12) bulan bermula dari Pelanggan menerima telefon bimbit. Apa-apa isu jaminan berkaitan dengan telefon bimbit hendaklah diserahkan kepada pengeluar masing-masing mengikut jaminan yang dikeluarkan oleh ZTE. Senarai pusat memberi kuasa ZTE hendaklah dilihat di http://ztedevices.com.my/index.php/service-center/.
  12. Penyerahan telefon bimbit percuma tertakluk kepada tiga puluh (30) hari selepas Pakej Jasa yang berjaya dan / atau pengaktifan unifi atau TM Broadband (untuk pelanggan baru). Telefon bimbit akan dihantar ke alamat pemasangan unifi dan hanya pemilik akaun dibenarkan menerima telefon bimbit semasa penghantaran.
  13. Sekiranya Pelanggan tidak boleh dihubungi dalam tempoh enam puluh (60) hari selepas pengaktifan Pek Jasa dan tidak memenuhi kriteria kelayakan unifi untuk kedua-dua pemasangan baru dan pelanggan sedia ada, TM berhak membatalkan langganan Pek Jasa.
  14. Sekiranya TM mendapati langganan itu dimanipulasi atau dikompromi untuk Promosi ini, TM mempunyai hak budi bicara untuk menarik balik atau membatalkan langganan. Semua keputusan adalah muktamad dan tidak ada rayuan. Selanjutnya, TM mempunyai hak untuk menamatkan pelan tanpa notis terlebih dahulu tanpa hak untuk merayu daripada Pelanggan.
  15. Terma dan Syarat unifi, jalur lebar TM dan unifi mobile (pautan: https://mobile.unifi.com.my/agreements/)

C. Variasi

  1. TM berhak untuk meminda, memotong, mengubah atau menambah terma dan syarat Kempen pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu kepada mana-mana pihak.
  2. Semua undang-undang tempatan Malaysia terpakai bagi kempen ini.

D. Sulit

  1. Pelanggan dengan ini mengakui bahawa TM berhak untuk berkongsi dan menggunakan data pelanggan dan maklumat peribadi pelanggan di dalam TM dan / atau syarikat-syarikat berkaitannya untuk tujuan pemasaran aktiviti berkaitan dengan produk dan perkhidmatan TM dan / atau syarikat-syarikat berkaitannya dari masa ke semasa hingga ke masa yang dianggap sesuai oleh TM. Notis Privasi TM terpakai, untuk maklumat lanjut
    mengenai Notis Privasi mengenai kumpulan syarikat TM, sila layari www.unifi.com.my untuk maklumat lanjut.