Tag Archives: unifi covid19

Corona Virus

unifi COVID-19 Response Center

Tambahan 14 hari untuk Perintah Kawalan Pergerakan, sesuatu yang perlu kita ambil serius. Banyak hal yang perlu kita hadap. Soal kewangan, pekerjaan, ancaman kesihatan, dan juga pelbagai lagi.

Banyak urusan harian terganggu. Saya sendiri tak berani keluar dan hanya keluar apabila pergi ke tempat kerja, serta membeli keperluan dapur.

Oh ya, saya terlibat dalam bidang keperluan mendesak. Jadi memang ada harinya saya bertugas.

TM telah bina satu website yang mana ia menyalurkan pelbagai berita tentang COVID-19 sepanjang tempoh PKP. Motifnya, mereka ingin memberikan rakyat akses mudah kepada berita dan perkembangan terkini hal-hal berkaitan COVID-19.

Lawati pautan ini ->  unifi COVID-19 Response Center 

Data akan dikemas kini setiap hari.

Jadi, tolong, #juststayathome. Saya tidak sanggup lagi mendengar banyak yang terkorban, dijangkiti, dan juga melihat kepayahan barisan hadapan yang menguruskan pesakit-pesakit COVID-19. Ada banyak jiwa yang penat.

Terima kasih bagi yang memberi kerjasama.