Tag Archives: tm call rate

tm Cordless

Perubahan Waktu Puncak & Kadar Baru Untuk Panggilan Tempatan Talian Tetap

Hari ini adalah hari ke-6 pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ada yang masih ingkar dan masih berkeliaran?

Selamatkan diri, jagalah keluarga. Please stay at home. Bila dah duduk kat rumah, banyaklah kita guna call. Walaupun kebanyakannya kita sudah ada talian unlimited call, jangan lupa masih ada pengguna setia talian tetap TM.

Saya nak share info berkenaan perubahan waktu puncak dan waktu bukan puncak untuk talian tetap TM.

Pasti kita sebelum ni tak ambil peduli, tapi bila dah pelaksanaan PKP ni, kita nak tahu juga. bermula 1 Ogos 2019, waktu puncak dan waktu bukan puncak telah diselaraskan di mana waktu puncak adalah dari 5.00 pagi hingga 12.59 pagi dan dari 1.00 pagi hingga 4.59 pagi adalah waktu bukan puncak.

TM Cordless Phone

Blok panggilan telah diselaraskan kepada 30 saat/blok seperti mana dipraktikkan oleh semua telco.

Anda perlu ambil maklum juga yang perubahan ini adalah untuk panggilan dari talian tetap TM ke talian tetap TM.

Panggilan talian mudah alih masih seperti sediakala.

Jadual di bawah menggambarkan perubahan tempoh masa serta caj panggilan:

Jarak antara talian tetap TMKadar penuh (waktu puncak: 5.00 pagi – 12.59 pagi)Kadar pengurangan (bukan waktu puncak: 1.00 pagi – 4.59 pagi)
Kurang dari 50km6 sen / 30 sec5 sen / 30 sec
50km ~ 150km15 sen / 30 sec8 sen / 30 sec
Lebih dari150km43 sen / 30 sec21 sen / 30 sec

Satu lagi, kadar panggilan tempatan juga telah di strukturkan semula bermula 15 Ogos 2019.

Sebelum tu, apa sebenarnya panggilan tempat ni?

Panggilan tempatan adalah panggilan yang dibuat antara talian tetap TM yang terletak tidak melebihi 50 kilometer di antara satu sama lain.

Dengan penstrukturan semula, kadar baru untuk panggilan tempatan adalah seperti di bawah: 

KADAR SEMASAKADAR BARU
(mulai 15 Ogos 2 019)
• 8 sen untuk 2 minit pertama
• 4 sen untuk minit berikutnya
• 8 sen seminit

Saya harap info ini bermanfaat untuk anda. SEMUA CAJ DAN PERUBAHAN INI ADALAH UNTUK KATEGORI KEDIAMAN. BUKAN PERNIAGAAN. Jika ada pertanyaan tentang perkara ini boleh terus berhubung dengan TM melalui Live Chat di aplikasi myunifi atau terus chat di www.unifi.com.my/chat, Facebook (@weareunifi @unifimobile) dan Twitter (@helpmeunifi). 

Terima kasih