Tag Archives: tamatkan kontrak unifi

kontrak unifi

Tempoh Kontrak Unifi & Penalti Penamatan Awal Langganan

Jika kita dah langgan satu-satu produk tu, kita perlu ambil tahu apakah produk yang kita langgan tu ada tempoh kontrak dan jumlah caj penalti yang perlu kita bayar jika kita menamatkan langganan dalam tempoh kontrak.

Sepanjang saya buat perkhidmatan pendaftaran Unifi di Kuantan – Pahang ni, memang banyak saya jumpa pelanggan yang telah daftar di tempat lain (selain dari saya) tidak tahu tempoh kontrak dan juga penalti yang dikenakan ke atas mereka jika menamatkan langganan dalam tempoh kontrak. Mereka tak pernah semak kontrak unifi yang mereka langgan.

Hal ini mereka baru nak ambil tahu apabila mereka nak berpindah ke telco provider lain seperti Astro broadband, Maxis Fibre, Celcom Fibre serta lain-lain pesaing telco.

Berikut Adalah Tempoh Kontrak Dan Juga Penalti

Maaf sebab saya ambil dari website Unifi dalam bahasa English. Apabila langgan Unifi, cuba lihat item pertama tu. Unifi sendiri mempunyai kontrak 24 bulan dan jika ingin membuat penamatan langganan dalam tempoh kontrak, anda perlu membayar sejumlah wang berdasarkan baki bulan yang tinggal.

Sebagai contoh, anda melanggan pakej Unifi 100Mbps yang didatangkan bersama Unifi PlayTV. Harga diskaun yang TM berikan adalah RM129.00. Tetapi anda perlu membayar pada harga sebelum diskaun iaitu RM159 X berapa baki bulan (Kontrak) yang tinggal.

RM159 X 18 Bulan (Contoh) = RM2862.00

Bukan ia satu pembaziran? Jadi bila nak langgan, fikir dulu dan jangan ingat bila langgan, servis tak o.k, tak nak bayar… bil tetap berjalan dan kontrak tetap berjalan. Ada masalah, buat aduan walaupun berkali-kali. Tamat kontrak, bolehlah nak terminate atau tukar ke provider lain.

Bagaimana Nak Buat Penamatan Langganan?

Anda perlu selesaikan semua bil tertunggak termasuk penalti. Penamatan langganan boleh dibuat di mana-mana TM point serta atau melalui portal selfcare https://unifi.com.my

Eh, ada masa tak? jom tengok pengalaman juruteknik TM yang terperangkan di rumah pelanggan. Video di bawah

Adakah info ini berguna untuk anda?

Jika anda ada pertanyaan berkaitan pendaftaran unifi , boleh tinggalkan komen di bawah. Semoga info ini bermanfaat untuk anda semua. Terima kasih

TM Unifi Kuantan : 019 – 9377 794 (Pendaftaran/Jualan)

TM Unifi Kuantan Contact Number: 019 – 9377 794 (Registration/Sales)


Telekom Malaysia : 100 (Aduan/Kerosakan/Bil)

Telekom Malaysia : 100 (Enquiry/Support/Billing)

p/s : untukk pendaftaran Unifi, Streamyx (Unifi Lite) atau unifi mobile postpaid di kawasan selain dari kawasan Kuantan, boleh rujuk senarai kawasan ini untuk perkhidmatan saya : http://www.hafizalbroadband.com/blog/kawasan-perkhidmatan

sumber video : Unifi