Tag Archives: bypass unifi mobile

Pass LTE Percuma Unifi Mobile Postpaid Serta Prepaid BEBAS

Seperti sedia maklum, kerajaan telah mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana bermula dari  jam 12.00 tengah malam 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020.

Orang ramai dinasihatkan supaya berada di rumah sepanjang masa kecuali untuk memenuhi keperluan-keperluan asas. Mereka yang terlibat dengan bidang kerja yang penting juga tidak dibenarkan bercuti.

Barisan-Hadapan-Negara-Covid-19

Mungkin ini adalah ruang untuk kita bersama dengan keluarga dan anak-anak atau berehat di rumah tempoh yang lama. Bagi mereka yang terlibat dalam barisan hadapan memerangi COVID-19 serta memberi perkhidmatan, syabas di ucapkan.

Sempena tempoh PKP tersebut, TM telah memberikan akses hotspot LTE percuma sehingga 999Gb. Ia adalah data tambahan dari 10Gb sedia ada yang diberikan. Tak perlu nak hack data unifi mobile atau bypass data unifi mobile lagi dah. Mengarut!. Hahaha

Bagi mereka yang tidak mempunyai internet Wifi di rumah, ia sangat-sangat membantu.

Pelan Unifi Mobile Yang Terlibat Adalah Pelan Ultimate Unifi Mobile!

Berikut adalah pelan-pelan Unifi Mobile Prabayar (Postpaid) yang terlibat:

unifi Mobile Postpaid

  • unifi Mobile 99 at RM59 (Dengan Kontrak 12 Bulan)
  • unifi Mobile 99
  • webe RM79
  • unifi Mobile Pek Jasa/Pelan Warga Emas

unifi Mobile Biz Prabayar (Postpaid)

  • unifi Mobile Biz 99
  • unifi Mobile Biz 79

Bila Akan Dapat Akses Tersebut? Kene Apply?

Pemberian pass percuma ini bermula 19 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 dan tak perlu buat apa-apa permohonan.

Bagi yang baru memohon Unifi Mobile, pass percuma ini akan bermula terus sebaik sahaja talian anda di aktifkan.

Tolong Ambik Maklum Ya.. Ini Pass Ini Adalah Akses Untuk Hotspot LTE/4G SAHAJA. 3G Tak Terlibat….

unifi-mobile-postpaid

Bagaimana Pula Dengan Pengguna Unifi Prepaid – BEBAS?

Bagi pengguna Unifi Mobile Prepaid #Bebas, anda diberikan pass mingguan LTE tanpa had PERCUMA yang bernilai RM20. Selepas tempoh 7 hari, anda hanya perlu buat langganan pass minggu percuma tersebut seperti di bawah .

Ia bukan automatik!. Anda perlu langgan data percuma tersebut.

Baiklah, so bila dah ada akses ni gunakanlah sebaik mungkin. Caj bateri kerap dan penuhkan powerbank o.k!. Lagi satu, tolong ikut Perintah Kawalan Pergerakan untuk membendung penularan jangkitan COVID-19.

Ada masalah berkaitan Unifi Mobile Hotspot? Biasanya user Anroid kurang isu. Kalau user iphone, ada setting tertentu. Saya jumpa satu video untuk set Wifi Hotspot bagi user iPhone.

Jom tengok!

Jika ada pertanyaan boleh live chat dengan operator unifi mobile melalui apps . Cara nak login unifi mobile apps, boleh rujuk sini : Unifi Mobile Apps

Anda rasa perkongsian saya ini membantu anda? Mohon share dan sila beri komen yang membina di ruangan komen di bawah .

Untuk pendaftaran Unifi Mobile Postpaid, boleh berhubung dengan saya. SIM kad saya boleh COD atau pos.

TM Unifi Kuantan : 019 – 9377 794 (Pendaftaran/Jualan)

TM Unifi Kuantan Contact Number: 019 – 9377 794 (Registration/Sales)

Whatsapp Link : https://bit.ly/2WuGZuE

Telekom Malaysia : 100 (Aduan/Kerosakan/Bil)

Telekom Malaysia : 100 (Enquiry/Support/Billing)

Rujukan dari Pejabat Perdana Menteri : https://bit.ly/33xuHmw | https://bit.ly/2wbTArT
Facebook Unifi : https://www.facebook.com/weareunifi