Perubahan Kontrak & Terma Unifi Home & Business

Ini adalah penerangan tentang perubahan bagi terma kontrak dan penalti untuk pakej unifi kategori kediaman dan perniagaan (home & business).

Kontrak dan caj penalti bagi pakej Unifi & Streamyx 2019

Apa Yang Berubah?

Untuk kategori perniagaan, tiada perubahan. Tapi untuk Streamyx, bermula 2019, semua pakej Streamyx 2019 tempoh kontraknya cuma 12 bulan sahaja. Tiada lagi kontrak 24 bulan bagi pakej 8Mbps kerana pakej tersebut tidak lagi dibekalkan TV Box.

Perubahan seterusnya adalah pakej unifi di mana caj penalti RM600/RM500 tidak lagi dikenakan untuk penamatan langganan dalam tempoh kontrak. Tetapi ia digantikan dengan terma baru iaitu pelanggan perlu membayar caj bulanan bagi tempoh bulan yang tinggal. Faham tak?.

Contoh :

Suraya melanggan pakej unifi turbo deal 100Mbps 2019 pada Januari 2019 dan kontrak 24 bulan. Jadi tamat kontrak pada Disember 2020. Tetapi pada bulan Jun 2019, Suraya ingin menamatkan langganan. Jadi jumlah yang perlu Suraya bayar adalah seperi di bawah:

Nama Pakej : Unifi Turbo Deals 100Mbps 2019
Harga Asal Pakej (Sebelum Diskaun) – RM159.00
Harga Pakej Selepas Diskaun = RM129.00

Kontrak 24 bulan.
Nak tamatkan pada Jun 2019. Baki bulan yang tinggal untuk lengkapkan kontrak 24 bulan adalah 18 Bulan.

Kiraan perlu di bayar : RM159 X 18 Bulan = RM2862.00

Mengapa perlu kira pada harga RM159? Sebab termanya begitu. Perlu bayar pada harga sebelum diskaun. Jadi ini biasanya saya gelar kontrak ikat mati terus dua tahun. Fikir-fikirkanlah sebelum melanggan dan sebelum nak tamatkan langganan disebabkan ada telco lain yang kononnya bagi harga lebih murah. Ingat, murah tak semestinya lebih baik.

Faham tak penerangan saya ni? . Jika tak faham boleh salurkan pertanyaan anda terus ke saluran-saluran di bawah. InsyaAllah mereka bantu. Saya hanya penjual sahaja. Nak mendaftar, boleh terus berhubung dengan saya 019-9377794 :

Facebook : www.facebook.com/weareunifi
Twitter : twitter.com/helpmeunifi
Live Chat 24 Jam: unifi.com.my/chat/index.html
Email : help@tm.com.my
Talian Khidmat 24 Jam : 100 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.