Pendaftaran Melalui Pengesahan Biometrik – Selamatkah Ia?

Siapa yang dalam hidup dia tak pernah guna sekalipun melalui thumbprint verification melalui alat biometrik? Saya yakin 100% ramai yang pernah melalui proses ini semasa berurusan di bank dan sesetengah organisasi.

Sejak tahun 2010 saya berkecimpung dan dunia broadband, pada tahun 2016, proses pendaftaran pelanggan berubah kepada penggunaan alat pengesahan biometrik. Pada permulaan agak sukar kerana terpaksa membawa laptop & tablet ke sana sini namun setelah berbulan-bulan, sudah biasa.

Alat Biometric Jenama IRIS yang kami gunakan.

Baiklah, isunya bukan pada alat tersebut. Tapi proses pendaftaran tersebut. Kenapa sesetengah company seperti TM, Astro dan beberapa syarikat gergasi telco menggunakan proses pendaftaran seperti ini? Adakah kerana semata-mata akur dengan Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia?

Manfaat kepada pelanggan adalah dari aspek keselamatan. Tiada lagi isu pendaftaran mana-mana telco atas nama anda sesuka hati tanpa perlu membuat proses verifikasi biometrik terlebih dahulu. Anda tidak perlu risau kerana tiada dokumen kad pengenalan anda disimpan.

Jika anda berhadapan dengan proses pendaftaran menggunakan dokumen seperti salinan kad pengenalan serta perlukan gambar mykad anda, atau passport, sila hati-hati. Dinasihatkan anda membuat sedikit ayat arahan atau selalunya kita sebut sebagai cross pada dokumen anda tersebut – Untuk Kegunaaan ——- SAHAJA.

Pihak kami iaitu team #hafizalbroadband menggunakan pengesahan biometrik di mana proses pendaftaran dibuat tanpa mengambil dan menyimpan dokumen pengenalan anda. Setakat ini masih ada beberapa produk yang masih memerlukan salinan pengenalan diri anda tetapi agak sedikit dan akan menghampiri ke arah proses pendaftaran yang lebih selamat dalam masa terdekat.

Jika anda perlukan khidmat saya dan team saya untuk mendapatkan internet serta IPTV di kediaman anda, boleh berurusan di talian 019-9377793. Rangkaian team kami hampir meliputi seluruh Malaysia.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.