Penamatan Servis EVDO & CDMA TM

Siapa yang pernah pakai telefon CDMA? Internet menggunakan CDMA? atau pakej internet Streamyx EVDO?

Saya berkesempatan menggunakan servis telefon CDMA . Coveragenya luas juga dan ada pilihan nombor telefon talian tetap seperti 09-XXXX. Ada juga talian 011. Namun servis ini tak lama akibat masalah dengan telefon dan perlu dapatkan telefon CDMA sendiri.

Saya juga pernah gunakan Streamyx EVDO. Pakej bulanan RM60 dan RM77 yang dibekalkan modem huawei untuk signal CDMA EVDO. Walaupun berkelajuan basic 384Kbps, adakalanya boleh pergi sehingga 1mbps. Itu pun dengan antenna luar.

Namun teknologi perlu diganti. Ia akan ditamatkan oleh TM. Dengan kewujudan Unifi Mobile, Unifi Wireless, dan lain-lain, EVDO dan CDMA adalah satu kenangan sahaja.

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.