Memahami Kiraan Bil Bagi Pakej Unifi 100Mbps RM129 Turbo

Pemahaman tentang kiraan bil bagi pakej Streamyx atau Unifi adalah penting supaya anda dapat merancang pembayaran bil dengan baik. Tugas memberi penerangan yang jelas tentang bil adalah tugas penjual sah Telekom Malaysia Berhad, Ejen sah TM, atau kakitangan.

Sungguh pun pakej yang dijual ada bermacam-macam, kiraaan bil adalah hampir sama dan kali ini saya nak jelaskan tentang pakej yang paling ramai pelanggan ambil iaitu pakej Unifi Turbo 100Mbps yang didatangkan dengan harga RM129.

Pakej ini meliputi perkhidmatan telefon, internet dan Web TV Unifi iaitu unifi PlayTV. Antara point penting adalah :

  • Minit panggilan berjumlah 600 minit yang diberikan kepada anda PERCUMA setiap bulan. 
  • Pilihan untuk memilih salah satu dari  pakej unifi PlayTV iaitu Varnam Plus Pack, Aneka Plus Pack, dan juga Ruby Plus Pack. Anda perlu faham, ia adalah pilihan dan iai adalah pakej yang didatangkan bersama dengan pakej Unifi Turbo. Tidak boleh dipisahkan. Anda cuma boleh memilih.
  • Internet berkelajuan tinggi sehingga 100Mbps untuk muat turun (download) dan muat naik 50Mbps (upload). 
  • Kada rata 10 sen/minit selepas 600 minit panggilan percuma dihabiskan. 

Point penting di atas akan merumuskan apa yang berlaku di dalam bil pertama dan juga bil setiap bulan. 

Kemunculan bil pertama 

Bil pertama anda akan dikeluarkan mengikut tarikh kitaran bil yang telah ditentukan dan bergantung kepada bila pemasangan unifi di rumah atau premis anda di aktifkan. Itu akan dihuraikan di dalam tulisan saya akan datang.

Antara persoalan bil pertama yang sering di ajukan adalah:

Mengapa bil pertama ni banyak dan perlu bayar lebih sedangkan saya hanya melanggan pakej RM129?.

Mengapa pula dimasukkan caj untuk unifi TV sedangkan di rumah saya tiada pemasangan unifi TV?.

Mengapa ada caj 6%? Bukankah GST sudah mansuh?

Mengapa caj internet hanya RM99?. 

Bolehkah kalau saya tak mahu ambil unifi TV dan hanya perlu membayar internet? Sebab saya tak guna pun unifi play TV tu

Kadang-kadang perkara telah diterangkan tapi mungkin tak jelas dan terkejut kerana perlu membayar bil yang tinggi. Mungkin juga ada pihak seperti ejen jualan tidak menerangkan dengan jelas. 

Baiklah, di dalam bil pertama ni, akan dipaparkan maklumat penting berikut:

  • Caj pro-rata (pro-rate) bagi pakej internet unifi dari tarikh pemasangan hingga tarikh bil dikeluarkan. 
  • Caj pendahuluan pakej internet unifi untuk bulan seterusnya. 
  • Cukai perkhidmatan 6%.
  • Caj pro-rata (pro-rate) bagi pakej unifi PlayTV dari tarikh pemasangan hingga tarikh bil dikeluarkan. 
  • Caj pendahuluan bagi pakej unifiPlayTV untuk bulan seterusnya.
  • Caj panggilan yang dikenakan jika panggilan 600 minit percuma dihabiskan. 

Saya bagi contoh situasi berikut.

Suraya melanggan unifi turbo 100Mbps dengan harga bulanan RM129 dan telah pun dipersetujui dan dijelaskan semua maklumat yang perlu. Tarikh beliau melanggan adalah pada 12 November 2018 dan pemasangan telah dibuat pada 16 November 2018. 

Disebabkan permohonan beliau diproses pada 12 November 2018, maka tarikh kitaran bilnya akan jatuh pada 12hb juga. Di dalam bil pertama akan dipaparkan malumat seperti di bawah.

Caj Internet 

  1.  Unifi 100Mbps . (Tarikh Mula 16/11/2018 – 12/12/2018) = RM89.10
  2.  Unifi 100Mbps . (Tarikh Mula 13/12/2018 – 12/01/2019) = RM27.00

Caj Bulanan Unifi PlaytV

  1.  Aneka Plus Pack . (Tarikh Mula 16/11/2018 – 12/12/2018) = RM27.00
  2.  Aneka Plus Pack . (Tarikh Mula 13/12/2018 – 12/01/2019) = RM30.00

Yang mengelirukan adalah pecahan harga di atas. Sebenarnya untuk lebih jelas, anda pecahkan dua servis yang berbeza iaitu internet dan juga Unifi TV. 

  • Unifi TV / Unifi PlaytV = RM30
  • Unifi Internet = RM99

Gabungan harga kedua-dua servis ini menjadikan jumlahnya adalah RM129. Mengapa ia dipecahkan di dalam bil adalah harga bagi pek unifi TV sebelum ini adalah berbeza-beza dan untuk siaran penuh iaitu unifi pek Ultimate, cajnya adalah RM60 setiap bulan. Tapi percayalah. Anda hanya perlu faham pakej RM129 dipecahkan di dalam bil mengikut servis internet dan juga unifi playTV/unifiTv.

Untuk kiraan bagi kadar pro-rata (prorate), ia adalah kiraan berdasarkan hari. Kitaran bil bagi pro-rata di atas dari 16/11/2018 – 12/12/2018 adalah berjumlah 27 hari. Jadi caj bagi unifiTV atau unifi PlayTV di bahagi dengan 27 hari. Lihat contoh di bawah.

Caj bagi unifi TV / Unifi PlayTV adalah RM30/Bulan & bersamaan RM1/hari. 

Kiraan hari adalah 27 hari. Jadi kadar harian X 27 hari. Maka jumlah yang perlu di bayar adalah RM27.00. 

Begitu juga dengan kadar caj pro-rata untuk unifi internet. Caj bulanan adalah RM99 dan bersamaan RM3.30/Hari. 

Maka kiraan pro-rata secara harian adalah RM3.30 X 27 hari = RM89.10.

Kiraan untuk kadar panggilan selepas 600 minit percuma pula adalah mudah. Contoh bulan November ada telah menggunakan minit sebanyak 650 minit. 600 minit adalah percuma dan baki 50 minit lagi kiraannya adalah :

Kadar caj/minit adalah 10 sen. 

50 Minit X 0.10 = RM5.00

Saya harap penerangan saya jelas dan jika anda ada pertanyaan, keraguan, masalah salah kira, atau caj yang tidak munasabah, boleh berhubung terus dengan pihak TM. Berikut adalah saluran aduan masalah anda.

Facebook : www.facebook.com/weareunifi
Twitter : twitter.com/helpmeunifi
Live Chat 24 Jam: unifi.com.my/chat/index.html
Email : help@tm.com.my
Talian Khidmat 24 Jam : 100 

Untuk berkenaan pendaftaran produk Unifi Fiber, Unifi Wireless, TM Broadband Streamyx, dan juga Unifi Mobile Postpaid, boleh berhubung dengan saya sendiri melalui talian:

019-9377 794
Link Whats App : www.wasap.my/60199377794

Loading

4 thoughts on “Memahami Kiraan Bil Bagi Pakej Unifi 100Mbps RM129 Turbo

  1. Mohamad Asyraf

    As salam..Sy pakai unifi Home fibre 30mbps unlimited internet…tarikh mula pasang 27/08 than kena bayar RM 100 sblum 5/9 dan Sy dah byr lepas tu 4 hb sampai lagi mesej -72.60 perlu dibayar than Sy bayar 18/09….Sy pon check kat unifi apps jadi Ad bilo tertunggak RM 145 mcm mne boleh tolong jelaskan tak…maaf bertanya!!!

    Reply
    1. hafizal broadband Post author

      Maaf lambat reply. Maybe soalan tuan dah terjawab. Apa yang diceritakan tu, nampak macam tuan bayar lebih.

      Reply
  2. Nor Azian Binti Said

    Saya ambik pakej yg 100mpbs rm129.sbelom ni dh tny wakil tm pasal bayaran bulanan tetap bayar rm129.saya pon tak tengok bil sebab bil dekat email suami.sy cuma bayar je rm129.baru ni sy tengok bil rupenye kene bayar rm136 lepas to ade pulak tunggakan lg rm36 bln 10.kenapa mcm to sedangkn sy byr stiap bln rm129.sekarang bil sy yg baru ni dh jadi rm170++

    Reply
    1. hafizal broadband Post author

      RM129 tak termasuk cukai . Setiap pakej langganan ada cukai. So harga termasuk cukai RM136.75. Bila bayar tepat2 RM129, betullah ada tunggakan baki cukai. CUkai perkhidmatan 6%.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.