Kecohnya Hari Ini Tentang Cukai SST

Semalam 1 September 2018 adalah tarikh dimana bermula semula cukai SST yang telah di hapuskan di era pemerintahan kerajaan sebelum ni. Masih rindu dengan GST?.

Ada baik dan ada buruknya pelaksanaan cukai GST & SST. Sebagai rakyat saya ada pendapat saya sendiri. Agak penat untuk berharap akan kos sara hidup yang dijanjikan boleh diperbaiki oleh kerajaan. Baik kerajaan lama dan kerajaan baru.

Bagi saya, kita sendiri sahajalah yang boleh kawal ekonomi diri kita dan keluarga kita. Pandai-pandailah. Kita hanya boleh suarakan pendapat namun keputusan adalah pada pemimpin negara.

Masih ingat dengan caj cukai perkhidmatan yang tertera pada bil TM sebelum GST dilaksanakan?. Bukankah ia kekal dengan 6%.

Masih ingat dengan caj GST yang dikenakan dalam bil TM?. Bukankah ia tertera 6%?.

Pada saya masih sama. Cuma pada insan yang mengharapkan perubahan pada Malaysia, pasti merasa kecewa. Sebab itu saya berpendapat kita tak perlu lagi mengharap pada pemimpin politik untuk ‘menjaga’ kos sara hidup kita.

Beberapa hari sebelum pelaksanaan SST, kecoh dengan kenaikan harga barang. Hari ini kecoh juga dengan caj SST yang dikenakan kepada tambah nilai prabayar. Kad prepaid. Seingat saya semasa sebelum pelaksanaan GST, masa tu kad top up tak terjejas dengan SST. Bila di awal kemunculan GST, ada juga isu yang berkaitan di mana pengguna terpaksa bayar lebih untuk GST pada setiap kad prabayar yang dibeli.

Selepas kecoh hal tersebut, kerajaan memutuskan pengguna tidak dikenakan caj GST pada kad prabayar. Sebab tu saya rasa, lebih baik gunakan prabayar. Tapi terpulang kepada keperluan masing-masing. Lain orang lain keperluannya.

ermm..

Dan satu lagi perkara…

Bila player broadband yang harga mantap-mantap dan murah nak bina infra sendiri…

ramai benar yang nak merasa servis anda..

Anda nak?

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.